Cloverfield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cloverfield
Fail:Cloverfield theatrical poster.jpg
American theatrical poster
PengarahMatt Reeves
PenerbitJ. J. Abrams
Bryan Burk
PenulisDrew Goddard
Dibintangi olehMichael Stahl-David
Mike Vogel
Odette Yustman
Lizzy Caplan
Jessica Lucas
T. J. Miller
PengedarParamount Pictures
Mula ditayangkan
January 17 2008 (NZ[1] and AU)[2]
January 18 2008 (US and Canada)
February 1 2008 (UK)[3]
Tempoh tayangan
90 min.
NegaraUnited States
BahasaEnglish
Perbelanjaan$25 million[4]

Cloverfield ialah filem tentang makhluk gergasi Amerika tahun 2008 yang menyerang pulau Manhattan di New York, Amerika Syarikat. Filem ini dikeluarkan oleb J. J. Abrams , diarahkan oleh Matt Reeves dan skrip ditulis oleh Drew Goddard. Pertama kali ditayangkan pada 17 Januari 2008 di seluruh dunia terutama di New Zealand dan Australia dan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 18 Januari 2008.

Ringkasan cerita[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang mengadakan parti untuk Rob yang akan pergi bekerja di negara Jepun. Jadi ramai rakan-rakannya mengadakan jamuan secara mengejut sebagai kenang-kenangan untuk rakan mereka itu.

Pada 22 Mei Jason Hawkins (Mike Vogel) dan rakan perempuannya iaitu Lily (Jessica Lucas) merancang untuk mengadakan jamuan untuk abang Jason yang bernama Rob (Michael Stahl-David). Hud (T. J. Miller) ditugaskan mengambil gambar video ketika jamuan tersebut sebagai kenangan akhir sebelum pergi ke Jepun. Lokasi itu di rumah Rob sendiri yang terletak di apartmen di tingkat 55 sebuah bangunan di pulau Manhattan. Di sana Hud telah berkenalan dengan Marlena (Lizzy Caplan) dan mencungkil banyak rahsia tentang Rob.

Secara tiba-tiba bangunan itu bergoncang seperti berlaku gempa bumi. Mereka beramai-ramai naik ke bumbung bangunan untuk mengetahui apa yang berlaku. Sangkaan mereka meleset kerana sebenarnya seekor menyerupai godzila telah berlari-lari di seluruh bandar dan merosakkannya, Tentera Amerika Syarikat dengan pelbagai peralatan canggih cuba membunuh binatang tersebut tetapi tidak berjaya. Malahan bangunan di mana Rob tinggal telah condong dan tersandar pada bangunan bersebelahan. Kepala mercutanda state of liberty telah patah dan hampir menghempap rakan-rakan Rob dan Hud. Gambar dalam filem ini memang benar-benar kacau kerana diambil dari sudut kamera video yang dirakam oleh Hud- seorang jurukamera camcorder amatur , kamera tidak canggih , bergoyang-goyang dan kelam-kabut.

Mereka cuba menyorok di bawah jambatan dan pasar raya tetapi gagal. Cubaan mereka untuk menyeberang menggunakan Jambatan Brooklyn ternyata membawa padah kerana jambatan itu patah dua di tengah jambatan. Ingat lagi godzila terperangkap dalam tali-tali Jambatan Brooklyn. Ketika inilah mereka mendapat panggilan telefon daripada Beth yang masih terperangkap di apartmen Rob tinggal.Ternyata setiakawan Rob dan rakan-rakan amat kuat apabila mereka memutuskan untuk kembali ke bangunan condong dan tersandar itu untuk menyelamatkan Beth. Beth tidak dapat bergerak kerana sebatang besi telah menikam dadanya. Mereka perlu segera membawa Beth keluar kerana seluruh tentera Amerika Syarikat akan mengebom seluruh bandar itu. Empat rakan itu bejaya menyelamatkan Beth dan mereka akan dipindahkan dari Midway ke tempat selamat dengan helikopter tentera.

Semasa di dalam helikopter inilah , godzila yang ganas itu telah melompat ke udara dan menyebabkan helikopter terhempas di Central Park. Hud, Rob Beth terselamat dari kemalangan udara itu tetapi berhadapan pula dengan kerakusan makhluk gergasi itu. Hud yang memegang kamera telah diratah oleh godzila. Rob cuba menyelamatkan Beth dan memgambil kamera video itu. Mereka membuat rakanan pesanan terakhir sebelum mereka menemui ajal . Sebaliknya nyawa mereka masih panjang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Michael Stahl-David sebagai Robert Hawkins
  • Mike Vogel sebagai Jason "Hawk" Hawkins
  • Odette Yustman sebagai Beth McIntyre
  • Lizzy Caplan sebagai Marlena Diamond
  • Jessica Lucas sebagai Lily Ford
  • J. Miller sebagai Hudson "Hud" Platt
  • ^ "Cloverfield New Zealand Release Date". Paramount Pictures. Dicapai 2008-01-14. 
  • ^ "Cloverfield Australian Release Date". Paramount Pictures. Dicapai 2008-01-02. 
  • ^ "Cloverfield UK Release Date". Paramount Pictures. Dicapai 2007-12-18. 
  • ^ ""Cloverfield" a refreshing monster mashup". Reuters. Dicapai 2008-01-17.