Johannesburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johannesburg
eGoli  (Bahasa Zulu)
Bandar Raya Johannesburg
Latar langit Johannesburg sewaktu siang dari Carlton Centre
Latar langit Johannesburg sewaktu siang dari Carlton Centre
Bendera Johannesburg
Mohor rasmi Johannesburg
Nama panggilan: Jo'burg; Jozi; Muḓi Mulila Ngoma (Venda), Joni (Tsonga); Jobhag (Bhojpuri);[1] Egoli ("Kawasan Emas");[2] Gauteng ("Kawasan Emas")
Cogan kata: Unity in Development
Bahasa Melayu: Bersatu dalam Pembangunan
[3]
OpenStreetMap
Map
Johannesburg is located in Bumi
Johannesburg
Johannesburg (Bumi)
Koordinat: 26°12′16″S 28°2′44″E / 26.20444°S 28.04556°E / -26.20444; 28.04556
Negara Afrika Selatan
Provinsi Gauteng
PerbandaranBandar Raya Johannesburg
Ditubuhkan1886[4]
Pentadbiran
 • JenisPerbandaran metropolitan
 • Datuk BandarKabelo Gwamanda (Al Jama-ah)
Keluasan
 • Bandar Raya1,644.98 km2 (635.13 batu persegi)
 • Bandar3,357 km2 (1,296 batu persegi)
Aras
1,753 m (5,751 ft)
Penduduk
 (2019)[6]
 • Bandar Raya5635127
 • Bandar8,000,000
 • Kepadatan bandar2,400/km2 (6,200/batu persegi)
 • Metro
10,500,000
Demografi kaum (2019)
 • Hitam76.4%
 • Putih12.3%
 • Coloured5.6%
 • India/Asia4.9%
 • Lain-lain0.8%
Bahasa ibunda (2011)
 • Zulu23.41%
 • Inggeris20.10%
 • Sesotho9.61%
 • Setswana7.68%
 • Afrikaans7.28%
 • Lain-lain18,10%
Zon waktuUTC+2 (Waktu Piawai Afrika Selatan)
Poskod (jalan)
2001
Kod kawasan010 dan 011
HDI 0.75 High (2012)[8]
GDPUS$131 bilion (2020)[9]
GDP per kapita (PPP)US$16370 (2014)[9]
Laman sesawangwww.joburg.org.za

Johannesburg atau lebih dikenali sebagai Jo'burg atau Bandar Raya Emas terletak di kawasan tinggi iaitu pada ketinggian 1,753 meter (6 000 kaki) di atas paras laut. Bandar raya ini adalah ibu negeri Gauteng. Luas kawasannya 1,644 kilometer persegi, dengan purata kepadatan penduduk seramai 1,962 orang setiap kilometer persegi. Walaupun, Johannesburg bukan ibu negara Afrika Selatan tetapi ia merupakan bandar raya terbesar di Afrika Selatan. Malah bandar raya ini merupakan salah satu daripada 40 bandar raya metropolitan yang terbesar di dunia, dan adalah bandar raya di benua Afrika yang tergolong sebagai bandar raya global. Satu kajian di bawah kelolaan Mastercard pada 2007, meletakkan Johannesburg sebagai 47 daripada 50 bandar raya utama di dunia sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa (bandar raya tunggal di seluruh benua Afrika) [10].

Selain itu, ia merupakan pusat ekonomi yang paling penting di negara ini dan juga di seluruh benua Afrika. Bursa Saham Johannesburg (JSE) adalah bursa saham terbesar di Afrika dan yang ke-16 terbesar di dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini dipertelingkahkan punca penamaan ini kerana terdapat banyak orang penting bernama "Johannes" semasa penubuhan kota ini:

  • Christiaan Johannes Joubert, anggota Volksraad, kerani ketua juruukur Hendrik Dercksen serta Menteri Perlombongan Republik Transvaal;
  • Stephanus Johannes Paulus Kruger, Presiden Republik Transvaal dari hingga 1883–1900,
  • Johannes Meyer, pegawai pemerintah pertama dilantik untuk kawasan ini,[11]
  • Johannes Joubert, anggota delegasi diutuskan ke England mendapatkan kebenaran melombong - suatu taman iaitu Joubert dinamakan sempena beliau
  • Johannes Rissik, anggota delegasi sama dan rakan sekerja Rissik - salah satu jalan utama kota dinamakan sempena beliau serta juga suatu bangunan pejabat posyang dahulunya bangunan tertinggi kota.[12][13]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Rantau ini pada asalnya diduduki puak Bushmen dan Bantu. Apabila orang Eropah tiba di sini, sekumpulan Boer membuka beberapa ladang ternak. Walaupun begitu, tiada penempatan Eropah yang besar sehingglah 1880-an, apabila emas ditemui tidak jauh dari timur kawasan ini iaitu di Barberton yang juga menempatkan Witwatersrand. Penemuan galian emas yang banuak mencetuskan suatu kerubut emas memngumpulkan banyak pelombong di sini

Johannesburg bermula sebagai sebuah pekan yang tidak banyak bezanya dengan kawasan perlombongan kecil yang lain. Namun, apabila berita tentang kekayaannya merebak, orang ramai dari seberang laut seperti Amerika Utara, United Kingdom, dan Eropah datang berduyun-duyun ke tempat ini. Akibatnya, nilai hartanah semakin meningkat, dan ini menyebabkan ketegangan di antara pihak Afrikaner, yang mengawal rantau ini pada abad ke-19, dengan pihak British. Akhirnya tercetuslah Perang Anglo-Boer Kedua, di mana pihak Afrikaner tewas dan pekan ini jatuh ke tangan British.

