Cecilia Gallerani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cecilia Gallerani
Dama z gronostajem.jpg
Cecilia Gallerani sebagai The Lady with an Ermine, dilukis oleh Leonardo da Vinci sekitar tahun 1489 dan dipamerkan di Muzium Czartoryski di Kraków
Kelahiran1473
Siena, Itali
Meninggal dunia1536
Istana San Giovanni in Croce, berdekatan Cremona, Itali
WarganegaraItali
Terkenal keranamenjadi subjek lukisan Leonardo da Vinci, The Lady with an Ermine
menjadi wanita simpanan Ludovico Sforza, Duke Milan
PasanganLudovico Carminati de' Brambilla, Count Bergamino
Anak(by Ludovico Sforza): Cesare Sforza Visconti
(by Ludovico Carminati de' Brambilla): 4 children
Ibu bapaFazio Gallerani
Margherita Busti

Cecilia Gallerani (sebutan bahasa Itali: [tʃeˈtʃiːlja ɡalleˈraːni]; 1473–1536), dilahirkan di Siena, Itali, wanita simpanan paling terkenal dan menjadi kesayangan Ludovico Sforza, yang juga dikenali sebagai Lodovico il Moro, Duke Milan. Cecilia juga terkenal kerana menjadi subjek lukisan Leonardo da Vinci, The Lady with an Ermine (sekitar 1489). Semasa bergaya untuk dilukis, beliau menjemput Leonardo, ketika itu bekerja sebagai artis mahkamah untuk Sforza, untuk menghadiri mesyiarat di mana ilmuwan Milan membincangkan falsafah dan subjek lain. Cecilia mempengerusikan perbincangan tersebut.


Lukisan Gallerani oleh Leonardo.

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Cecilia dilahirkan dalam keluarga besar dari Siena. Bapanya bernama Fazio. Fazio bukan orang bangsawan, tetapi beliau mejawat beberapa jawatan di mahkamah Milan, termasuk kedudukan duta ke Florence dan Lucca. Ibunya ialah Margherita Busti, anak perempuan kepada seorang doktor undang-undang yang terkenal.

Cecilia seorang yang berpendidikan dalam Latin dan kesusasteraan bersama enam orang adik beradik lelakinya. Pada tahun 1483, ketika berusia 10 tahun, beliau telah bertunang dengan Stefano Visconti, namun pertunangan tersebut putus pada tahun 1487 atas sebab yang tidak diketahui. Pada Mei 1489, beliau meninggalkan rumah untuk ke Monastero Nuovo, di mana beliau bertemu Ludovico.

Wanita simpanan Ludovico Sforza[sunting | sunting sumber]

Cecilia yang fasih berbahasa Latin dikatakan sebagai pemuzik dan penyanyi yang berbakat. Beliau turut menulis sajak. Sekitar tahun 1489, beliau menjadi subjek kepada lukisan oleh artis mahkamah dan juga jurutera Ludovico, Leonardo da Vinci. Lukisan itu dikenali sebagai The Lady with an Ermine.

Selepas Ludovico mengahwini Beatrice d'Este, Cecilia masih memiliki pangsapuri dalam istana Ludovico. Hubungannya beliau dengan Ludovico Sforza telah menghasilkan seorang anak lelaki, Cesare, yang lahir pada 3 Mei 1491.

Semasa Beatrice d'Este mengetahui mengenai hubungan mereka, Ludovico meminta Cecilia untuk meninggalkan Porta Giovia. Cecilia dihantar ke Istana Verme, kemudian diberi Istana Carmagnola pada tahun 1492, semasa beliau mengahwini Count Ludovico Carminati de' Brambilla, atau dikenali sebagai "Il Bergamino". Beliau melahirkan empat orang anak bersama suaminya. Selepas kematian suami dan anaknya (1514-1515), beliau berpindah ke San Giovanni in Croce, sebuah istana di Cremona.

Cesare, anak lelaki Cecilia dan Ludovico Sforza menjadi abbot (ketua sekumpulan rahib lelaki) Gereja San Nazaro Maggiore di Milan pada tahun 1498. Pada tahun in 1505, beliau menjadi kanon (ahli ulama gereja) Milan dan meninggal dunia pada tahun 1512.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Cecilia telah meninggal dunia pada tahun 1536 dan tarikh teap kematian beliau tidak diketahui. Beliau telah dikebumikan di makam keluarga Carminati di Gereja San Zavedro.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Pizzigalli, Daniela (2003), La donna con l'ermellino, Rizzoli 
  • Shell, Janice & Sironi, Grazioso (1992), "Cecilia Gallerani: Leonardo's Lady with an Ermine", Artibus et Historiae, 13 (25): 47–66, doi:10.2307/1483456 .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]