Pergi ke kandungan

Death Note: The Last Name

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Death Note: The Last Name
Poster tayangan pawagam
PengarahShûsuke Kaneko
Lakon layarTetsuya Oishi
BerdasarkanDeath Note oleh
Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata
Dihasilkan olehToyoharu Fukuda
Seiji Okuda
Takahiro Satō
DibintangiTatsuya Fujiwara
Kenichi Matsuyama
Erika Toda
Shunji Fujimura
Takeshi Kaga
Shigeki Hosokawa
SinematografiKenji Takama
Disunting olehYosuke Yafune
Muzik olehKenji Kawai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures Japan
Tarikh tayangan
(2006-10-28) 28 Oktober 2006 (umur 18)
Masa tayangan
139 minit
NegaraJepun
BahasaJepun
Pecah panggung¥5.20 juta (Jepun)

Death Note: The Last Name (デスノート the Last name, Desu Nōto the Last name) adalah sebuah filem detektif supernatural psikologikal thriller Jepun tahun 2006 dan disutradarai oleh Shūsuke Kaneko diproduksi oleh Nippon Television dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures Japan.. Ia merupakan filem bersambungan dari Death Note yang dirilis pada tahun yang sama., keda-duanya adaptasi aksi langsung manga berjudul sama karya Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata.

Filem ini ditayang terlebih dahulu di Hong Kong pada tanggal 3 November 2006, sebelum disusuli Taiwan pada tanggal 24 November 2006; Penayangan di Nusantara pula bermula di Singapura pada tanggal 28 Disember 2006 dan di Malaysia pada tanggal 25 Januari 2007, dengan sarikata Bahasa Inggeris dan Mandarin di kedua-dua negara (selain bahasa Malaysia di Malaysia).

Sebuah filem sempalan berjudul, L: Change the World terbut pada tahun 2008. Pada tahun 2016, sebuah filem sequel yang menampilkan watak-watak baru dari latar sama berjudul Death Note: Light Up the New World dirilis, sebelumnya sebuah drama 3 episode, Death Note: New Generation ditayangkan di Hulu untuk menghubungkan cerita kedua-dua filem Death Note: The Last Name dan Death Note: Light Up the New World.[2]

Misa memperoleh death note kedua dari Rem, seorang Shinigami lainnya. Sementara Light bergabung dengan pasukan penyelidik Kira setelah pemakaman Shiori, Misa menjadi Kira kedua dan memaksa sebuah stasiun TV untuk menayangkan rakamannya. Melalui layar televisyen, menggunakan mata Shinigaminya, Misa membunuh orang-orang yang menentang Kira asli, termasuk Detektif Mogi dan dua orang polis yang cuba untuk menghentikan rekaman Misa. Adik perempuan Light, Sayu, hampir saja terbunuh kerana tidak mendukung Kira, tetapi berhasil diselamatkan oleh Soichiro yang menerobos masuk menggunakan helm. Light kemudian datang untuk menenangkan Sayu dan Soichiro, dan terlihat oleh Misa yang bisa mengetahui identitasnya sebagai Kira yang asli menggunakan mata Shinigaminya.

Misa menghadangnya di dekat rumahnya dan meminta untuk menjadi kekasihnya, serta berkata bahawa dia bersedia membantunya untuk mengapai tujuannya, menciptakan dunia tanpa kejahatan. Mengetahui bahawa Misa memiliki mata Shinigami, Light menerima tawarannya untuk menyingkirkan L. Light mengatur sebuah pertemuan untuk Misa dan L di universitI Light agar Misa dapat melihat nama asli L. Namun, Misa justru ditahan atas kecurigaan sebagai Kira kedua. Takut jika terjadi sesuatu terhadap Misa, Rem meminta Light untuk membebaskan Misa. Dengan sebuah rencana yang tersusun dengan sangat baik, kedua KiraーLight dan Misaーkehilangan hak milik mereka atas death note dan seluruh ingatan mereka yang berhubungan dengan death note. Sebelumnya, Light telah memerintahkan Rem untuk memberikan death note milik Misa ke Kiyomi Takada, seorang reporter kasus Kira, sementara dia mengubur death note miliknya sendiri di suatu tempat. Light kemudian "membuktikan" bahawa dia bukan Kira kerana pembunuhan terus berlanjut meski dia dan Misa sedang ditahan.