Apabila Kesatuan Afrika Selatan telah diisytiharkan pada 1910, ia telah membuka laluan kepada struktur perlombongan yang lebih teratur. Selepas itu, kerajaan Afrika Selatan telah melancarkan sistem perkauman yang keras di mana kaum kulit hitam dan India telah dikenakan cukai yang berat, dilarang daripada memegang kerja mahir, dan dipaksa bekerja sebagai buruh kasar di lombong-lombong emas di sekitar Johannesburg.

Kerajaan Afrika Selatan telah meneruskan program aparteidnya dengan menginstitusikan sistem pengusiran secara paksa, di mana penduduk bukan Eropah telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa kawasan setinggan tertentu. Kawasan tersebut yang dipanggil Soweto iaitu singkatan South Western Townships atau Perumahan Barat Daya, terdiri dari kawasan sempit yang dikhaskan untuk kaum kulit hitam sewaktu era aparteid. Nelson Mandela telah menghabiskan masa yang lama di Soweto dan kini rumahnya di Orlando adalah tempat tarikan pelancong.

Keganasan besar-besaran telah meletus pada 1976 di Soweto apabila Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar Soweto mengadakan protes membantah penggunaan Bahasa Afrikaan, yang dianggap sebagai bahasa penindas, di sekolah-sekolah kaum kulit hitam. Tragedi yang dikenali sebagai Kebangkitan di Soweto telah mengorbankan seramai 1000 orang apabila ia merebak ke seluruh Afrika Selatan. Salah seorang mangsanya yang paling terkenal ialah, Hector Pieterson, dan sebuah Museum telah dibina di Soweto untuk mengenang jasanya kepada masyarakat kulit hitam.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Johannesburg merupakan hab ekonomi dan kewangan di Afrika Selatan, dengan menyumbang 16% KDNK negara, dan 40% aktiviti ekonomi di wilayah Gauteng.

Perlombongan merupakan asas ekonomi di Witwatersrand tetapi ianya berkurangan akibat bekalan galian yang semakin susut. Kini, sektor perlombongan telah digantikan oleh sektor perkhidmatan dan perindustrian, dua sektor utama dalam pembangunan bandar raya ini. Walaupun perlombongan emas tidak sepenting dahulu, namun kebanyakan syarikat emas masih menjadikan Johannesburg sebagai ibu pejabat mereka. Antara idnustri utama di bandar raya ini adalah industri keluli dan simen. Manakala, sektor perkhidmatan yang penting termasuklah perbankan, IT, hartanah, pengangkutan, penyiaran dan media cetak, perubatan swasta and a vibrant leisure and consumer retail market. [perlu rujukan] Bursa saham terbesar di Afrika adalah Bursa Saham Johannesburg atau JSE walaupun bangunan ini telah dipindahkan keluar dari central business district. Due to its commercial role, the city is the seat of the provincial government and the site of a number of government branch offices, as well as consular offices and other institutions.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Johannesburg terkenal sebagai pusat ekonomi yang penting di Afrika Selatan malah di seluruh Afrika. Oleh itu, antara tarikannya yang utama adalah kompleks membeli belah yang besar. Ini termasuklah Sandton Centre di Sandton dengan kawasan membeli belah seluas 144,000 meter persegi menjadikannya kompleks terbesar di hemisfera selatan.

Bandar raya ini juga mempunyai banyak muzeum antara:

  1. Muzeum Aparteid
  2. Muzeum Afrika
  3. Memorial Hector Pieterson
  4. Constitutional Hill
  5. Gold Reef City

Di samping itu, di pinggir bandar raya ini terdapat tarikan semula jadi yang menarik seperti Cradle of Humankind yang terdiri daripada gua-gua di mana fosil manusia primitif telah dijumpai. Kawasan bersejarah ini terletak di Sterkfontein dan tersenarai sebagai kawasan warisan dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chilli city". 14 November 2010.
  2. ^ "Egoli definition and meaning". Collins English Dictionary. Dicapai pada 17 July 2018.
  3. ^ "Johannesburg (South Africa)". Crwflags.com. Dicapai pada 9 December 2010.
  4. ^ Robson, Linda Gillian (2011). "Annexure A" (PDF). The Royal Engineers and settlement planning in the Cape Colony 1806–1872: Approach, methodology and impact (PhD thesis). University of Pretoria. m/s. xlv–lii. hdl:2263/26503.
  5. ^ a b Thomas Brinkhoff (15 September 2014). "South Africa: Provinces and Major Urban Areas". City Population. Dicapai pada 17 April 2015.
  6. ^ a b " Population of Johannesburg
  7. ^ "Johannesburg". Census 2011.
  8. ^ "Gauteng's Human Development Index" (PDF). Gauteng City-Region Observatory. 2013. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 January 2015. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  9. ^ a b Top 150 richest cities in the world (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). 11 March 2020. Dicapai pada 19 Februari 2023.
  10. ^ http://www.mastercard.com/us/company/en/wcoc/pdf/WCoC_Brochure_FINAL.pdf
  11. ^ "How was Johannesburg named?". www.joburg.org.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 April 2020.
  12. ^ "Rissik Street Post Office Johannesburg - The Heritage Portal". www.theheritageportal.co.za.
  13. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2013. Dicapai pada 16 Mei 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)