Chappie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Chappie
Chappie Logo.svg
PengarahNeill Blomkamp
Penerbit
Penulis
Dibintangi oleh
Muzik olehHans Zimmer[a]
SinematografiTrent Opaloch
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarSony Pictures Releasing
Mula ditayangkan
4 Mac 2015 (2015-03-04)(New York)
5 Mac 2015 (Malaysia)
6 Mac 2015 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
120 minutes[1]
NegaraAmerika Syarikat[2][3]
Bahasa
PerbelanjaanAS$49 juta[4]
Pecah panggung$102.1 juta[4]

Chappie (ditulis di poster sebagai CHAPPiE) ialah sebuah filem aksi cereka sains 2015 Amerika Syarikat[4] arahan dan ditulis skripnya oleh Neill Blomkamp bersama Terri Tatchell, ia dilakonkan Sharlto Copley, Dev Patel, Jose Pablo Cantillo, Sigourney Weaver, Hugh Jackman, serta Ninja and Yolandi Visser dari kumpulan Die Antwoord. Ia mengisahkan suatu robot berkecerdasan buatan yang dipergunakan dan direbutkan banyak orang.

Filem ini mendapat tayangan perdana di Bandar Raya New York on 4 Mac 2015 sebelum ditayangkan se-Amerika Syarikat pada lusa harinya.[5]. Ia mendapat kutipan $102 juta seluruh dunia dibandingkan bajet sebanyak $49 juta.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pihak polis kota Johannesburg, Afrika Selatan membeli satu skuadron android berperisai dari syarikat senjata Tetravaal untuk memenuhi keperluan pasukan mereka yang sudah terbeban kerja akibat kadar jenayah di sana. Salah satu saintis dalam Tetravaal, Deon membangunkan prototaip kepada suatu kecerdasan buatan yang direka memirip keupayaan manusia berfikir dan beremosi. CEOnya Michelle menghalangnya menguji kecerdasan ini, namun Deon nekad dengan mengujinya pada suatu robot yang rosak secara sembunyi.

Deon dan robot dipasangkan ini diculik tiga orang samseng - Ninja, Yolandi dan Amerika - yang mengugutnya robot tersebut agar mampu mencuri untuk mereka yang berhutang 20 juta rand dengan seorang ketua jenayah. Deon menghidupkan dan mengaturcara robot ini di mana ia diajarkan berkata-kata, robot ini turut diberi nama "Chappie". Deon dihalau Ninja dari tempat persembunyian mereka. Chappie kini diperhatikan agar dapat difungsikan sebelum baterinya lupus dalam masa beberapa hari.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2015, IMAX Corporation dan Sony mengumumkan bahawa filem ini akan dikeluarkan semula secara digital ke dalam format IMAX dan dilancarkan ke pawagam IMAX di dalam negara pada 6 Mac 2015.[9] Filem ini dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 6 Mac 2015.[5]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Kutipan panggung[sunting | sunting sumber]

Chappie mengutip sebanyak USD31.6 juta di Amerika Utara dan $70 juta di rantau-rantau lain berjumlah USD102.1 juta menandingi perbelanjaan produksi sebanyak $49 juta.[4] Filem ini meraih sejumlah $13.4 juta pada pembukaan hujung minggu pertamanya dalam sebanyak 3,201 buah panggung seluruh dunia.[10]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muzik tambahan digubah Steve Mazzaro dan Andrew Kawczynski

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "CHAPPIE (15)". British Board of Film Classification. 12 Februari 2015. Dicapai pada 12 Februari 2015.
  2. ^ "Chappie (2015)". Baseline. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2015. Dicapai pada 25 Jun 2015 – melalui The New York Times.
  3. ^ Grierson, Tim (4 Mac 2015). "Chappie". Screen International. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  4. ^ a b c d "Chappie (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada 10 Mei 2015.
  5. ^ a b c d e Lee, Chris (4 November 2014). "Watch the trailer for 'Chappie,' Neill Blomkamp's robot adventure". Entertainment Weekly. Dicapai pada 15 Disember 2014.
  6. ^ Vincent Frei. "CHAPPIE: Chris Harvey - VFX Supervisor - Image Engine - The Art of VFX". The Art of VFX. Dicapai pada 28 November 2015.
  7. ^ "Sigourney Weaver Joins Neill Blomkamp's 'Chappie'". deadline.com. 28 Oktober 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
  8. ^ "Hugh Jackman Joins Neill Blomkamp's Sci-Fi 'Chappie'". deadline.com. 29 September 2013. Dicapai pada October 29, 2013.
  9. ^ "Neill Blomkamp's Chappie is Coming to IMAX". comingsoon.net. 6 Februari 2015. Dicapai pada 7 Februari 2015.
  10. ^ "Chappie Daily Box office". boxofficemojo.com. Dicapai pada 9 Mac 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]