Chandra Muzaffar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Chandra Muzaffar
CMuzaffar.jpg
Chandra Muzaffar
Presiden JUST


Chandra Muzaffar ialah seorang ahli sains politik Malaysia yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) selama banyak tahun, dan kini merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan persoalan-persoalan keadilan sejagat dari segi kerohanian dan akhlak. Dialog antara agama merupakan salah satu daripada keutamaannya dan beliau adalah ahli Majlis Keamanan Antara Agama Antarabangsa serta ahli lembaga Titik Persamaan (Common Ground), sebuah gerakan antarabangsa terhadap semua bentuk diskriminasi dan rasisme. Muzaffar pernah memegang jawatan dalam Parti Keadilan, sebuah parti pembangkang Malaysia.

Penglibatan dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO)[sunting | sunting sumber]

Beliau sangat aktif dalam membuat kerja-kerja kebajikan. Beliau merupakan Presiden bagi Pergerakan Keadilan Sejagat(Just).

Perbicaraan pemecatan[sunting | sunting sumber]

Hakim Datuk K.C. Vohrah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Universiti Malaya membayar pampasan sebanyak RM115,000 kepada Muzaffar, bekas pensyarah Pusat Dialog Peradaban. UM juga diperintahkan membayar caruman bulanan sebanyak 12 bulan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain faedah 8% daripada jumlah pampasan, termasuk kos permohonan Muzaffar di mahkamah.

UM tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan beliau yang tamat pada Februari 1999 kerana antara lain, beliau cenderung menyokong mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muzaffar juga memohon writ mandamus untuk mengembalikan semula jawatannya sebagai pensyarah dan profesor di Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya itu, tanpa kehilangan faedah dengan kos, serta lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Tinggi. Beliau mendakwa bahawa UM telah melakukan pelanggaran keadilan semula jadi apabila gagal memberikan peluang kepadanya untuk membela diri sebelum menamatkan kontraknya.