Cereka apokalips dan pascaapokalips

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gambaran kiamat yang dibayangkan dalam lukisan Apocalypse (1903) karya Albert Goodwin.

Cereka apokalips dan pascaapokalips adalah subgenre cereka dan fantasi sains, distopia atau seram yang dilatarkan keadaan tamadun Bumi sama ada dalam ambang keruntuhan atau sedang runtuh: keruntuhan ini boleh disebabkan fenomena semula jadi (seperti perubahan iklim), bencana angkasa (seperti kejadian hentaman), peperangan dan kemajuan teknologi (seperti holokus nuklear atau ketunggalan teknologi), ancaman kesihatan (seperti pandemik) mahupun perkara yang fantasi atau direka-reka (termasuk serangan zombi).