Angkatan Tentera Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Angkatan Tentera Itali
Forze Armate Italiane
Stemma araldico e distintivo dello Stato Maggiore Difesa.svg
Jata Angkatan Tentera Itali
Aktif4 Mei 1861 - kini
NegaraItali
KesetiaanRepublik Itali
CawanganEsercito Italiano (Tentera darat)
Marina Militare (Tentera laut)
Aeronautica Militare (Tentera udara)
Arma dei Carabinieri (Gendarmerie)
Guardia di Finanza (Gendarmerie)
JenisAngkatan tentera
Saiz179,155 (2012)
Sebahagian daripadaMajlis Tertinggi Pertahanan Itali
Garison/HQRome
Komander
Comandante in Capo
(Panglima Tertinggi)
Sergio Mattarella
Ministero della Difesa
(Menteri Pertahanan)
Roberta Pinotti
Capo di stato maggiore della Difesa
(Ketua Turus Pertahanan)
Generale Claudio Graziano

Angkatan Tentera Itali (Bahasa Itali: Forze Armate Italiane) meliputi Tentera Darat Itali, Tentera Laut Itali dan Tentera Udara Itali. Cabang keempat angkatan tentera, dikenali sebagai Carabinieri, mengambil peranan sebagai pasukan polis tentera negara dan askar wataniah. Presiden Republik Itali mengetuai angkatan tentera sebagai Presiden Majlis Tertinggi Pertahanan. Menjelang tahun 2012, jumlah keseluruhan anggota tentera aktif ialah 179,155 (tentera darat, laut dan udara). Selain itu, terdapat 109,499 anggota Carabinieri dan 68,134 anggota Guardia di Finanza. Itali sekarang mengekalkan bajet tentera yang kesepuluh tertinggi di dunia.

Empat cabang perkhidmatan tentera Itali[sunting | sunting sumber]

Esercito Italiano[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tentera Darat Itali

Ia merupakan Tentera Darat bagi Republik Itali. Sejarahnya bermula dari penyatuan Itali pada tahun 1850an dan 1860an dengan memakai nama Regia Esercito atau Tentera Darat Diraja. Ia berjuang dalam pertempuran kolonial di China, Libya (1911-1912), di utara Itali menentang Empayar Austria-Hungary semasa Perang Dunia I, negara Habsyah sebelum Perang Dunia II, dan dalam Perang Dunia II di Albania, Greece, Afrika utara, Rusia dan Itali sendiri. Sewaktu Perang Dingin tentera darat ini mempersiapkan diri dari serangan timur oleh Pakatan Warsaw. Sejak berakhirnya Perang Dingin ia terlibat secara meluas sebagai pasukan pengaman dan peperangan di Afghanistan dan Iraq. Pada 29 Julai 2004 ia menjadi sebuah pasukan profesional sepenuh masa apabila pengerahan dihentikan. Antara kelengkapan utamanya ialah kenderaan tempur infantri Dardo , pemusnah kereta kebal Centauro dan kereta kebal Ariete. Ibu pejabat Staf Am Tentera Darat bertempat di Rome, bersebelahan dengan Istana Presiden.

Aeronautica Militare[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tentera Udara Itali

Ia merupakan tentera udara Itali, ditubuhkan sebagai sebuah cabang tentera yang bebas pada 28 Mac 1923, oleh Raja Vittorio Emanuele III dengan nama Regia Aeronautica (yang bermaksud "Tentera Udara Diraja"). Selepas Perang Dunia II, apabila Itali menjadi sebuah republik melalui referendum, Regia Aeronautica telah ditukar nama kepada Aeronautica Militare. Antara kelengkapan utamanya ialah pesawat F-16 Fighting Falcon dan telah menempah Eurofighter Typhoon.

Marina Militare[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tentera Laut Itali

Ia merupakan tentera laut Itali, diwujudkan pada tahun 1946 sebagai Tentera Laut Republik Itali yang berasal dari Regia Marina ("Tentera Laut Diraja"). Pada zaman moden, Marina Militare, selaku anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), telah mengambil bahagian dalam banyak operasi pasukan pengaman . Guardia Costiera adalah sebuah komponen bagi Marina Militare. Tentera Laut Itali memiliki kapal pengangkut pesawat Cavour, kapal pembinasa kelas CNGF dan kapal selam Type 212.

Carabinieri[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Carabinieri

Ia merupakan gendarmerie dan polis tentera Itali. Dalam Persidangan Sea Islands G8 pada tahun 2004, Carabinieri telah diberi mandat bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan bagi Kestabilan Unit-Unit Polis (CoESPU) yang memimpin pembangunan latihan dan doktrin standard bagi unit-unit polis awam yang ditempatkan di misi pengaman antarabangsa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c CIA world fact book: Italy
  2. ^ "Nota aggiuntiva allo stato di previsione per la Difesa per l'anno 2011" (PDF). Italian Ministry of Defence. Dicapai 28 December 2011.  features include only Army, Navy and Air Force
  3. ^ (Itali) [1].Italian Ministry of Defence, 2013 Budget.
  4. ^ (Itali) Rapporto annuale 2009 in materia di controllo del transito dei materiali d’armamento. Presidency of the Council of Ministers, 29 March 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]