Deepika Padukone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Deepika Padukone
Deepika Padukone Cannes 2018 (cropped).jpg
Padukone di Festival Filem Cannes 2018
Kelahiran (1986-01-05) 5 Januari 1986 (umur 33)
Copenhagen, Denmark
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006 - kini

Deepika Padukone (lahir 5 Januari 1986) ialah seorang pelakon wanita India.[1][2][3] Beliau ialah salah seorang pelakon tertinggi dibayar di dunia dan dipetik dalam media sebagai salah seorang personaliti paling popular India. Padukone telah menubuhkan kerjaya dalam filem Hindi, dan merupakan penerima beberapa anugerah, termasuk tiga Anugerah Filmfare.

Padukone, anak perempuan pemain badminton Prakash Padukone, dilahirkan di Copenhagen dan dibesarkan di Bangalore. Ketika usia remaja, beliau bermain badminton dalam kejohanan peringkat kebangsaan, namun meninggalkan kerjayanya dalam sukan untuk menjadi peragawati fesyen. Beliau kemudian menjadi pelakon filem, dan membuat kemunculan lakonan sulungnya pada 2006 sebagai watak judul dalam filem Kannada Aishwarya. Padukone kemudian melakonkan dua watak dalam keluaran Bollywood pertamanya—blokbuster 2007 Om Shanti Om—dan memenangi Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.

Padukone mendapat pujian bagi lakonannya dalam filem percintaan 2009 Love Aaj Kal dan filem drama 2010 Lafangey Parindey, namun penampilannya dalam filem komedi percintaan 2008 Bachna Ae Haseeno dan filem komedi 2010 Housefull menerima ulasan negatif. Beliau menyusulinya dengan peranan dalam siri filem yang tidak berjaya secara komersial yang gagal untuk meningkatkan profil kerjayanya. Filem pecah panggung 2012 Cocktail menandakan titik peningkatan yang signifikan dalam kerjayanya, membuatnya mendapat sambutan dari pengkritik dan menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di beberapa anugerah. Pada tahun 2013, Padukone membina dirinya sebagai pelakon utama dalam pawagam Hindi dengan menjayakan peranan utama dalam filem komedi Yeh Jawaani Hai Deewani dan Chennai Express (kedua-duanya meraih kedudukan pada filem-filem Bollywood dengan keuntungan tertinggi sepanjang zaman), dan memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik bagi persembahannya dalam filem percintaan tragis Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela.

Selain berlakon, Padukone mengambil bahagian dalam acara pentas, menulis kolum pada sebuah akhbar India, dan menjadi duta besar selebriti berpengaruh untuk jenama dan produk. Kehidupan di luar layar lebar menjadi subjek akhbar tabloid di India.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tahun Peranan Catatan
2006 Aishwarya Aishwarya Filem Kannada
2007 Om Shanti Om Shantipriya / Sandhya (Sandy) Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik
Pencalonan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2008 Bachna Ae Haseeno Gayatri
2009 Chandni Chowk to China Sakhi (Ms. TSM) / Suzy (Meow Meow)
2009 Billu Dirinya sendiri Penampilan khas dalam lagu "Love Mera Hit Hit"
2009 Love Aaj Kal Meera Pandit Pencalonan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2009 Main Aurr Mrs Khanna Raina Khan Penampilan khas
2010 Karthik Calling Karthik Shonali Mukherjee
2010 Housefull Saundarya Rao (Sandy)
2010 Lafangey Parindey Pinky Palkar
2010 Break Ke Baad Aaliya Khan
2010 Khelein Hum Jee Jaan Sey Kalpana Datta
2011 Dum Maaro Dum Tak bernama Penampilan khas dalam lagu "Mit Jaaye Gum (Dum Maaro Dum)"
2011 Aarakshan Poorbi Anand
2011 Desi Boyz Radhika Awasthi
2012 Cocktail Veronica Malaney Pencalonan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2013 Race 2 Elena
2013 Bombay Talkies Diri sendiri Penampilan khas dalam lagu "Apna Bombay Talkies"
2013 Yeh Jawaani Hai Deewani Naina Talwar
2013 Chennai Express Meenalochini Azhagusundaram Pencalonan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2013 Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela Leela Sanera Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2014 Kochadaiiyaan Puteri Vadhana Filem Tamil
2014 Finding Fanny Angelina (Angie) Filem berbahasa Inggeris
2014 Happy New Year Mohini Joshi
2015 Piku Piku Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2015 Tamasha Tara
2015 Bajirao Mastani Mastani

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biography: Deepika Padukone". Hindustan Times. 23 July 2012. Diarkibkan daripada asal pada 31 December 2014. Dicapai 6 August 2013. 
  2. ^ Baksi, Dibyojyoti (13 June 2013). "Shah Rukh Khan made Deepika Padukone learn Tamil". Hindustan Times. Diarkibkan daripada asal pada 4 March 2016. Dicapai 18 August 2013. 
  3. ^ Vijayasarathy, R.G. (14 March 2006). "Meet Deepika Padukone". Rediff.com. Diarkibkan daripada asal pada 23 October 2013. Dicapai 6 August 2013. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]