Carly Schroeder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carly Schroeder
Kelahiran Carly Brook Schroeder
18 Oktober 1990 (26 tahun)
Valparaiso, Indiana, A.S.
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1995–present
Tandatangan CarlySchroeder.png

Carly Brook Schroeder (lahir Oktober 18, 1990) adalah seorang pelakon filem dan televisyen Amerika. Dia terkenal dengan bermain watak Serena Baldwin, anak perempuan Scotty Baldwin dan Lucy Coe in the General Hospital spin-off Port Charles. Dia juga mempunyai watak berulang dalam Lizzie McGuire Disney Channel. Pada 2007, dia bermain watak utama dalam Gracie, sebuah filem diilham oleh tragedi hidup sebenar sewaktu zaman kanak-kanak pelakon Elisabeth Shue dan Andrew Shue.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Carly Brook berlakon dalam beberapa filem, antaranya adalah filem Growing Up Brady pada tahun 2000 dengan memegang watak Susan Olsen. Pada tahun 2003 dia berlakon dalam filem The Lizzie McGuire Movie dalam watak Melina Bianco dan pada tahun 2004 dalam filem Mean Creek memegang watak Millie.

Pada tahun 2005 dia berlakon dalam filem We All Fall Down dan pada 2006 dalam filem Firewall sebagai Sarah Stanfield, dan sebagai Gracie Bowen dalam filem Gracie pada 2007. Dalam filem Prey, 2007 dia berlakon sebagai Jessica Newman dan Alyssa dalam filem Eye of the Dolphin. Pada 2008 berlakon dalam filem Prayers for Bobby dan 2009 dalam filem Forget Me Not, 2009 sebagai Sandy Channing.

Berlakon sebagai Carly dalam filem Rites of Passage, 2012, dan filem Slightly Single in L.A. dan 2013 dalam filem Prep School sebagai Kyra Matheson.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]