Crystal Tools

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Crystal Tools
PembangunSquare Enix
PelantarBeberapa platform, khususnya PlayStation 3
JenisEnjin permainan video
Tapak web(Inggeris) Laman Web Global Square Enix

Enjin Crystal Tools, pada asalnya dinamakan sebagai White Engine, ialah sebuah enjin permainan video generasi ketujuh yang direka khas untuk digunakan dalam "setiap judul permainan video Square Enix yang akan datang" pada PlayStation 3, seperti yang telah diulas oleh pereka watak Final Fantasy Versus XIII, Tetsuya Nomura.[1] Judul pertama yang akan menggunakan enjin ini ialah Final Fantasy XIII, judul sampingannya iaitu Final Fantasy Versus XIII, dan MMORPG Square Enix seterusnya dengan nama kod Rapture. Nomura mengulas bahawa pengalihan daripada konsol PlayStation 2 ke konsol PlayStation 3 bukannya sesuatu yang mudah, menjelaskan bahawa "cabaran kali ini lebih sukar berbanding pengalihan daripada PS1 ke PS2." Ini telah mengakibatkan terciptanya White Engine,[1] yang dinamakan semula menjadi Crystal Tools.[2]

Salah satu daripada aspek enjin ini adalah dengan membenarkan kualiti tayangan CGI untuk dihasilkan dalam masa benar (real-time). Nomura telah mengulas bahawa enjin ini akan berupaya untuk "mencipta babak-babak pertarungan yang serupa dalam filem Final Fantasy VII: Advent Children."[3] Selain itu, enjin ini juga menguruskan pemprosesan audio yang terperinci, transisi babak "cut-scene" sinematik, pengiraan kesan-kesan fizik dan kesan-kesan khas.[perlu rujukan] Enjin ini dilaporkan menggunakan 4 daripada 6 buah elemen pemprosesan sinergistik (SPES) yang terbuka hanya kepada permainan video yang berfungsi menggunakan pemproses Cell, untuk mencapai mutu yang paling hampir dengan CGI pra-paparan dalam masa benar.[4]

Dalam persidangan GDC terkini, Crystal Tools telah disahkan untuk menumpukan peranannya untuk konsol PlayStation 3, Xbox 360, sistem Microsoft Windows dan konsol Wii.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Final Fantasy XIII". Dicapai pada 2006-11-15.[pautan mati kekal]
  2. ^ White Engine Confirmed Multiplatform and now "Crystal Tools" Diarkibkan 2009-02-02 di Wayback Machine, FinalFantasy-XIII.net.
  3. ^ Justin Pinter. "New Final Fantasy XIII/Versus details!". Dicapai pada 2006-11-15.
  4. ^ "White Engine cross-platform". Dicapai pada 2007-09-06.
  5. ^ GDC08: Square Enix unveils Crystal Tools engine, Joystiq.