Pergi ke kandungan

Daniel Pipes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daniel Pipes
PekerjaanPengulas politik;
Profesor pelawat di School of Public Policy Universiti Pepperdine (musim luruh '07); Pengarah Middle East Forum
WarganegaraAmerika Syarikat
SubjekTimur Tengah, Islam Militan, Islamisme
SaudaraRichard Pipes (bapa)
Laman web
http://www.danielpipes.org

Daniel Pipes (disebut /ˈpiːps/ "peeps") (lahir 9 September 1949) adalah seorang pengarang dan penulis blog politik Amerika Syarikat yang memfokus pada Islam dan Islamisme.[1] Pipes merupakan pengasas dan pengarah Middle East Forum, sebuah kumpulan pemikir konservatif[2], selain pengasas Campus Watch, suatu pertubuhan kontroversi yang menyatakan misinya sebagai mengkritik kesarjanaan lemah terhadap Timur Tengah, tetapi telah disifatkan oleh sesetengah pengkritik sebagai alat untuk mengganggu cendekiawan yang mengkritik Israel.[3][4][5]

  1. ^ http://www.thenation.com/doc/20040510/press
  2. ^ Scrutiny Increases for a Group Advocating for Muslims in U.S.
  3. ^ Marmura, Stephen M. E. Hegemony in the digital age. 2008, m/s. 33
  4. ^ Said, Edward. Paradoxical Citizenship. 2006, m/s. xv
  5. ^ http://hnn.us/articles/1001.html