Light dan Misa pun dibebaskan tetapi tetap masih diawasi oleh L yang masih percaya bahawa Light adalah Kira. Light menemukan petunjuk yang mengarah pada Takada atas kasus Kira dan menyusun sebuah rencana bersama dengan pasukan penyelidik Kira untuk menjebaknya. Ketika mereka berhasil merampas death note dari tangan Takada dan mengetahui keberadaan Rem, Light membunuh Takada menggunakan sobekan death note di jam tangannya dan kembali memperoleh hak miliknya atas death note tanpa dicurigai. Ketika Misa diperbolehkan untuk pergi, Light memintanya untuk mengambil death notenya yang dia kubur dan menggunakannya untuk membunuh L. Setelah tahu bahawa pasukan akan pergi ke Amerik Syarikat untuk melakukan penyelidikan terhadap death note, Light membuat Rem membunuh Watari dan L untuk melindungi Misa, membuat Rem meninggal kerana telah melanggar aturan untuk tidak memperpanjang umur manusia dengan membunuh manusia lain. Selanjutnya, Light cuba menggunakan death note untuk membunuh ayahnya sendiri yang membuat Misa sangat ketakutan.

Pada akhirnya, terungkap bahawa L masih hidup kerana dia menulis namanya sendiri di death note dengan menjadwalkan kematiannya sendiri 1 bulan kemudian. Selain itu, pasukan penyelidik juga tidak pergi ke Amerika, tetapi mengawasi Light dari tempat lain, kerana itu mereka mendengar pengakuan Light sebagai Kira dan menukar death note milik Light dengan yang palsu, dan usaha Light untuk membunuh ayahnya menggunakan death note palsu mengungkap identitasnya sebagai Kira. Dalam keadaan terpojok, Light memohon pada Ryuk untuk membunuh anggota pasukan penyelidik Kira. Namun sebaliknya, justru Ryuk menulis nama Light dalam death note kerana dia tidak berada pada pihak siapapun, kemudian dia memberitahu Light bahawa siapapun yang memiliki death note tidak akan bisa masuk ke syurga maupun neraka dan sebaliknya akan selamanya menjadi sesuatu yang tidak ada. Light meninggal dalam pelukan ayahnya, setelah sebelumnya memohon untuk percaya padanya bahawa dia melakukan itu semua demi keadilan.

Kerana ada hal supernatural yang terlibat, akhirnya L dan pasukan penyelidik Kira 'membuat cerita' bahawa Light dibunuh oleh Kira. Dua puluh hari kemudian, L dan Soichiro bertemu sekali lagi sebelum L meninggal dengan tenang. L sempat berkata pada Soichiro bahawa meski dia tidak mengetahui bagaimana rasanya memiliki seorang ayah, dia tahu bahawa Soichiro adalah seorang ayah yang sangat hebat. Setahun kemudian, pada hari ulang tahun Light, Soichiro masih tidak memberitahukan kebenaran kematian Light pada isteri dan anaknya, kerana Sayu sangat menyayangi Light namun tidak menyukai perbuatan Kira. Misa juga merayakan ulang tahun Light, dia masih mencintai Light meski tanpa semua ingatan yang berhubungan dengan death note. Film berakhir dengan adegan Ryuk terbang dan tertawa mengelilingi Menara Tokyo.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]

Kutipan panggung

[sunting | sunting sumber]

Death Note: The Last Name tayang perdana pada tanggal 3 November 2006, dan masuk menjadi box office Jepang,[3] dengan tetap berada pada nomor satu selama empat minggu.[4] Film ini meraup keuntungan sebesar 5,5 miliar yen di Jepang pada akhir tahun, membuat film ini menjadi salah satu film Jepang dengan keuntungan tertinggi pada tahun tersebut.[5]

  1. ^ "Official Death Note live-action movie website" (dalam bahasa Japanese). Warner Bros. Dicapai pada 2006-11-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Screen Daily Unveils 2016 Death Note Film's New Visual". Anime News Network. 26 Februari 2016. Dicapai pada 26 Februari 2016.
  3. ^ "Death Note Wins Japanese Box Office Weekend". Anime News Network. 7 November 2006. Dicapai pada 7 November 2006.
  4. ^ "Death Note Notches Fourth Week at #1". Anime News Network. 27 November 2006. Dicapai pada 2006-11-27.
  5. ^ "Japan's Top 10 Box Office Hits in 2006". Anime News Network. 8 Januari 2007. Dicapai pada 9 Januari 2007.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Shusuke Kaneko