Pergi ke kandungan

Rumah Agam Cheong Fatt Tze

Koordinat: 5°25′17″N 100°20′06″E / 5.421408°N 100.334947°E / 5.421408; 100.334947
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Cheong Fatt Tze Mansion)
Rumah Agam Cheong Fatt Tze
张弼士故居
Rumah Agam Cheong Fatt Tze yang terletak di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Lokasi dalam George Town's UNESCO Tapak Warisan Dunia (ungu)
Maklumat umum
JenisHotel butik
Gaya seni binaPeranakan Cina
LokasiGeorge Town, George Town
Alamat14 Lebuh Leith,
10200 George Town,
Pulau Pinang, Malaysia
Bandar/pekanGeorge Town, Pulau Pinang
NegaraMalaysia
Koordinat5°25′17″N 100°20′06″E / 5.421408°N 100.334947°E / 5.421408; 100.334947
Pecah tanah1897; 128 tahun yang lalu (1897)
Disiapkan pada1904; 121 tahun yang lalu (1904)
Diubah suai pada1995
Butiran teknikal
Bilangan tingkat2
Tapak web
cheongfatttzemansion.com
JenisKebudayaan
Kriteriaii, iii, iv
Ditetapkan2008 (Sesi ke-32 Jawatankuasa Warisan Dunia)
Sebahagian daripada
Zon Teras George Town UNESCO
No. rujukan
1223
RantauAsia Pasifik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Rumah Agam Cheong Fatt Fze, Pulau Pinang
Perincian Rumah Agam Cheong Fatt Tze

Cheong Fatt Tze Mansion terletak di 14 Lebuh Leith, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Dinding luaran biru-biru nila rumah ini menjadikannya sebuah binaan yang menyerlah di kawasannya. Rumah Agam Cheong Fatt Tze ini dibina pada sekitar 1880-an dan dimiliki oleh Cheong Fatt Tze. Ia merupakan rumah paragigm Cina tradisi - rumah berlaman dengan 38 bilik, yang dibina menurut Feng Syui yang baik.

Rumah agam yang dibina oleh Cheong Fatt Tze pada penghujung abad ke-19 ini mempunyai 38 buah bilik, 5 bidang laman dalam diturap granit, 7 batang tangga dan 220 buah tingkap beram balak vernakular. Ciri-ciri lain dlaam rumah ini termasuk tingkap beram Gothik, hasil porselin potong dan tampal Cina, jubin lantai Stoke-on-Trent, kerja besi tuang Scotland dan kaca berwarna Art Nouveau. Kebanyakan aspek rumah agam dibinar berasaskan prinsip Feng Syui.

Rumah agam ini kini digunakan sebagai hotel dan juga muzium sebagai sebahagian projek pemulihan rumah ini.

Satu babak dalam filem Perancis bertajuk "Indochine" yang dibintangi Catherine Deneuve pernah difilemkan dalam rumah ini.

Rumah Agam Cheong Fatt Tze ini turut memiliki perpustakaan, dewan istiadat, laman dan taman. Berhadapan dengannya terdapat lima rumah kedai bewarna biru yang sebelumnya merupakan rumah pembantunya.

  • Anugerah Seni Bina Kebangsaan Malaysia untuk Pemuliharaan 1995
  • Anugerah Pemuliharaan Warisan Paling Cemerlang UNESCO 2000
  • Anugerah Cemerlang 'Tarikan Pelancong Terbaik 2003' - Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan Malaysia
  • Anugerah Kecvemerlangan ASEANTA 2004; Usaha Pemeliharaan Kebudayaan ASEAN

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]