Casey Affleck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Casey Affleck
Affleck pada tahun 2006
Kelahiran
Caleb Casey McGuire Affleck-Boldt

(1975-08-12) 12 Ogos 1975 (umur 48)
Pusat pendidikanUniversiti George Washington
Universiti Columbia
Tahun aktif1988–sekarang
PasanganSummer Phoenix (k. 2006)
SaudaraBen Affleck (abang)
Joaquin Phoenix (abang ipar)
Rain Phoenix (kakak ipar)

Caleb Casey McGuire Affleck-Boldt (lahir Ogos 12, 1975), lebih dikenali sebagai Casey Affleck ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau mula mendapat perhatian selepas lakonannya dalam To Die For (1995), Good Will Hunting (1997) dan Gerry (2002). Beliau muncul dalam trilogi Ocean (2001–2007), sebagai Virgil Maloy.

Affleck mendapat perhatian meluas pada tahun 2007,[1] selepas membintangi The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford, dimana beliau menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik dan Gone Baby Gone, diarahkan oleh abangnya Ben. Pada tahun 2010, beliau mengarahkan I'm Still Here, dibintangi Joaquin Phoenix. Beliau juga menerima pujian meluas untuk lakonannya dalam Out of the Furnace dan Ain't Them Bodies Saints (kedua-duanya pada tahun 2013).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Affleck dilahirkan di Falmouth, Massachusetts.[2] Beliau berketurunan Inggeris, Ireland, Jerman, Scotland, Perancis dan Sweden.[3][4][5] Affleck adalah tiga tahun lebih muda dari abangnya, Ben.[6] Mereka adalah kawan zaman kanak-kanak dengan pelakon, Matt Damon.[7][8][9]

Karier[sunting | sunting sumber]

1995–2006[sunting | sunting sumber]

Peranan filem pertama Affleck adalah dalam filem 1995, To Die For dibintangi Nicole Kidman, Matt Dillon dan Joaquin Phoenix.[10] Selepas membintangi bersama Halle Berry dan Jim Belushi dalam filem 1996, Race the Sun, beliau muncul dalam dua filem bersama abangnya Ben: Chasing Amy dan Good Will Hunting.

Filem-filem Affleck seterusnya adalah Desert Blue (1998) bersama Kate Hudson, Drowning Mona (1999) bersama Bette Midler, Jamie Lee Curtis, Neve Campbell dan Danny DeVito, dan filem seram 2001, Soul Survivors (dibintangi Luke Wilson).

Pada tahun 2001, Affleck menjadi sebahagian daripada barisan pelakon Ocean's Eleven, diarahkan oleh Steven Soderbergh. Affleck melakonkan watak Virgil Malloy. Affleck menyambung watak ini dalam dua sekuel, Ocean's Twelve (2004) dan Ocean's Thirteen (2007). Affleck menulis skrip filem 2002, Gerry bersama Gus Van Sant dan Matt Damon. Pada tahun 2006, Affleck berlakon dalam Lonesome Jim dan The Last Kiss'. Beliau kemudiannya membuat penampilan kameo dalam video yang diarahkan oleh Joaquin Phoenix, "Tired of Being Sorry" untuk band Ringside.

2007–12[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Affleck membintangi The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford, melakonkan watak Robert Ford bertentangan Brad Pitt sebagai Jesse James. Untuk lakonannya, belaiu menerima satu pencalonan Golden Globe untuk kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik dalam Filem, satu pencalonan Anugerah Screen Actors Guild untuk kategori Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Lelaki dalam Peranan Sokongan - Filem dan satu pencalonan Anugerah Akademi untuk kategori Lakonan Terbaik oleh Pelakon Lelaki dalam Peranan Sokongan.

