Cromok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cromok
Cromok membuat persembahan pada akhir 1980-an
Latar belakang
Berasal dariShah Alam, Selangor, Malaysia
GenreThrash metal
Tahun aktif1987–2006, 2009–kini
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
F.T.G, Langsuyr, Amuk
Laman sesawang
cromok.my
AhliShamsudin Ali (Sam)
Tarmizi Mokhtar (Miji)
Khairul Anuar Shariff (Karl)
Bekas ahliHillary Ang (Hill)
Kharuddin Muhammad (Din)
Che Dean (Denan)
Muhammad Fadhil (Mat Puck)
Nik Ramzee (Ji)

Cromok merupakan sebuah kumpulan metal Malaysia. Mereka dikenali sebagai perintis muzik thrash metal Malaysia.[1] Ditubuhkan pada 1987, ahli kumpulan ini terdiri daripada Shamsudin Ali (SAM)- (vokal/bass), Khairul Anuar Shariff (KARL/Chot)-(gitaris), dan Tarmizi Mokhtar (MIJI)- (dram).[2] Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu popular mereka seperti "Misty", "Another You", "I Don't Belong Here" dan telah menerbitkan 8 album studio.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok) sebagaikan memenuhi masa lapang dengan Nik Ramzee dan Che Adnan sebagai ahli awal dan apabila Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada 1987[4]. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer). Sam merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor.

Din (guitarist/vocalist- dari Tumpat Kelantan) pulang lebih awal ke malaysia tahun 1991. Manakala Sam (Tangkak, Johor), Miji (Pasir Mas, Kelantan) dan Karl (Rembau, N. Sembilan) kembali ke tanahair tahun 1992. Cromok menerbitkan self-released debut demo tape pertama mereka Image of Purity di Australia yang dirakamkan tahun 1990 . Demo tape tersebut telah dihantar kepada Valentine Sound Productions VSP Malaysia dan menarik minat VSP untuk memasarkan album tersebut. Versi Remastered Image of Purity diedarkan di Malaysia pada 1991 walaupun Cromok masih berada di Australia ketika itu. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band thrash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Selain 'Journey' dan ' Misty' , lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu. Setelah 30 tahun berlalu, album Image of Purity sehingga kini masih didengari oleh peminat muzik thrash metal.

Satu perkara yang menjadi persoalan sehingga kini ialah walaupun Din telah berada di tanahair , mengapa beliau tidak turut serta bersama ahli-ahli Cromok dalam proses rakaman studio album Forever In Time pada 1993. Din Cromok (D'cromok) meninggal dunia pada 1997 akibat demam malaria. Arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.[5]Din juga sempat menerbitkan album solo beliau sendiri D'cromok 7 Years 7 Days PART I dan 7 Years 7 Days PART II

Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.

Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly pada 18 Jun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity (2000), What's Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (kompilasi 2003), Untitled (2004), Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).

Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan Search.

Kewujudan D'Cromok[sunting | sunting sumber]

Atas sebab-sebab peribadi, Din (dari Tumpat, Kelantan) telah menubuhkan kumpulannya sendiri dan tidak menyertai Cromok (lebih kepada tidak dipanggil untuk menyertai kembali CROMOK). Kumpulannya bernama D'Cromok. Huruf 'D' pada pangkal perkataan sebenarnya bermaksud Din. Beliau telah merakamkan album bertajuk VII Years VII Days PART I dan VII Years VII Days PART II bersama Valentine Records VSP pada tahun 1995/1996. Album ini membawa halatuju yang agak berlainan dari Cromok. Album pertama penuh dengan ambience dan soundscape yang agak unik. Thrash metal nya masih ada tetapi terdapat juga campuran seperti Doom Metal dan Arabic Music. Sound gitarnya tidaklah seberat Cromok tetapi lagu lagunya amat unik dan penuh makna. Album kedua pula menampilkan jemputan khas dari band band underground metal malaysia yang popular ketika itu. Sound produksinya kali ini lebih ringan berbanding album pertama. Distorsi gitar nya seperti kekurangan gain namun kreativiti Arwah tiddak dapat dipertikai. Lagu lagunya tetap mempunyai aura istimewa yang membuat penggemar menghayunkan kepala. Album ketiga pula ada dalam perancangan Arwah tetapi malangnya tidak dapat dilaksanakan kerana menyambut panggilan Ilahi. Adakah terdapat demo untuk album ketiga yang masih ada didalam simpanan keluarga Arwah? Hanya tuhan sahaja yang tahu. Dalam album-album itu, dia berganding dengan beberapa vocalists dan bassists /drummers yang antaranya Rob Razak dan Ly Razak (Suffercation) , Andy Peterson , Jaie (Sil Khannaz )

