Chelsea Manning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Chelsea Manning
foto
Manning pada bulan Mei 2017
Kelahiran
Bradley Edward Manning

(1987-12-17) 17 Disember 1987 (umur 33)
Cresecent, Oklahoma,
Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
Terkenal keranaMembocorkan dokumen rahsia untuk Wikileaks
Denda jenayahPengintipan, pencurian benda milik pemerintah, pelanggaran terhadap UU Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer, mengabaikan perintah[1]
Penalti jenayah35 tahun penjara (dari grasi menjadi 7 tahun semenjak ditahan), penurunan pangkat menjadi prebet (Prajurit E-1, PVT), penyitaan seluruh gaji dan elaun, pemberhentian nirhormat[2]
Ibu bapa
  • Brian Manning
  • Susan Fox
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Kenteteraan Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan2007–2017[3]
PangkatPrebet (E-1)[4]
Anugerahtepi National Defense Service Medal
tepi Global War on Terrorism Service Medal
tepi Army Service Ribbon
Tandatangan
signature

Chelsea Elizabeth Manning[5] (lahir Bradley Edward Manning pada 17 Disember 1987) adalah seorang aktivis dan pemberi maklumat sulit Amerika Syarikat,[6] beliau juga merupakan bekas anggota Tentera Darat negara tersebut ditahan atas penirisan seanyak 750,000 dokumen maklumat sulit atau sensitif tentera yang diedarkan kepada WikiLeaks melanggar Akta Pengintipan.[7]

Beliau dikerah ke Baghdad ketika penjajahan Amerika di Iraq pada 2003 sebagai seorang pakar analisis risikan ketenteraan, dari 10 Briged 2 Divisi Mountain. Pada awal 2010, beliau [8] Beliau ditangkap pada Mei 2010 dan ditahan tanpa bicara di Kem Arifjan Kuwait kerana disyaki memindahkan data ke komputer peribadi dan menambah perisian tidak sah ke dalam sistem komputer. Manning dipercayai menghubungi wartawan dan bekas hacker Adrian Lamo tentang serangan helikopter di Baghdad pada 2007 seterusnya ke laman web Wikileaks. Pada 21 Jun 2010, Julian Assange telah melantik peguam untuk membela Manning.

Manning dibicarakan dengan 22 dakwaan, termasuk tuduhan "bersubahat dengan musuh" (aiding the enemy) yang barangkali boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.[9] Namun, tuduhan bersubahat dengan musuh digugurkan[10] lalu beliau dipenjarakan selama 35 tahun dalam tahanan maksimum Berek Displin Fort Leavenworth, Kansas.[11][12] Pada ketika ini juga beliau menghidap gangguan pengenalan gender sepertimana yang disahkan para pemeriksa kesihatan sejak dari masih berkhidmat dalam Tentera Darat;[13] beliau melela sebagai seorang transpuan pada Ogos 2013.

Beliau diberikan peringanan hukuman secara pengampunan oleh Presiden Barack Obama pada tanggal 17 Januari 2017 menjadi 7 tahun penjara dihitung sejak tarikh penahanannya pada Mei 2010 di mana beliau dijangka bebas pada 17 Mei tahun sama.[14][15]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Pembocoran maklumat[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2010, beliau telah ditangkap kerana membocorkan video rahsia tentang serangan helikopter tentera udara Amerika Syarikat di Baghdad. Maklumat video itu dibocorkan pada April 2010 di laman web Wikileaks - selalu membocorkan maklumat untuk melawan kerajaan dan korporat yang terlibat dalam rasuah.

Serangan helikopter Apache Amerika Syarikat itu membunuh sejumlah rakyat Iraq dan dua wartawan Reuters . Namir Noor-Eldeen (22) dan pembantunya dan pemandu, Saeed Chmagh (40) yang sedang memegang kamera telah disangka memegang roket pelancar bom tangan.Kelihatan pemandu van membantu mereka yang terluka. Serangan itu sebahagian daripada Operasi Ilaaj dipimpin oleh Let Kol Ralph Kauzlarich.

Rakaman 39 minit itu memaparkan perbualan antara para juruterbang, menunjukkan pandangan udara tentang orang-orang bergerak di lapangan. Helikopter itu menembak kumpulan, mengorbankan beberapa orang dan mencederakan yang lain.

Reaksi Amerika[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pertahanan Amerika menganggap maklumat sulit itu serius kerana mempengaruhi keselamatan Amerika, kehidupan askar dan operasi Amerika di luar negeri.Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia menyatakan jurupandu helikopter itu bertindak secara tidak sah.Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates mengkritik WikiLeaks kerana menerbitkan video itu.

Pada April 2010, David Schlesinger sekalu ketua editor Reuters mahu kes itu disiaat semula bagi mengetahi duduk perkara sebenar dan mendakwa mereka yang bersalah.

Penahanan[sunting | sunting sumber]

Reaksi pihak-pihak[sunting | sunting sumber]

Pelelaan diri[sunting | sunting sumber]

Sejak 2017[sunting | sunting sumber]

Feloship dalam Universiti Harvard[sunting | sunting sumber]

Pencalonan sebagai Senat[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan verdict tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Tate21Aug2013 tidak disediakan
  3. ^ "If you have been convicted by a court-martial and are serving time in a military prison, you are still technically in the military." www.nolo.com/legal-encyclopedia Hentet 18. Januari 2017.
  4. ^ Lewis, Paul. "Bradley Manning given 35-year prison term for passing files to WikiLeaks", The Guardian, 21 Ogos 2013.
  5. ^ Londoño, Ernesto. "Convicted leaker Bradley Manning changes legal name to Chelsea Elizabeth Manning". The Washington Post. Dicapai pada 27 April 2014.
  6. ^ "Whistleblower Chelsea Manning sent back to jail". RFI. May 17, 2019. Dicapai pada November 18, 2019.
  7. ^ Manning, Chelsea E. (May 27, 2015). "The years since I was jailed for releasing the 'war diaries' have been a rollercoaster". The Guardian. Dicapai pada May 28, 2015.
  8. ^ Hansen, Evan (July 13, 2011). "Manning-Lamo Chat Logs Revealed". Wired.
  9. ^ Miklaszewski, Jim; Kube, Courtney (March 2, 2011). "Manning faces new charges, possible death penalty". MSNBC.
  10. ^ Pilkington, Ed (July 31, 2013). "Bradley Manning verdict: cleared of 'aiding the enemy' but guilty of other charges". The Guardian. the soldier was found guilty in their entirety of 17 out of the 22 counts against him, and of an amended version of four others.
  11. ^ Sledge, Matt (August 21, 2013). "Bradley Manning Sentenced To 35 Years In Prison For WikiLeaks Disclosures". The Huffington Post.
  12. ^ Hanna, John (August 21, 2013). "Manning to Serve Sentence at Famous Leavenworth". ABC News. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada August 21, 2013.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  13. ^ Clark, Meredith (22 Ogos 2013). "'I am Chelsea Manning'". MSNBC. Dicapai pada 28 Oktober 2013. Dr. David Moulton, the forensic psychologist assigned to review Manning's case, said that Manning was suffering from gender identity disorder, a diagnosis supported by a military sanity board.
  14. ^ Savage, Charlie (January 17, 2017). "Obama Commutes Bulk of Chelsea Manning's Sentence". The New York Times. Dicapai pada January 17, 2017.
  15. ^ "Chelsea Manning freed from prison decades early". BBC News. Dicapai pada May 17, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]