Dawoodi Bohra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Templat:Ismailis

Kelompok Dawoodi Bohra (bahasa Arab: داؤدی بوہرہ, Hindi: दवूदि बोह्रा) ialah cabang utama dalam kelompok Bohra yang merupakan submazhab Musta‘lī dalam aliran Syiah Ismailliyah. Submazhab ini berpangkalan di India walaupun mazhab Bohra berasal daripada Yaman.

Perkataan Bohra itu sendiri berasal daripada perkataan Vehwahar dalam bahasa Gujerat yang diterjemahkan sebagai "perdagangan".

Pemimpin rohani kelompok ini ialah Dr Syedna Mohammed Burhanuddin. Dia dikenali sebagai Dā‘ī l-Mutlaq dan merupakan Dā‘ī ke-52 dalam satu rantaian Dā‘ī yang tidak pernah putus.

Kelompok Bohra percaya bahawa Imam ke-12, Taiyab Abi al-Qasim yang dipercayai adalah keturunan terus Muhammad melalui anak gadisnya Fātimatu z-Zahra telah pergi mengasingkan diri dan menubuhkan jawatan-jawatan Dā‘ī l-Mutlaq (داعي المطلفق), Ma'ðūn (مأذون) dan Mukasir (مكاسر). Dā‘ī l-Mutlaq adalah timbalan Imam dengan kuasa penuh untuk mentadbir komuniti Dawoodi Bohra dalam hal-ehwal kerohanian dan duniawi.

Ketika Imam mengasingkan diri, Dā‘ī l-Mutlaq dilantik oleh penjabatnya yang terdahulu. Manakala ma'ðūn dan mukasir dilantik oleh Dā‘ī l-Mutlaq. Kepercayaan dasar kelompok Dawoodi Bohra adalah bahawa kehadiran Imam yang mengasingkan diri dijamin dengan kehadiran Dā‘ī l-Mutlaq.

Mohammed Burhanuddin telah melantik Syedi Khuzaima Qutbuddin sebagai ma'ðūnnya dan Syedi Husain Husamuddin sebagai mukasirnya.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Al-Hurra Al-Malika dari Yaman telah melantik Dāˤī pertama di Yaman pada pertengahan kurun ke-12. Dakwah Fatimiyah dikekalkan beribupejabat di Yaman, India dan Pakistan (Sindh) bawah kepemimpinan Dā‘ī l-Mutlaq.

Setelah mengalami penindasan yang teruk daripada majoriti Sunni di Yaman, dakwah itu dialihkan ke India dan sebahagian pengikut juga ditempatkan semula di sana. Bagaimana pun, satu populasi Dawoodi Bohra yang besar kekal menetap di Yaman hingga hari ini.

Sesetengah leluhur Bohra adalah orang-orang bertukar daripada agama Hindu kepada Islam di Gujarat, India. Kemasukan mereka adalah hasil daripada usaha kerja beberapa pendakwah Fatimiyyah dari Mesir dan Yaman yang berlangsung sebelum pengasinngan diri Imam Fatimiyyah ke-12, satu ketika semasa kekhalifahan Imam al-Mustansir. Mereka yang masuk itu adalah sebahagian besarnya berasal daripada kasta atasan Hindu, ramai antara mereka terbabit dalam perdagangan dan perniagaan. Kemudian, pemeluk-pemeluk bumiputera mengambil alih aktiviti dakwah di kawasan-kawasan lain seperti daerah-daerah yang hari ini membentuk Rajasthan, Madhya Pradesh dan Maharashtra.

Kelompok Dawoodi Bohra Kontemporari[sunting | sunting sumber]

Kelompok Dawoodi Bohra adalah satu komuniti yang sangat berhubungan rapat, satu komuniti yang memohon nasihat daripada Dā‘ī mengenai hal-ehwal kerohanian dan duniawi.

Ketika majoriti kelompok Dawoodi Bohra secara tradisionalnya adalah pedagang-pedagang, secara mendadak menjadi golongan profesional adalah biasa bagi mereka. Di Asia Selatan, ramai yang memilih untuk menjadi doktor, dan di Timur Tengah dan dunia Barat, sebilangan besar mereka kini bekerja sebagai konsultan atau pakar analisis dan juga sekontijen besar profesional perubatan. Kelompok Dawoodi Bohra digalak untuk mendidik diri mereka sendiri dengan pengetahuan agama dan sekular. Kesannya, sejumlah profesional meningkat secara mendadak dalam komuniti ini.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Mumineen.org - Sumber online paling khusus mengenai kumpulan Dawoodi Bohra