Cash Farhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cash Farhan
Cash Farhan.jpg
Latar belakang
Nama lahirMuhamad Asyrol Farhan bin Ahmad
Kelahiran (1996-01-04) 4 Januari 1996 (umur 24)
Terengganu, Malaysia
KediamanSelangor, Malaysia
GenreBalada
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik, komposer
Penampilan sulung
melalui karya Trust
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Big Shot Entertainment (2019-kini)
Pengkarya berkait

Muhamad Asyrol Farhan atau lebih dikenali sebagai Cash Farhan (lahir pada 4 Januari 1996) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Cash Farhan mula berjinak di dalam bidang muzik ketika beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Yonsei, Korea Selatan pada 2016.

Menarik tentang Cash Farhan, selain menyanyi beliau juga mahir bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan juga Bahasa Mandarin. Selepas pulang ke tanah air beliau menyambung pembelajarannya dalam bidang muzik di Academy Of Recording Arts.[1] Beliau merupakan peminat kelab bola sepak Chelsea.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 4 Januari 1996 di Hospital Besar Kemaman, Terengganu, Malaysia. Cash merupakan anak bongsu daripada lapan beradik kepada ibu bapa nya Dato' Seri Ahmad bin Said dan To' Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud, bapa beliau merupakan seorang ahli politik dan bekas Menteri Besar Terengganu 22 Mac 2008 – 12 Mei 2014. Pada awal pembabitannya Cash pernah dikaitkan dengan bapanya kerana dikatakan menggunakan kabel bapa kerana terjun dalam bidang seni. Beliau tidak mahu bapa nya dikaitkan kerana beliau terjun ke bidang seni atas minat dan bakat yang beliau miliki. Bapa nya memberi sokongan penuh terhadap beliau.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu
2019 Trust
"Big Shot Anthem"

bersama Ewal Ismail,Alfie, Oktovia. Manrose & Phoebe)

2020 "Hari Mulia"

bersama Ewal Ismail, Alfie & Qiqin Musee)

Ku Berharap

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1],Single KU BERHARAP, Hasil Dari Pengalaman Sebenar Cash Farhan

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]