Dahlia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dahlia
Dahlia x hybrida.jpg
Bunga sarang tebuan.
Pengelasan saintifik s
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Subkeluarga: Asteroideae
Tribus: Coreopsideae
Genus: Dahlia
Cav.[1]
Spesies jenis
Dahlia pinnata
Cav.[1]
Ceraian
  • Dahlia
  • Entemophyllon
  • Epiphytum
  • Pseudodendron
Sinonim[2] nom. illeg.

Georgina Willd.

Dahlia (Jawi: دهليا) atau bunga sarang tebuan (Jawi: بوڠا سارڠ تبوان)[3] ialah genus bagi tumbuhan saka lebat bak herba berumbi dalam keluarga dikotiledon Asteraceae yang tumbuh asal di Mexico dan Amerika Tengah. Ahli sekebunnya termasuklah bunga matahari, daisi, kekwa dan zinnia. Terdapat 42 spesies dalam genus ini termasuk kacukan yang selalu ditanam sebagai tanaman kebun.[4]

Bunga dahlia diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Mexico pada 1963.[5] Umbinya ditanam sebagai tanaman makanan oleh orang Aztek, tetapi pengetahuan ini banyak menghilang selepas Penaklukan Sepanyol. Di Eropah, cubaan memperkenalkan umbi dahlia sebagai tanaman makanan tidak berjaya.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama genus tumbuhan ini diberikan memperingati Anders Dahl, seorang ahli botani Sweden didikan Carl Linnaeus.[6]

Nama Melayunya pula merujuk pada bentuk gugusan rangginya (bagi sesetengah spesies atau kultivar) yang menyamai bentuk sarang tebuan yang berlubang-lubang.[perlu rujukan] Istilah ini turut ditemukan pada contoh lain semacam kuih sarang tebuan.

Botani[sunting | sunting sumber]

Tahap lengkap bunga sarang tebuan: (berpangkal dari baris ke-2 gambar 1 ikut jam) bunga mekar, kudup kembang, kudup, kudup pada pokok, pokok sarang tebuan; diambil di NIT Agartala, India.

Dahlia ialah tumbuhan saka berakar umbi, tetapi boleh ditanam menjadi pokok semusim di beberapa kawasan musim sejuk. Ada beberapa spesies dahlia yang berbatang umbi, dengan yang lainnya mempunyai batang yang dikeraskan tanpa tisu kedua dan bertunas ulang selepas terbantut pada musim sejuk membolehkan ia tumbuh lebih lama.[7] Batangnya berdaun dan tinggi dari serendah 30 cm (12 in) hingga melebihi 1.8-2.4 m (6-8 ka).

Bunga[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan dahlia berbunga satu kuntum setiap tangkai; kuntum ini boleh datang sekecil 5 cm (2 in) atau melebihi 30 cm (1 ka) garis pusat (sebesar pinggan makan). Kuntum bunga dahlia terdiri daripada jambak anak bunga ceper (disc floret) memusat dikelilingi anak bunga ruji (ray floret). Setiap anak bunga ini merupakan unit bunga tunggal, tapi kerap kalinya disilap kenal sebagai ranggi, lebih-lebih lagi oleh pakar hortikultur.

Kebanyakan spesies bunga ini tidak mengeluarkan haruman yang boleh menarik serangga pendebunga tetapi menunjukkan pelbagai warna berona terang kecuali warna biru.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Dahlia banyak dijumpai di Mexico, tetapi ada beberapa spesies dijumpai menjulat sejauh selatan utara Amerika Selatan. D. australis ditemukan sejauh selatan barat daya Guatemala, manakala D. coccinea dan D. imperialis turut ditemukan di sebahagian Amerika Tengah dan utara Amerika Selatan. Bunga spesies Dahlia dijumpai di tanah tinggi dan pergunungan pada ketinggian antara 1,500 dan 3,700 meter, kawasan tinggi ini dikenali sebagai zon pertumbuhan "hutan jarang tusam-oak". Kebanyakan spesies mempunyai batas julat yang berselerak di sepanjang banjaran gunung di Mexico.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Cavanilles, A. J. 1791. Icones et Descriptiones Plantarum 1: 57. Madrid
  2. ^ "Dahlia Cav". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 17 September 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009. Dicapai pada 15 Oktober 2009.
  3. ^ "bunga sarang tebuan". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012.
  4. ^ "Dahlia". The Plant List. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2019.
  5. ^ Harvey, Marian (1987). Mexican Crafts and Craftspeople. Associated University Presses. m/s. 19. ISBN 978-0-87982-512-6.
  6. ^ Stafleu, , F. A.; Cowan,, R. S. Cowan (1976). Taxonomic literature, vol. 1: A-G. Utrecht.CS1 maint: extra punctuation (link)
  7. ^ Saar, Dayle E.; Polans, Neil O.; Sørensen, Paul D. (2003). "A Phylogenetic Analysis of the Genus Dahlia (Asteraceae) Based on Internal and External Transcribed Spacer Regions of Nuclear Ribosomal DNA". Systematic Botany. 28 (3): 627–639. doi:10.1043/01-78.1 (Tidak aktif 31 Oktober 2021). JSTOR 25063902.CS1 maint: DOI inactive as of 2021 (link)