Carl Gustaf Emil Mannerheim
Carl Gustaf Emil Mannerheim | |
---|---|
[[Presiden Finland]] Ke-6 | |
Dalam jawatan 4 Ogos 1944 – 11 Mac 1946 | |
Perdana Menteri | Antti Hackzell Urho Castrén J. K. Paasikivi |
Didahului oleh | Risto Ryti |
Digantikan oleh | J. K. Paasikivi |
Panglima Tertinggi Angkatan Pertahanan Finland | |
Dalam jawatan 17 Oktober 1939 – 12 Januari 1945 | |
Didahului oleh | Hugo Österman |
Digantikan oleh | Axel Heinrichs |
Dalam jawatan 25 Januari 1918 – 30 M 1918 | |
Didahului oleh | jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Karl Fredrik Wilkama |
Pemangku Raja Finland | |
Dalam jawatan 12 Disember 1918 – 26 Julai 1919 | |
Didahului oleh | P. E. Svinhufvud |
Digantikan oleh | K. J. Ståhlberg selaku Presiden Republik |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Askainen, Grand Duchy Finland, Empayar Rusia | 4 Jun 1867
Mati | 27 Januari 1951 Lausanne, Switzerland | (umur 83)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Hietaniemi, Helsinki |
Kewarganegaraan | Finland |
Pasangan | Anastasie Mannerheim, dilahirkan Arapova (cerai 1919) |
Anak | Anastasie, 23.4.1893–1977 Sophie, 15.7.1895–1963 |
Bidang pengkhususan | Pegawai tentera dan negarawan |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Empayar Rusia Finland |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Imperial Rusia Pengawal Putih Tentera Darat Finland |
Tahun khidmat | 1887–1917 (Rusia) 1918–1946 (Finland) |
Pangkat | Leftenan Jeneral (Rusia) Fil Marsyal |
Perang/Pertempuran | Perang Jepun-Rusia Perang Dunia I Perang Saudara Finland Perang Dunia II |
Baron Carl Gustaf Emil Mannerheim (sebutan Sweden: [ˈkɑːɭ ˈɡɵˈstav ˈeːmɪl ˈmanːɛrˈheɪm]; in Bahasa Rusia: Густав Карлович Ма́ннергейм , tr. Gustav Karlovich (lit."anak Karl") Mannerheim; 4 Jun 1867 – 27 Januari 1951) adalah seorang pemimpin tentera dan negarawan berbangsa Finland. Mannerheim berkhidmat sebagai pemimpin tentera Finland Putih dalam Perang Saudara Finland, Pemangku Raja Finland (1918–1919), Panglima Tertinggi Angkatan Pertahanan Finland semasa Perang Dunia II, Marsyal Finland, dan Presiden Finland Ke-6 (1944–1946). Didalam kaji selidik Finland selepas 53 tahun kematiannya, Mannerheim telah dipilih sebagai bangsa Finland terhebat sepanjang zaman.[1] Diberi pengiktirafan besar di Finland dan dimana-mana sahaja atas peranan hebatnya dalam mewujudkan dan kemudian mengekalkan kemerdekaan Finland daripada Rusia, Mannerheim telah lama digelar sebagai bapa pemodenan Finland,[2][3][4][5][6] dan Muzium Mannerheim di ibu negara Helsinki dibina sempena memperingati zaman dan kehidupan pemimpin tersebut dan ia telah dipanggil "benda yang paling dekat terdapat pada sebuah tempat keramat negara [Finland]."[4]
Mannerheim telah dilahirkan di Grand Duchy Finland, Empayar Rusia, kepada sebuah keluarga bangsawan berbahasa Sweden yang menetap di Finland pada hujung abad ke-18. Moyang sebelah bapanya berketurunan Jerman bernama Marhein yang berhijrah ke Sweden semasa abad ke-17.[7] Keturunan ibunya berasal dari Södermanland, Sweden.[8]
Mannerheim memulakan kerjayanya didalam Tentera Darat Imperial Rusia, naik hingga ke pangkat Leftenan Jeneral. Beliau juga mempunyai tempat yang penting dalam upacara pertabalan Tsar Nicholas II dan kemudian mengadakan beberapa mesyuarat sulit dengan Tsar Rusia. Selepas revolusi Bolshevik, Finland mengisytiharkan kemerdekaannya tetapi selepas itu terbabit dalam perang saudara antara "puak Merah" yang pro-Bolshevik dan "puak Putih," yang merupakan pasukan tentera Senat Finland. Mannerheim telah dilantik sebagai ketua tentera Pengawal Putih. 20 tahun kemudian, apabila Finland berperang sebanyak dua kali dengan Kesatuan Soviet dari hujung tahun 1939 hingga September 1944, Mannerheim berjaya memimpin pertahanan Finland selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera negara tersebut. Pada tahun 1944, apabila prospek kekalahan Jerman dalam Perang Dunia II menjadi jelas, Mannerheim telah dipilih sebagai Presiden Finland dan membuat perundingan damai dengan Soviet Union dan United Kingdom. (Finland tidak pernah berperang dengan Amerika Syarikat.) Beliau meletakkan jawatan presiden pada tahun 1946 dan meninggal dunia pada tahun 1951.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ (Finland) Suuret suomalaiset at YLE.fi
- ^ Robert Edwards, White Death: Russia's War on Finland, 1939–40 , Phoenix, an Imprint of The Orion Publishing Group Ltd, (2007), p. 21
- ^ Oliver Warner, Marshal Mannerheim and the Finns , Weidenfeld & Nicolson, (1967), pp.154 et seq.
