Chuck Norris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Chuck Norris
ChuckNorris200611292256.jpg
Norris pada tahun 2006
KelahiranCarlos Ray Norris
(1940-03-10) 10 Mac 1940 (umur 79)
Ryan, Oklahoma, Amerika Syarikat
KediamanNavasota, Texas, A.S.
PekerjaanPelakon, pakar sei bela diri, penerbit dan penulis lakon layar filem, pegawai tentera udara
Tahun aktif1968–kini
Parti politikParti Republikan[1]
PasanganDianne Holechek
(k. 1958; c. 1989)

Gena O'Kelley
(k. 1998)
Anak5, termasuk Mike dan Eric Norris
Laman webchucknorris.com
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanAmerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Udara Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1958–1962[2]
PangkatE3 USAF AM1.svg Airman First Class
Unit
Anugerah
Tandatangan
Chuck Norris' signature.svg

Carlos Ray Norris (lahir 10 Mac 1940) atau juga dikenali dengan nama pelakonnya Chuck Norris [cak nor-ris] ialah seorang pakar seni bela diri, pelakon dan penerbit filem dari Amerika Syarikat. Kepakaran beliau dalam seni melawan yang menjadi begitu penting dalam filem-filem aksi lakonannya menjadi sangat digemari dan dikenali lalu menjadi tokoh imej kehandalan di Hollywood dan Amerika Syarikat secara umumnya.

Beliau tidak sahaja memenangi banyak pertanding seni mempertahankan diri, malah dipangkatkan tali pinggang hitam dalam beberapa seni bela diri utama seperti Tang Soo Do, jujutsu Brazil dan Judo.[3] Beliau turut menubuhkan sekolah seni bela dirinya sendiri iaitu Chun Kuk Do.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Carlos Ray lahir di Ryan, Oklahoma pada 10 Mac 1940.[4] Beliau lahir kepada Wilma Norris (nama keluarga asal: Scarberry, lahir 1921) dan Ray Norris (1918–1971), seorang askar Tentera Darat AS yang terlibat semasa Perang Dunia Kedua,[5] mekanik dan pemandu.[6] Beliau anak sulung dalam tiga adik-beradik: seorang adiknya, Wieland (1943–1970) askar yang terkorban dalam Perang Vietnam manakala seorang lagi adiknya Aaron ialah seorang penerbit filem Hollywood.

Beliau agak pemalu dan tidak begitu cergas[7] semasa usia kecilnya, lagi-lagi ketika ayahnya dalam keadaan ketagihan alkohol serta keadaan keluarganya yang serba kemiskinan lalu menyebabkannya sering menyendiri.[8] Ibu bapanya bercerai ketika Norris berusia enam belas tahun.[9] Beliau mengikuti ibunya ke Prairie Village, Kansas dan kemudiannya Torrance, California.[10]

Kerjaya sebagai askar dan guru seni bela diri[sunting | sunting sumber]

Carlos menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai seorang polis udara tahun 1958 yang ditugaskan di Osan Air Base, Korea Selaran. Di sanalah beliau mendapat nama jolokan Chuck serta melatih diri dalam seni tangsudo.[11] Beliau kekal dalam jawatannya selepas kembali ke Amerika Syarikat dan bertugas di March Air Force Base California sehingga tamat jawatannya pada Ogos 1962.[12]

Pada awal tahun 1968, beliau kalah teruk dalam suatu pertandingan bela diri menentang Louis Delgado namun berjaya menebus dirinya pada November tahun sama memenangi gelaran juara Professional Middleweight Karate - beliau memegang gelaran tersebut selama enam tahun.[9] Pada tahun ini juga beliau mula berkenalan dengan Bruce Lee semasa melatih diri untuk pertandinan World Title. Beliau mula bersahabat malah berlatih bersama selama dua tahun sehingga Lee kembali ke Hong Kong menceburi bidang lakonannya sendiri.[13]

Beliau mengasaskan seni bela dirinya yang tersendiri iaitu Chun Kuk Do hasil pengalamannya melatih diri sebagai seorang askar tentera.[11]

Kerjaya perfileman[sunting | sunting sumber]

Pada 1969, Chuck memulakan kerjaya lakonannya dalam filem The Wrecking Crew arahan Dean Martin. Pada tahun 1972 pula, beliau berganding lakonan dengan Bruce Lee dalam filem Way of the Dragon (juga berjudul Return of the Dragon di Amerika Syarikat); filem tersebut tidak sahaja merupakan filem paling laris di Hong Kong pada tahun tersebut malah menjadikan Norris sangat terkenal.

