Rooney Mara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rooney Mara
Mara pada tahun 2017
Kelahiran
Patricia Rooney Mara

(1985-04-17) 17 April 1985 (umur 38)[1]
Nama lainPatricia Mara
Tricia Mara
Pusat pendidikanUniversiti New York
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–sekarang
Saudara

Patricia Rooney Mara (/ˈmɛərə/ MAIR; lahir 17 April 1985)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam filem slasher, Urban Legends: Bloody Mary (2005). Beliau juga mempunyai peranan di dalam filem Tanner Hall (2009), A Nightmare on Elm Street dan The Social Network (2010).

Pada tahun 2011, Mara melakonkan watak Lisbeth Salander di dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo. Beliau menerima pujian meluas untuk persembahan lakonannya dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem – Drama. Pada tahun 2015, beliau menerima pujian meluas untuk persembahan lakonannya di dalam filem Carol dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe, SAG, BAFTA dan Anugerah Akademi.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mara lahir dan membesar di Bedford, New York. Keluarga ibu Mara mengasaskan Pittsburgh Steelers dan keluarga bapanya mengasaskan New York Giants.[2] Bapanya, Timothy Christopher Mara adalah naib presiden penilaian pemain untuk New York Giants dan ibunya, Kathleen McNulty (née Rooney) adalah ejen hartanah sambilan.[3] Beliau adalah anak ketiga daripada empat adik beradik: Beliau mempunyai seorang abang, Daniel, seorang kakak yang juga merupakan seorang pelakon, Kate dan seorang adik lelaki, Conor.[4] Bapa Mara berketurunan Ireland, Jerman dan Perancis-Kanada manakala ibunya berketurunan Itali.[5][6]

Mara menamatkan pembelajaran dari Sekolah Tinggi Fox Lane pada tahun 2003.[7] Beliau menghadiri Universiti George Washington selama setahun sebelum berpindah ke Universiti New York sebelum menamatkan pengajian pada tahun 2010.[8]

Mara mendapat inspirasi untuk berlakon selepas menonton teater muzik dan filem klasik seperti Gone with the Wind (1939), Rebecca (1940) dan Bringing Up Baby (1938). Beliau juga mahu menjadi seperti kakaknya, Kate Mara, seorang pelakon profesional. Mara berlakon di dalam beberapa filem pelajar ketika di NYU dan menghadiri ujibakat pertamanya ketika berumur sembilan belas tahun.

Karier[sunting | sunting sumber]

2005–09[sunting | sunting sumber]

Mara pertama kali muncul sebagai seorang pelakon tambahan di dalam filem yang dibintangi kakaknya termasuk filem seram tahun 2005, Urban Legends: Bloody Mary. Beliau membuat penampilan profesional pertamanya di dalam sebuah episod tahun 2006 siri televisyen Law & Order: Special Victims Unit.[9] Beliau juga muncul di dalam siri televisyen Women's Murder Club pada tahun 2007 dan di dalam sebuah episod siri televisyen The Cleaner pada tahun 2008.[10] Mara membuat penampilan filem pertamanya di dalam Dream Boy pada tahun 2008 dan membintangi sebagai Megan di dalam dua episod siri televisyen NBC, ER pada tahun 2009.

Mara mendapat watak utama pertamanya di dalam filem Tanner Hall sebagai Fernanda.[11] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2009 dan mendapat tayangan teater terhad pada bulan September 2011.[12] Di dalam filem komedi tahun 2009, Youth in Revolt, Mara melakonkan watak Taggarty yang cuba untuk tidur dengan 50 lelaki sebelum memasuki kolej. Filem ini adalah berdasarkan novel C.D. Payne tahun 1993 dengan nama yang sama.[13][14] Mara melakonkan watak Courtney di dalam filem tahun 2009, Dare[15] dan sebagai Wendy di dalam filem The Winning Season.[16][17] Mara membintangi sebuah buatan semula filem seram tahun 1984, A Nightmare on Elm Street[18] sebagai Nancy Holbrook pada tahun 2010.[19]

2010–sekarang[sunting | sunting sumber]

Di dalam filem biopik, The Social Network, beliau melakonkan watak Erica Albright yang berpisah dengan Mark Zuckerberg.[20] Pada bulan Ogos 2010, Mara telah dipilih untuk watak utama di dalam filem adaptasi buku trilogi Millennium oleh Stieg Larsson. Beliau melakonkan watak Lisbeth Salander, seorang penggodam komputer.[21] Filem ini ditayangkan pada 20 Disember 2011.[22] Mara menerima pujian meluas dan dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem – Drama.[23] Pada 24 Januari 2012, Mara menerima pencalonan Anugerah Akademi pertamanya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.[24]

Pada lewat tahun 2011, Mara didedahkan telah menyertai barisan pelakon Weightless bersama-sama Ryan Gosling, Christian Bale, Natalie Portman, Cate Blanchett dan Val Kilmer.[25] Filem ini dijadual ditayangkan pada tahun 2016. Pada awal tahun 2012, Mara keluar dari filem aksi, Zero Dark Thirty kerana konflik penjadualan dan digantikan oleh Jessica Chastain.[26] Mara menggantikan Carey Mulligan di dalam filem Spike Jonze, Her (2013).

Mara membintangi filem jenayah/thriller tahun 2013, Side Effects bersama-sama Jude Law, Channing Tatum, Catherine Zeta-Jones dan Vinessa Shaw. Beliau melakonkan watak Emily Taylor.[27] Beliau membintangi filem arahan David Lowery tahun 2013, Ain't Them Bodies Saints bersama-sama Casey Affleck dan Ben Foster.

Pada tahun 2015, Mara melakonkan watak Tiger Lily di dalam filem fantasi, Pan [28] Pada bulan Jun 2014, beliau menandatangani untuk berperanan sebagai penerbit bersama filem A House in the Sky dan untuk melakonkan watak Amanda Lindhout dalam filem ini.[29]

Di Festival Filem Cannes 2015, beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya di dalam filem Carol.[30] Beliau juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi, Anugerah Golden Globe, Anugerah BAFTA dan Anugerah Screen Actors Guild.[31][32]

Pada tahun 2016, Mara menyuarakan watak The Sisters di dalam filem animasi Kubo and the Two Strings.[33] Beliau kemudiannya membintangi bersama Ben Mendelsohn di dalam filem Una. Filem ini dibuka di Festival Filem Telluride pada 2 September 2016.[34] Mara kemudiannya muncul di dalam filem Lion bersama-sama Dev Patel dan Nicole Kidman.[35] Mara juga membintangi filem The Secret Scripture, sebuah filem arahan Jim Sheridan.[36]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mara berpindah ke Los Angeles pada awal tahun 2007 dan tinggal bersama kakaknya untuk seketika.[37][38] Setakat bulan Januari 2012, Mara menetap di Los Feliz, Los Angeles.[1] Sejak tahun 2010, beliau mempunyai hubungan dengan pengarah, Charlie McDowell.[39]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2005 Urban Legends: Bloody Mary Wanita dalam kelas #1 Terus-ke-video
2008 Dream Boy Evelyn Dikredit sebagai Tricia Mara
2009 Dare Courtney
2009 The Winning Season Wendy
2009 Friends (With Benefits) Tara
2009 Youth in Revolt Taggarty
2009 Tanner Hall Fernanda
2010 A Nightmare on Elm Street Nancy Holbrook
2010 The Social Network Erica Albright
2011 The Girl with the Dragon Tattoo Lisbeth Salander
2013 Ain't Them Bodies Saints Ruth Guthrie
2013 Side Effects Emily Taylor
2013 Her Catherine
2014 Trash Olivia
2015 Carol Therese Belivet
2015 Pan Tiger Lily
2016 Kubo and the Two Strings The Sisters (suara)
2016 Una Una
2016 Lion Lucy
2016 The Secret Scripture Roseanne McNulty sewaktu muda
2017 The Discovery Isla
2017 A Ghost Story M
2017 Song to Song Faye
2017 Mary Magdalene Mary Magdalene

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 Law & Order: Special Victims Unit Jessica DeLay Episod: "Fat"
2007 Women's Murder Club Alexis Sherman Episod: "Blind Dates and Bleeding Hearts"
2008 The Cleaner Rebecca Smith Episod: "Rebecca"
2009 ER Megan 2 episod

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mead, Rebecca (January 2012). "Into the Deep". Allure. pp. 103–106.
  2. ^ "No knight in shining armour? Rooney Mara pitches in to help a female friend haul a giant widescreen TV". Daily Mail. London.
  3. ^ Bird, David (1980-12-24). "Notes on People; It's Goodbye for a Long-Time Greeter Mara and Rooney Clans to Gather at Wedding Rudolf Bing Speaks His Mind About the Met Former Student Musician Has a New Role Santa Gets a Helper". New York Times. Dicapai pada 2010-04-30.
  4. ^ Van Meter, Jonathan (November 2011). "Rooney Mara: Playing with Fire". Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-18. Dicapai pada 2011-10-17.
  5. ^ Millar, John (2008-09-28). "Hollywood star pays tribute to Stone of Denisty nationlist". Sunday Mail. Dicapai pada 2010-10-10.
  6. ^ Mara, Kathleen (2008). "940 by Kathleen Rooney Mara". Creative Nonfiction. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-24. Dicapai pada 2015-08-18.
  7. ^ "Bedford’s Mara To Star In ‘The Girl With The Dragon Tattoo’". CBS New York. August 17, 2010. Retrieved on August 19, 2010.
  8. ^ Pearlman, Cindy (December 15, 2011). "Rooney Mara: The girl who chased the ‘Dragon’". Chicago Sun-Times. Retrieved December 15, 2011.
  9. ^ Zakarin, Jordan (December 19, 2011). "Rooney Mara: 'Law & Order: SVU' Quote Out Of Context". The Huffington Post. Retrieved December 20, 2011.
  10. ^ Patches, Matt (April 27, 2010). "The New Girl: Nightmare on Elm Street's Rooney Mara Diarkibkan 2010-04-29 di Wayback Machine". UGO. Retrieved April 27, 2010.
  11. ^ Barnard, Linda (September 19, 2009). "Today's TIFF mini reviews". Toronto Star. Retrieved on September 21, 2008.
  12. ^ Webster, Andy (September 8, 2011). "‘Tanner Hall’ Starring Rooney Mara — Review". The New York Times. Retrieved on September 14, 2011.
  13. ^ Martin, Michael. "Rooney Mara". Interview. Retrieved on June 25, 2009.
  14. ^ Goldstein, Gregg (June 23, 2008). "'Youth in Revolt' gathers troops". The Hollywood Reporter. Retrieved on June 25, 2008.
  15. ^ Fleming, Michael (June 3, 2008). "Emmy Rossum takes indie 'Dare'". Variety. Retrieved on June 4, 2008.
  16. ^ Kernan, Kevin (December 14, 2008). "Rooney Mara's crusade for Kenyan orphans Diarkibkan 2008-12-15 di Wayback Machine". New York Post. Retrieved on December 14, 2008.
  17. ^ Malkin, Marc (August 17, 2010). "Dragon Tattoo Girl Hooks Up With Pervy Shoe Salesman". E! Online. Retrieved on August 17, 2010.
  18. ^ Set Report: A Nightmare in Elm Street 2010. Dreadcentral.com (2010-02-22). Retrieved on 2013-04-05.
  19. ^ Vary, Adam B. (April 23, 2009). "'Nightmare on Elm Street' producers in final talks with new Nancy Diarkibkan 2009-04-26 di Wayback Machine". Entertainment Weekly. Retrieved on April 23, 2009.
  20. ^ Fischer, Russ (October 20, 2009). "Casting Notes: Selena Gomez in Teen Rom Com; The Social Network Gets New Kids; The Whistleblower Gets Proven Talent Diarkibkan 2012-06-30 di archive.today". /Film. Retrieved on October 20, 2009.
  21. ^ Li, David K. (August 17, 2010). "This is 'The girl with the dragon tattoo'". New York Post. Retrieved on August 17, 2010.
  22. ^ Weinstein, Joshua L. (December 13, 2011). "'Girl With the Dragon Tattoo' to Open a Day Early, to Beat the Yule Crush Diarkibkan 2014-10-20 di Wayback Machine". Reuters. Retrieved on December 15, 2011.
  23. ^ "Nominees for the 69th Golden Globe Awards Diarkibkan 2012-05-09 di Wayback Machine". Today. Associated Press. December 15, 2011. Retrieved on December 15, 2011.
  24. ^ "Academy Awards history". Dicapai pada 2013-04-19.
  25. ^ Lodderhose, Diana (November 1, 2011). "Bale, Blanchett to star in two Terrence Malick pics". Variety. Retrieved on November 5, 2011.
  26. ^ Roger Moore (2013-02-08). "Rooney Mara makes huge impact". GoErie.com. Dicapai pada 2013-04-19.
  27. ^ "The Bitter Pill (2013)". IMDB. Dicapai pada 2012-04-16.
  28. ^ "Is #NotYourTigerLily next?". The Washington Post. Dicapai pada 2014-03-13.
  29. ^ Jordan Zakarin (2014-06-25). "Rooney Mara to Star in 'A House in the Sky' for Megan Ellison's Annapurna". The Wrap. Dicapai pada 2014-06-25. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  30. ^ Frosch, Jon (2015-05-24). "Critic's Notebook: With Cannes Prizes, Coen Brothers Keep It Weird". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2015-05-24.
  31. ^ Ford, Rebecca (2016-01-14). "Oscar Nominations: The Complete List". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2016-01-14.
  32. ^ "SAG Awards Nominations: Complete List". Variety. 2015-12-09. Dicapai pada 2015-12-10.
  33. ^ Ford, Rebecca (2014-12-22). "Matthew McConaughey, Charlize Theron, Rooney Mara Join Voice Cast for 'Kubo and the Two Strings'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2016-05-08.
  34. ^ Hammond, Pete (2016-09-01). "Telluride Film Festival Lineup: 'Sully', 'La La Land', 'Arrival', 'Bleed For This' & More". Deadline.com. Dicapai pada 2016-09-01.
  35. ^ Barraclough, Leo (2015-04-07). "Rooney Mara Joins Nicole Kidman, Dev Patel in 'Lion'". Dicapai pada 2016-05-08.
  36. ^ Yamato, Jen (2014-07-23). "Rooney Mara Signs On For Jim Sheridan's 'Secret Scripture'". Deadline.com. Dicapai pada 2016-05-08.
  37. ^ 'Sweet' Rooney Mara Enjoys Vegan Fare at Sundance – Park City, Sundance Film Festival, Caught in the Act, Rooney Mara, Restaurant. People.com (2013-01-24). Retrieved on 2013-04-05.
  38. ^ King, Susan (March 22, 2007). "She knows she tackled the right career". Los Angeles Times. Retrieved on December 15, 2011.
  39. ^ "Rooney Mara Is Dating Charlie McDowell". People Magazine. 2012-01-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]