Tanduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lastik yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
Alat muzik.
Kambing dengan tanduk luar biasa.
Lembu Highland, jenis bertanduk panjang yang dipelihara di Scotland.

Tanduk merupakan unjuran berongga dari kulit pelbagai haiwan, terdiri kebanyakannya dari keratin dan juga protein lain. Tanduk sebenar hanya didapati di kalangan ruminan artiodactyl, dalam keluarga Antilocapridae (pronghorn) dan Bovidae (lembu, kerbau, yak, kambing, antelop dll.). Haiwan tersebut mempunyai satu atau dua pasang tanduk, yang biasanya mempunyai bentuk berpilin.