Beliau membintangi Gone Baby Gone sebagai Patrick Kenzie. Diarah, diterbit dan ditulis oleh Ben Affleck, filem ini mendapat pujian meluas dan lakonan Casey dipuji.[11] Pada tahun 2010 Affleck merupakan pengarah I'm Still Here.[12] Affleck membintangi bersama Jessica Alba dan Kate Hudson dalam The Killer Inside Me (2010).[13]

2013–sekarang[sunting | sunting sumber]

Affleck membintangi bersama Rooney Mara dalam Ain't Them Bodies Saints dan bersama Christian Bale dalam Out of the Furnace, kedua-duanya ditayangkan pada tahun 2013. Pada bulan November 2014, beliau mempunyai peranan sokongan dalam filem Christopher Nolan, Interstellar.[14] Affleck juga menulis skrip bersama abangnya Ben dan David Mandel untuk drama besbol The Trade, diarahkan oleh Jay Roach.[15] Beliau juga menjual satu siri televisyen animasi komedi kepada FOX.[16][17]

Affleck dan penerbit John Powers Middleton mengumumkan pada bulan Jun 2014 bahawa mereka sedang melancarkan sebuah syarikat produksi, Untitled Casey Affleck/John Powers Middleton Project. Affleck dijadual untuk mengarahkan biopik tentang pemain besbol Josh Hamilton daripadanya skripnya sendiri. Jack Reynor dijangka akan membintangi.[18]

Affleck akan melakonkan peranan utama dalam Triple 9, dijadual ditayangkan pada bulan Februari 2016.[19][20] Beliau juga telah menandatangani untuk membintangi sebagai Meriwether Lewis dalam minisiri HBO berdasarkan buku tahun 1996, Undaunted Courage.[21] Beliau terikat untuk membintangi sebagai detektif dalam Boston Strangler, akan diarahkan oleh Mark Romanek.[22]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Affleck berkahwin dengan pelakon, Summer Phoenix, teman wanitanya selama enam tahun pada 3 Jun 2006 di Savannah, Georgia.[23] Pasangan itu diperkenalkan oleh abang Summer, Joaquin.[24] Mereka mempunyai dua orang anak, Indiana August, lahir pada Mei 31, 2004 di Amsterdam,[25] dan Atticus,[26][27] lahir pada Januari 12, 2008.[28]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Nota
1988 Lemon Sky Jerry TV
1990 The Kennedys of Massachusetts Robert Kennedy (12–15) Mini siri TV
1995 To Die For Russel Hines
1996 Race the Sun Daniel Webster
1997 Chasing Amy Little Kid
Good Will Hunting Morgan O'Mally
1998 Desert Blue Pete Kepler
1999 200 Cigarettes Tom
American Pie Tom Myers Tidak dikredit
Floating Prep No. 1
2000 Drowning Mona Bobby Calzone
Committed Jay
Hamlet Fortinbras
Attention Shoppers Jed
2001 Ocean's Eleven Virgil Malloy
American Pie 2 Tom Myers
Soul Survivors Sean
2002 Gerry Gerry Juga penulis skrip
2004 Ocean's Twelve Virgil Malloy
2005 Lonesome Jim Jim
2006 The Last Kiss Chris
2007 Ocean's Thirteen Virgil Malloy
The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford Robert Ford
Gone Baby Gone Patrick Kenzie
2010 The Killer Inside Me Lou Ford
I'm Still Here Diri sendiri Pengarah
2011 Tower Heist Charlie Gibbs
2012 ParaNorman Mitch Downe Suara
2013 Ain't Them Bodies Saints Bob Muldoon
Out of the Furnace Rodney Baze, Jr.
2014 Interstellar Tom
2015 Unity[29] Pencerita Dokumentari
2016 The Finest Hours Ray Sybert
Triple 9 Chris Allen
Manchester-by-the-Sea Lee Chandler

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Men of the Year 2007". GQ. Dicapai pada December 14, 2014.
  2. ^ Massachusetts Vital Records, Births, 1975, 40:305
  3. ^ Stated on Inside the Actors Studio, 2001
  4. ^ "10 Things About... Batman star Ben Affleck". Digital Spy. Dicapai pada December 14, 2014.
  5. ^ "Film Interview – Ben Affleck / 'Hollywoodland'". Event Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-09-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Casey Affleck Biography (1975–). Film Reference.com.
  7. ^ http://www.bostonmagazine.com/2006/05/the-other-affleck/
  8. ^ "Genealogical Chart Knowlton Line of Ben Affleck and Matt Damon" (PDF). New England Historic Genealogical Society. 2009. Dicapai pada February 2, 2010.
  9. ^ "Casey Affleck Talks Ain't Them Bodies Saints, I'm Still Here, and More". Collider. Dicapai pada December 14, 2014.
  10. ^ Schaefer, Stephen. Casey Affleck – Breakthrough Actor. Variety.com. October 19, 2007.
  11. ^ "Gone Baby Gone". rottentomatoes.com. October 19, 2007. Dicapai pada December 14, 2014.
  12. ^ Untitled Joaquin Phoenix Documentary. joaqdoc.com
  13. ^ "BD Horror News – 'Killer Inside Me' Finds New Director and Cast". BloodyDisgusting. November 17, 2008. Dicapai pada November 28, 2008.
  14. ^ H. Shaw-Williams. "Christopher Nolan's 'Interstellar' Adds Casey Affleck to Cast". Screen Rant. Dicapai pada December 14, 2014.
  15. ^ "Ben Affleck, Matt Damon Bring in Jay Roach to Direct Wife Swap Movie 'The Trade' - TheWrap". TheWrap. Dicapai pada December 14, 2014.
  16. ^ Anne Thompson (June 6, 2014). "Casey Affleck and John Powers Middleton Launch TV/Film Pr - Thompson on Hollywood". Thompson on Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-07. Dicapai pada December 14, 2014.
  17. ^ "Into the Fire with OUT OF THE FURNACE's Casey Affleck «  Nerdist". Nerdist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-07. Dicapai pada December 14, 2014.
  18. ^ Mike Fleming Jr. "Jack Reynor To Play Slugger Josh Hamilton In Movie - Deadline". Deadline. Dicapai pada December 14, 2014.
  19. ^ Sneider, Jeff. "Casey Affleck, Chiwetel Ejiofor, Michael B. Jordan in Talks to Star in 'Triple Nine' (Exclusive)". The Wrap. TheWrap.com. Dicapai pada March 18, 2014.
  20. ^ Mike Fleming Jr. "Woody Harrelson Joins John Hillcoat's 'Triple Nine' - Deadline". Deadline. Dicapai pada December 14, 2014.
  21. ^ Kevin Jagernauth (May 9, 2014). "Casey Affleck Heads To HBO For Miniseries 'Lewis And Clar - The Playlist". The Playlist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-07. Dicapai pada December 14, 2014.
  22. ^ "Mark Romanek in Talks to Direct Casey Affleck's 'Boston Strangler' Movie - TheWrap". TheWrap. Dicapai pada December 14, 2014.
  23. ^ "Casey Affleck, Summer Phoenix Wed". People.com. June 5, 2006. Dicapai pada August 18, 2014.
  24. ^ Atkinson, Kim (December 2004). "The Other Affleck". Boston Magazine. Dicapai pada August 18, 2014.
  25. ^ Garratt, Sheryl (May 30, 2008). "Casey Affleck's time to shine". London: The Telegraph. Dicapai pada August 18, 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  26. ^ Jones, Alison (June 5, 2008). "Affleck brothers strike gold on the silver screen". The Birmingham Post. Dicapai pada August 18, 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  27. ^ "Update: Casey Affleck and Summer Phoenix welcome second son, Atticus". People.com. June 6, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada August 18, 2014.
  28. ^ "Casey Affleck Welcomes a Second Child ]publisher=People.com". January 15, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-17. Dicapai pada August 18, 2014.
  29. ^ Dave McNary (April 22, 2015). "Documentary 'Unity' Set for Aug. 12 Release with 100 Star Narrators". Variety. Dicapai pada May 1, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]