Pada 1974, beliau mendalami kelas lakonan di studio MGM atas cadangan Steve McQueen, guru seni bela dirinya. Norris mula memainkan watak utama dalam suatu filem bajet rendah berjudul Breaker! Breaker! (1977) - filem tersebut menjadi sangat disambut hebat.[14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Year Title Role
1968 The Wrecking Crew Man in the House of 7 Joys (tidak dicatat)
1972 Way of the Dragon Colt
1973 The Student Teachers[15] Karate Advisor[15]
1974 Yellow Faced Tiger Chuck Slaughter
1977 Breaker! Breaker! John David "J.D." Dawes
1978 Good Guys Wear Black Maj. John T. Booker
1979 Force of One, AA Force of One Matt Logan
1980 Octagon, TheThe Octagon Scott James
1981 Eye for an Eye, AnAn Eye for an Eye Sean Kane
1982 Silent Rage Sheriff Daniel "Dan" Stevens
1982 Forced Vengeance Cf. Josh Randall
1983 Lone Wolf McQuade J.J. McQuade
1984 Missing in Action Col. James Braddock
1985 Missing in Action 2: The Beginning
1985 Code of Silence Sgt. Eddie Cusack
1985 Invasion U.S.A. Matt Hunter
1986 Delta Force, TheThe Delta Force Maj. Scott McCoy
1986 Firewalker Max Donigan
1988 Braddock: Missing in Action III Col. James Braddock
1988 Hero and the Terror Det. Danny O'Brien
1990 Delta Force 2: The Colombian Connection Col. Scott McCoy
1991 Hitman, TheThe Hitman Cliff Garret / Danny Grogan
1992 Sidekicks Chuck Norris
1994 Hellbound Sgt. Frank Shatter
1995 Top Dog Lt. Jake Wilder
2003 Bells of Innocence Matthew
2004 DodgeBall: A True Underdog Story Himself
2012 Expendables 2, TheThe Expendables 2 Booker "The Lone Wolf"

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Winning Tournament Karate (1975)
  • Toughen Up! the Chuck Norris Fitness System (1983)
  • The Secret of Inner Strength: My Story (1987)
  • The Secret Power Within: Zen Solutions to Real Problems (1996)
  • Against All Odds: My Story (2004)
  • The Justice Riders (2006)
  • A Threat to Justice (2007)
  • Black Belt Patriotism: How to Reawaken America (2008)
  • The Official Chuck Norris Fact Book: 101 of Chuck's Favorite Facts and Stories (2009)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kirell, Andrew (May 25, 2012). "Celebrities You Probably Didn't Know Are Republicans". Mediaite. New York City. Dicapai September 17, 2016. 
  2. ^ "Norris, Carlos Ray, A1C". TogetherWeServed. 2016. Dicapai 2016-02-25. 
  3. ^ "CHUCK NORRIS EARNS 3RD DEGREE BLACK BELT IN BJJ". Fightland.com. 
  4. ^ Norris, Chuck; Hyams, Joe (1988). "1". The Secret of Inner Strength; My Story (edisi 1st). Boston: Little, Brown and Co. m/s. 6. ISBN 0-316-61191-3. 
  5. ^ Norris, Chuck; Ken Abraham (2004). Against All Odds: My Story. Broadman & Holman Publishers. ISBN 0-8054-3161-6. 
  6. ^ "Chuck Norris Biography (1940–)". 
  7. ^ "Chuck Norris Fights to Be a Better Actor in 'Hero and the Terror' Role". The Los Angeles Times. 2 September 1988. 
  8. ^ "Breaking the Silence".  Parameter |publihser= tidak diketahui diabaikan (guna |publisher=) (bantuan)
  9. ^ a b "Chuck Norris – Strong, Silent, Popular". The New York Times. 1 September 1985. 
  10. ^ Berkow, Ira (12 Mei 1993). "At Dinner with: Chuck Norris". The New York Times. 
  11. ^ a b Wedlan, Candace A. (2 Oktober 1996). "Body Watch; Kicking Old Habits - Chuck Norris found he couldn't eat just anything after he hit his mid-30s. These days, TV's top ranger feasts on veggies, fowl and fish. And he tries to keep his distance from peanut clusters". The Los Angeles Times. 
  12. ^ "Past Sparring Grand Champions". Henrycho.com. Dicapai 15 Mac 2016. 
  13. ^ Beerdy - Bruce Lee Central (17 Ogos 2017). "Chuck Norris: "Bruce Lee Wanted To Kill Me" (New Interview)". Dicapai 3 Januari 2018 – melalui YouTube. 
  14. ^ Imperial College TV (10 Julai 2011). "Chuck Norris Interview 1980". Dicapai 3 Januari 2018 – melalui YouTube. 
  15. ^ a b The Student Teachers (1973), dicapai 2018-05-26 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]