Chutimon Chuengcharoensukying

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chutimon Chuengcharoensukying
ชุติมณฑน์ จึงเจริญสุขยิ่ง
Chutimon pada tahun 2017
Kelahiran (1996-02-02) 2 Februari 1996 (umur 28)
Nama lainAokbab (ออกแบบ)
Pusat pendidikanFakulti Seni Halus dan Seni Aplikasi, Universiti Chulalongkorn
Pekerjaan
Tahun aktif2013–sehingga kini
Karya terkenal
Bad Genius
Hunger
Ketinggian5 ft 9.3 in (1.76 m)

Chutimon Chuengcharoensukying (Bahasa Thai: ชุติมณฑน์ จึงเจริญสุขยิ่ง, IPA: [t͡ɕʰú.tì.mon t͡ɕɯŋ.t͡ɕà.rɤːn.sùk.jîŋ], Arab Melayu: چهوتيمون چهوى ع چهاروى نسو کيع; tarikh lahir 2 Februari 1996), mempunyai nama panggung Aokbab (Bahasa Thai: ออกแบบ; RTGSOk-baep; IPA: [ʔɔ̀ːk.bɛ̀ːp]; Arab Melayu: اوکباب), ialah pelakon dan peragawati Thai, Chutimon paling dikenali dalam dua kerjayanya pada filem Bad Genius tahun 2017 yang melakonkan Lynn dan filem Hunger tahun 2023 melakonkan Aoy. Dia merupakan pelakon perempuan Thai pertama yang memenangi Anugrah Screen International Rising Star Asia di Festival Filem New York Asia pada 2017.[1]

Kehidupan awal dan Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Chutimon lahir pada 2 Februari 1996 di Bangkok, Thailand. Dia belajar sebagai pelajar tinggi di Fakulti Seni Halus dan Seni Aplikasi, Universiti Chulalongkorn.[2] Nama panggilannya "Aokbab", mempunyai makna 'mencipta' dalam bahasa Thai.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Chutimon memulai kerjayanya di industri media sebagai peragawati ketika berusia 15. Dia merupakan model dari Thailand pertama yang tampil pada acara Harper's Bazaar di UK,[1] pada October 2013 dengan tema bertajuk "A shadow of a jade empire" (Bayang-bayang dari sebuah Empayar Jed).[4] Chutimon juga tampil pada video muzik semisal "Unfriend" oleh Helmetheads dan "Pajhonpai" oleh Nyo.Slave. Dia juga mempunyai lakonan penting dalam filem pendek yang diarahkan oleh Nawapol Thamrongrattanarit, "Thank you for Sharing" (Terima kasih kerana sedia Berkongsi).[5] Lakonan filem pawagam Chutimon yang pertama ialah dalam filem Bad Genius yang terbit pada tahun 2017 sebagai Lynn, Gadis yang rela menipu demi membantu teman-temannya dalam peperiksaan. Filem itu menjadi puncak kepopularannya dan mendapat pujian dari dalam maupun luar negara. Dia menjadi pelakon perempuan Thai pertama yang memenangi Anugerah Screen International Rising Star Asia pada Festival Filem Asia New York ke-16 pada tahun yang sama.[6]

Pada 2023, Chutimon berlakon pada siri drama Netflix berbahasa Thailand yang cukup popular bertajuk Hunger sebagai Aoy, seorang perempuan muda penjual mie gerai kecil yang menyertai rakan baharunya Tone sebagai kakitangan Chef Paul.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lakonan Nota
2016 Thank You For Sharing Jook Chanee Short film
2017 Bad Genius Lynn
Die Tomorrow Som
2018 We Will Not Die Tonight Grace
2019 Happy Old Year Jean
2021 One for the Road Noona
Love Story Xiao Lin
2022 Faces of Anne Anne
2023 Hunger[7] Aoy

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lakonan Siaran TV
2017 Love Books Love Series: Dark Fairy Tale Gorya GMM25
2018 Muang Maya Live The Series :Mayalove online Khem Khanita Kunaphiphat ONE 31
2019 Sleepless Society: Khun Fan Luang Aya
2022 Bad Romeo Lita[8] Channel 3
2023 DELETE Orn Netflix
Akan diumumkan Daredevil Treasure Hunter (绝地勘宝师) Xue Li Akan diumumkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Finlay, Leslie (18 Mac 2018). "Thailand's 10 Biggest Actresses". Culture Trip.
  2. ^ "Chutimon Aokbab Chuengcharoensukying - Biography - herinterest.com/". www.herinterest.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2017. Dicapai pada 1 September 2017.
  3. ^ "Chula student-cum-actress Wins Rising Star Asia Award". chula.ac.th. Dicapai pada 1 September 2017.
  4. ^ เว็บแรกที่คุณเลือก, กระปุกดอทคอม (5 Mei 2017). "มารู้จักกับ "ออกแบบ ชุติมณฑน์" นางเอกหนังฉลาดเกมส์โกง โปรไฟล์ไม่ธรรมดา". kapook.com. Dicapai pada 1 September 2017.
  5. ^ เหมียวหน่า. "มารู้จัก "ออกแบบ" ชุติมณฑน์ จึงเจริญสุข นางเอกสุดเท่จากภาพยนตร์ "ฉลาดเกมส์โกง" - CatDumb.com - แคทดั๊มบ์ดอทคอม". www.catdumb.com. Dicapai pada 1 September 2017.
  6. ^ "Chutimon Chuengcharoensukying wins Screen Rising Star Asia Award". Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  7. ^ Frater, Patrick (1 Februari 2023). "Thai Food and Feuds on the Menu as Netflix Serves up 'Hunger' Drama Film- First Look Images (EXCLUSIVE)".
  8. ^ "ออกแบบ" ร่วมแสดง "คือเธอ" ละครใหม่ที่ "มาริโอ้-ญาญ่า" รับบทนำ". sanook (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 29 Jun 2020.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]