Canavalia rosea
Canavalia rosea | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. rosea
|
Nama binomial | |
Canavalia rosea | |
Sinonim[5] | |
Kacang laut atau kacang rangrang (nama botani: Canavalia rosea)[6][7] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Canavalia keluarga Fabaceae, ia ditemukan di kawasan pantai atau berpasir tropika dan subtropika.[5][8]
Peristilahan[sunting | sunting sumber]
Nama kacang laut digunakan di Singapura,[3] Sarawak,[7] dan Brunei.[9]
Botani[sunting | sunting sumber]
Batang-batang[sunting | sunting sumber]
Batang sulurnya menjalar dengan panjang lebih daripada 6 meter dan ketebalan kira-kira 2.5 sentimeter, pangkalnya berkayu.[8] Helai daunnya terdiri daripada tiga anak daun bujur berukuran 3–15 sm, daun-daun ini melipat apabila didedahkan kepada cahaya matahari pada waktu tengah hari.[7][2]
Bunga dan lenggai[sunting | sunting sumber]
Bunga-bunga kacang laut berwarna merah jambu keunguan yang muncul pada bulir bertangkai panjang, sekuntum bunga berukuran 2–5.1 sm panjang. Buahnya jenis lenggai yang lurus atau sedikit melengkung dengan 6–15.2 sm panjang, setiap lenggai mempunyai 2–10 biji benih.[8][2]
Kegunaan[sunting | sunting sumber]
Biji dan lenggai muda boleh dimakan terutamanya selepas direbus. Bunganya boleh dibuat rempah.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Bárrios, S.; Copeland, A. (2021). "Canavalia rosea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T65899681A192148107. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-3.RLTS.T65899681A192148107.en. Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ^ a b c d Tan, Ria (Januari 2013). "Sea bean (Canavalia maritima)". Wild Singapore. Dicapai pada 26 Mac 2023.
- ^ a b Polunin, Ivan (1987). Plants and Flowers of Singapore. Singapore: Times Editions. m/s. 66. ISBN 9971-40-114-2.
- ^ "Canavalia rosea". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 26 Mac 2023.
- ^ a b "Canavalia rosea (Sw.) DC". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 26 Mac 2023.
- ^ "Canavalia rosea". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c Paulus Amin Det; Lau Cheng Yuon; Shariah bt. Umar; Pearlycia Brooke; Rajmah Muzli bt. Razali; Hairani bt. Ismawi; Liew Siew Meng, penyunting (2013). Edible Wild Plants in Sarawak. Kuching, Sarawak: Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok. m/s. 42. ISBN 978-967-11861-0-7.
- ^ a b c Christman, Steve (14 Oktober 2004). "#857 Canavalia rosea". Floridata. Dicapai pada 26 Mac 2023.
- ^ Marina Wong; Aziah binte Hj. Ahmad (1996). Common Seashore Life of Brunei. Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: Muzium Brunei. m/s. 27.