Ijall (Suffercation)

, Stone (Silent Death) dan

Syafinaz - Opera chorus on "Metallurgical III Suite

dan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor.

Din bertugas sebagai jurutera dan kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria pada 1997.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Anggota Terkini
  • Shamsudin Ali (Sam) - Bass, Vokal 1988-2006 , 2009-kini
  • Khairul Anuar Shariff (Karl) - Gitar 1990-2001, 2009-kini
Bekas Anggota
  • Tarmizi Mokhtar (Miji) - Dram 1986-2006 , 2009-2023
  • Hillary - Gitar 2002-2005
  • Kharuddin Mohamad (Din) - Guitar, Vocal 1988-1991 . Din D'cromok 1992- Meninggal Dunia 1997
  • Muhammad Fadhil (Mat Puck) - Guitar 1986-1988
  • Che Adnan (Denan) - Guitar 1986-1987
  • Nik Ramzee (Ji) - Bes 1986-1987
Sessionist
  • Ogie daripada kumpulan Black Skull Gitar
  • Edrie Hashim Gitar
  • Shah Sidious daripada kumpulan Nrocinu Gitar

Pra Cromok (1986-1987)

  • Mat Puck - Gitar
  • Miji - Dram
  • Denan - Gitar
  • Ji - Bes

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Tahun Rilisan Judul Label
1991 Image of Purity VSP (Malaysia)
1993 Forever In Time EMI (Malaysia)
1996 Yours Truly EMI (Malaysia)
1999 Mean, Meaner, Meanest EMI (Malaysia)
2000 Image of Purity
(Remastered & Re-released)
EMI (Malaysia)
2000 What's Left EMI (Malaysia)
2002 Deafening Silence EMI (Malaysia)
2004 Untitled EMI (Malaysia)
2005 Untitled + Raw EMI (Malaysia)
2011 Lord Of The Thunder SONY MUZIK (Malaysia)

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • CROMOK Live at multiple venue in Sydney, Australia.
  • Cromok Live at Life Centre Kuala Lumpur 11th, 12th dan 13th July 1992. Opening band: Suffercation.
  • Funfair sekitar semenanjung Malaysia 1994-1997
  • CROMOK Live at RTW 5, 2004.
  • CROMOK REUNION - Thrashing Kuala Lumpur (8 April 2012)
  • Konsert Metal Legends CROMOK XPDC (3 FEB 2018)
  • Konsert Metal Legends CROMOK feat Sil-Khannaz, Pasir Gudang, 2018
  • CROMOK Live at NUSAFest , Mac 2020 (dibatalkan kerana PKP)
  • CROMOK Live at RTW 20th Anniversary, 3 December 2022
  • CROMOK Forever In Time 30th Anniversary Live at Zepp, KL (14 Oktober 2023)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cromok terus dengan thrash metal". Utusan Malaysia. 25 December 2000. Dicapai pada 4 July 2018.
  2. ^ "Cromok terus popular tanpa publisiti". Utusan Malaysia. 28 October 1999. Dicapai pada 4 July 2018.
  3. ^ Meor Aziddin Yusof (23 October 2014). "Cromok, underground dan kehidupan". The Malaysian Insider. Dicapai pada 29 June 2015.
  4. ^ Cromok Akhirnya Melakukan Reunion?[pautan mati kekal]
  5. ^ Cromok bersatu di pentas.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]