Pergi ke kandungan

David Lekuta Rudisha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
David Lekuta Rudisha

Rekod pingat
Mewakili Kenya
Olahraga lelaki
Kejohanan Afrika
Pingat emas – tempat pertamaAddis Ababa 2008800 m
Pingat emas – tempat pertamaNairobi 2010800 m
Kejohanan Remaja Dunia
Pingat emas – tempat pertamaBeijing 2006800 m
Kejohanan Remaja Afrika
Pingat emas – tempat pertamaOuagadougou 2007800 m

David Lekuta Rudisha (lahir 17 Disember 1988) ialah seorang pelari jarak sederhana Kenya dan pemegang rekod dunia dalam acara 800 meter dengan masa 1:41.09.

Rudisha memegang rekod dunia untuk lari 800 m selepas memecahkan rekod lama di kejohanan IAAF World Challenge ISTAF di Berlin pada 22 Ogos 2010, dengan catatan masa 1:41.09.[1] Rekod sebelumnya, dipegang oleh pelari Denmark kelahiran Kenya Wilson Kipketer, telah kekal sejak 1997; Rudisha memecahkannya dengan 0.02 saat.[2] Rudisha mendakwa ia merupakan "cubaan sebenar pertamanya" memecahkan rekod tersebut, dan dia mampu memperbaiki masanya.[3]

Catatan terbaik

[sunting | sunting sumber]
Acara Masa Tarikh Tempat
400 m 45.50 27 Februari 2010 Sydney
800 m 1:41.09 22 Ogos 2010 Berlin

Rekod dunia

  1. "Athletics: Record for Rudisha". Sky Sports. British Sky Broadcasting. 22 Ogos 2010. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  2. "David Rudisha breaks 800m world record". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  3. Ryland James (22 Ogos 2010). "Outstanding Rudisha sets new 800m world record". AFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-25. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
Rekod
Didahului oleh
Denmark Wilson Kipketer
Pemegang rekod dunia 800 meter lelaki
22 Ogos 2010 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang