Charlie Plummer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Charlie Plummer
Charlie Plummer profile.png
Plummer pada April 2018
Kelahiran
Charlie Faulkner Plummer

(1999-05-24) 24 Mei 1999 (umur 22)
Poughkeepsie, New York, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini

Charlie Faulkner Plummer[1] (lahir 24 Mei 1999) adalah seorang pelakon Amerika Syarikat. Plummer memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem pendek sebelum muncul dalam drama televisyen Boardwalk Empire dan Granite Flats.[2][3] Beliau membuat penampilan sulung filemnya dalam drama arahan David Chase, Not Fade Away (2012) sebelum memegang peranan utama dalam debut arahan Felix Thompson, King Jack (2015).

Pada tahun 2017, Plummer mendapat pengiktirafan yang lebih luas untuk peranan tambahan dalam filem ngeri jenayah Ridley Scott, All the Money in the World,[4] dan peranan utamanya dalam drama Andrew Haigh, Lean on Pete.[5] Penampilannya dalam Lean on Pete mendapat pujian kritikal dan beliau memperoleh Anugerah Marcello Mastroianni untuk pelakon baru muncul di Festival Filem Venice ke-74.[6]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Plummer dilahirkan di Poughkeepsie, New York, kepada pelakon teater Maia Guest dan penulis-penerbit John Christian Plummer, dan dibesarkan di Cold Spring.[7][8] Beliau mempunyai seorang adik lelaki, James. Keluarganya sering berpindah kerana pekerjaan ibu bapanya, menyebabkan beliau bersekolah di tujuh sekolah yang berbeza iaitu tiga di Los Angeles, dua di utara New York dan dua di Bandaraya New York.[9]

Walaupun bersifat sangat pemalu semasa kecil, Plummer terdedah kepada bidang lakonan pada usia dini oleh ibu bapanya yang pernah bekerja di teater.[10] Beliau memperoleh pengalaman berlakon dalam penerbitan pementasan drama dan muzikal tempatan, mengiktiraf pengalaman tersebut mencetuskan perasaan cinta beliau dalam bidang lakonan.[11] Beliau berjumpa dengan pengurusnya yang sekarang pada usia sepuluh tahun ketika kali pertama mencari peranan lakonan profesional.[10]

Plummer akhirnya berpindah ke Sekolah Kanak-kanak Profesional di Manhattan kerana tuntutan jadual penggambarannya di rancangan televisyen.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Petunjuk
Filem yang belum lagi dilancarkan Menandakan filem yang belum ditayangkan
Tahun Judul filem Peranan Catatan
2010 Frank Frank semasa muda Filem pendek
2011 Three Things Glenn Pilmont Filem pendek
We Are the Hartmans Jordan semasa muda
2012 Alan Smithee T.J. Filem pendek
Not Fade Away Adik lelaki Grace
2015 King Jack Jack
2017 All the Money in the World John Paul Getty III
The Dinner Michael Lohman
Lean on Pete Charley Thompson Anugerah Marcello Mastroianni
2018 The Clovehitch Killer Tyler
Dark Was the Night Marcus Lang
2019 Gully Nicky
My Mother is a Fish Charlie Filem pendek
Share Dylan
2020 Words on Bathroom Walls Adam Petrazelli
Spontaneous Dylan Hovemeyer
TBA Moonfall dagger Sonny Harper Dalam penggambaran

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul rancangan Peranan Catatan
2011 Onion SportsDome Pembuli 1 episod
2011–2013 Boardwalk Empire Michael Thompson 8 episod
2012 Person of Interest Kid Musim 1, episod 21
2013 Wendell & Vinnie Jann 1 episod
2013–2015 Granite Flats Timmy Sanders Peranan utama
2019 Looking for Alaska[13] Miles Halter Peranan utama; siri mini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Charlie Faulkner Plummer". Twitter. Dicapai pada 24 April 2018.
  2. ^ Benardello, Karen (25 Mei 2015). "Tribeca 2015 Interview: Charlie Plummer, Cory Nichols and Christian Madsen Talk King Jack (Exclusive)". shockya.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  3. ^ D. Pierce, Scott (1 April 2015). "New season of 'Granite Flats' streams Saturday". The Salt Lake Tribune (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2015. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  4. ^ de Semlyen, Nick (20 Disember 2017). "All The Money In The World Review". Empire (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2021. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ "Lean on Pete". A24 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 23 April 2018.
  6. ^ "BIENNALE CINEMA 2017: TUTTI I PREMI UFFICIALI". La Biennale di Venezia (dalam bahasa Itali). 9 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2021. Dicapai pada 23 April 2018.
  7. ^ "WEDDING; Maia Guest and John Plummer". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  8. ^ "Granite Flats Is a Family Affair for Guest and Plummer 'Times 2'". Highlands Current (dalam bahasa Inggeris). 15 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2021. Dicapai pada 23 April 2018.
  9. ^ "Charlie Plummer". IMDb (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 April 2018.
  10. ^ a b Schrodt, Paul (27 Februari 2018). "Charlie Plummer, The Next-Gen River Phoenix". VMan (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 23 April 2018.
  11. ^ Warner, Kara (19 April 2018). "Newcomer Charlie Plummer Reveals the Surprising Way Oscar Winner Mark Rylance Inspired His Career". People (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2021. Dicapai pada 24 April 2018.
  12. ^ Kramer, Peter D. (2 April 2013). "From Cold Spring 2013 to 'Granite Flats' 1962". In The Wings (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2018. Dicapai pada 23 April 2018.
  13. ^ Green, John. "In the Looking for Alaska hulu series, Alaska will be played by Kristine Froseth, and Miles will be played by Charlie Plummer". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]