Colok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colok di hadapan kubur.

Colok ialah sejenis gaharu yang dibakar apabila menghadap imej keagamaan, patung Buddha atau makam dalam tradisi Cina. Colok juga digunakan oleh penduduk pantai timur bagi merujuk kepada mancis. Colok boleh juga dibakar di hadapan pintu, atau tingkap terbuka sebagai penyembahan ke kayangan, atau dewa-dewi. Pada zaman sekarang, colok boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti mengharumkan bau bilik atau membakar mercun.

Colok merupakan bahan keagamaan di China, India, Vietnam, Thailand, Taiwan, Myanmar, Kemboja, Korea dan Jepun.

Colok dalam masyarakat Islam China[sunting | sunting sumber]

Amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Amalan menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa Cina turun temurun malah ia menjadi amalan kepada orang Islam di China.

Di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid sebagai pengharum. Para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan untuk menghasilkan bau haruman (fungsi sama seperti membakar setanggi) sambil mengalunkan takbir raya. Sebelum melangkah masuk ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar.

Persepsi masyarakat Melayu[sunting | sunting sumber]

Tindakan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin bersama Adun Pakatan Rakyat menghadiri majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat telah menimbulkan kontroversi.[perlu rujukan] Sidang media disertai acara menyalakan lilin itu diadakan pada 17 Julai 2009 bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Tindakan menyalakan lilin / colok telah menimbulkan kontroversi dalam politik UMNO / PAS. Dalam majlis sambutan hari jadi, acara menyalakan lilin dan memadam lilin menjadi pertikaian kerana dibimbangi terjerumus kepada penyembahan api.