- ^ a b Binder, David (October 16, 1983). "Finland's Heritage on parade". The New York Times. Dicapai pada August 17, 2013.
- ^ "Field Marshal Mannerheim, THE FATHER OF FINLAND". November 15, 1945. Dicapai pada August 17, 2013.
- ^ "Finland Country Profile – Timeline". BBC News. 25 September 2012. Dicapai pada August 17, 2013.
- ^ Kaleva.fi Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, MTV3.fi
- ^ "Julin von, Ätten härstammar från Säby i Österåkers socken i Södermanland, med namnet taget av grannsocknen Julita. Överflyttade till Finland 1782". http://www.ritarihuone.fi/sve/atterochvapen/ Diarkibkan 2012-03-04 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1953: Carl Gustaf Emil Mannerheim The Memoirs of Marshal Mannerheim. London. OCLC 12424452
- 1993: J. E. O. Screen Mannerheim: The Years of Preparation. Vancouver: University of British Columbia Press. ISBN 0-900966-22-X
- 2009: Clements, Jonathan Mannerheim: President, Soldier, Spy. London: Haus Publishing. ISBN 978-1907822575
- 1999: Petteri Koskikallio, Asko Lehmuskallio, and Harry Halén C. G. Mannerheim in Central Asia 1906–1908. Helsinki: National Board of Antiquities. ISBN 951-616-048-4
- 2000: J. E. O. Screen Mannerheim: The Finnish Years. London: Hurst. ISBN 1-85065-573-1
- 1986: Stig Jägerskiöld Mannerheim: Marshal of Finland. Minneapolis: University of Minnesota Press. ISBN 0-8166-1527-6
- 2000: William R. Trotter A Frozen Hell: The Russo-Finnish Winter War of 1939–1940. ISBN 1-56512-249-6
- 2010: Tamm, Eric Enno. The Horse That Leaps Through Clouds: A Tale of Espionage, the Silk Road and the Rise of Modern China. Vancouver: Douglas & McIntyre. ISBN 978-1-55365-269-4
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mannerheim's Journey Across Asia including interactive Google maps, slide shows, videos and more
- C. G. E. Mannerheim in the history of Finland
- Mikkeli Headquarters Museum Diarkibkan 2006-03-06 di Wayback Machine
- Mannerheim League for Child Welfare Diarkibkan 2006-06-13 di Wayback Machine
- The Mannerheim Cross and Knights Diarkibkan 2004-11-09 di Wayback Machine.
- Mannerheim Museum
- Audio recordings of Hitler and Mannerheim's public and private talk (w/English text di YouTube), 4 Jun 1942
- (Finland) and (Suec) [1][pautan mati kekal] Mannerheim's 1944 inauguration address
- On Mannerheim's role in defending Jews Diarkibkan 2012-03-11 di Wayback Machine
- Валентин Рянжин. Маршал Финляндии Маннергейм (russian)
- Русский офицер у Далай-ламы (russian)
- Маннергейм – русский генерал, финский маршал (russian)
- Mannerheim League for Child Welfare English website
- Carl Gustaf Emil Mannerheim di Find a Grave
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Pehr Evind Svinhufvud |
Pemangku Raja Finland 1918–1919 |
Diikuti oleh: Kaarlo Juho Ståhlberg sebagai Presiden Republik |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Risto Ryti |
Presiden Finland 1944–1946 |
Diikuti oleh: Juho Kusti Paasikivi |
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Institut penyelidikan seni | |
Kamus biografi | |
Pangkalan data saintifik | |
Lain-lain |
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Rencana dengan pengenalan BNC
- AC dengan 32 elemen
- Kelahiran 1867
- Kematian 1951
- Orang Finland
- Keturunan Sweden
- Pemimpin politik Perang Dunia II
- Keturunan Jerman
- Perang Dunia Kedua
- Ahli politik Finland
- Tentera Finland
- Carl Gustaf Emil Mannerheim