Ceratosaurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ceratosaurus
frames
Pengelasan saintifik


Ceratosaurus merupakan pemangsa dinosaur dari Akhir Zaman Formasi Batuan Morrison Jura di Amerika Utara. Namanya diambil daripada bahasa Greek yang membawa maksud "cicak bertanduk" disebabkan oleh tanduk pada jongornya.

Ceratosaurus dicirikan oleh:

  • rahang yang besar;
  • gigi yang tajam;
  • tanduk yang tajam pada jongor;
  • sepasang tanduk yang kecil di atas mata.

Kaki hadapannya kukuh tetapi amat pendek. Saiz Ceratosaurus 4.5 hingga 6 meter (15 hingga 20 kaki) dengan berat sehingga satu tan. Dianggap bahawa spesies Afrika, yakni Ceratosaurus ingens, lebih besar dengan berat sehingga 5 tan. Jika anggapan ini betul, Ceratosaurus ingens akan merupakan salah sejenis Theropoda yang terbesar. Spesies lain dalam genus ini termasuk Elaphrosaurus dan abelisaur Carnotaurus.

Ceratosaurus ditemui daripada kuari Cleveland-Lloyd di bahagian tengah Utah dan Mesa Kering di Colorado. Dinosaur ini hidup bersama-sama dengan dinosaur yang lain seperti Allosaurus, Torvosaurus, Apatosaurus, Diplodocus, dan Stegosaurus. Terdapat sebahagian pakar yang menganggapi bahawa dinosaur ini bersaing dengan Allosaurus.