Hema Malini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hema Malini
Hema malini bhungama1.jpg
Ahli Parlimen, Lok Sabha
Memegang jawatan
26 Mei 2014
Didahului olehJayant Chaudhary
Kawasan pilihan rayaMathura
Ahli Parlimen, Rajya Sabha
Dicalonkan
Dalam jawatan
16 November 2003 – 16 November 2009
Didahului olehMrinal Sen
Digantikan olehJaved Akhtar
Butiran peribadi
Lahir (1948-10-16) 16 Oktober 1948 (umur 71)[1]
Ammankudi, Negara Bahagian Madras, Kesatuan India
(kini Tamil Nadu, India)
KewarganegaraanIndia
KerakyatanIndia
Parti politikParti Bharatiya Janata
PasanganDharmendra (k. 1980)
Anak-anak2, termasuk Esha Deol
4 anak tiri, termasuk Sunny Deol dan Bobby Deol
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit
  • ahli politik
AnugerahPadma Shri (2000)

Hema Malini (lahir 16 Oktober 1948) ialah seoang pelakon, penulis, pengarah, penerbit, penari dan ahli politik India.[2] Pada tahun 1962, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Tamil Ithu Sathiyam. Malini pertama kali memegang watak utama dalam Sapno Ka Saudagar (1968), dan tampil dalam beberapa filem Bollywood, terutamanya sebagai pelakon utama. Dalam kebanyakan filemnya, beliau berlakon bersama suaminya Dharmendra dan bersama Rajesh Khanna dan Dev Anand.[3] Malini pada awalnya dipromosikan sebagai "Dream Girl" ("Gadis Impian"), dan pada 1977 beliau berlakon dalam filem dengan judul sama.[3] Beliau telah melakonkan sama ada peranan komik dan dramatik, dan juga sebagai penari[4][5][6] Beliau merupakan salah seorang pelakon yang bergaji tinggi dari 1976 sehingga 1980.[7]

Sepanjang kerjayanya, beliau menerima 11 pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik, memenanginya pada 1973.[8] Pada tahun 2000, Malini memenangi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare dan juga Padma Shri, penghargaan awam keempat terbesar dan dianugerahkan oleh Kerajaan India.[9] Pada tahun 2012, Universiti Sir Padampat Singhania mengurniakan Doktor Kehormat kepada Malini atas sumbangan beliau kepada pawagam India.[10] Malini berkhidmat sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional India. Pada tahun 2006, beliau menerima anugerah Sopori Academy of Music And Performing Arts (SaMaPa) Vitasta daripada Bhajan Sopori di Delhi untuk sumbangan dan perkhidmatannya kepada budaya dan tarian India. Pada tahun 2013, beliau menerima Anugerah Kebangsaan NTR daripada Kerajaan Andhra Pradesh kerana sumbangannya kepada pawagam India.[11]

Dari 2003 hingga 2009, Malini telah dipilih ke Rajya Sabha, Dewan Parlimen atas, sebagai wakil dari Parti Bharatiya Janata.[12] Pada tahun 2014, Malini telah dipilih ke Lok Sabha. Malini telah terlibat dengan usaha amal dan sosial. Pada masa ini, beliau juga merupakan ahli kehidupan Persatuan Antarabangsa bagi Kesedaran Krishna (ISKCON). Beliau ialah seorang pelakon yang berjaya pada zamannya. Beliau telah dipuji oleh pengkritik bagi persembahan tarian dan lakonannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "rediff.com: A dream called Hema Malini". Rediff.com. 16 October 1958. Dicapai 14 June 2011. 
  2. ^ "Hemaji @ Hemamalini, ever dream girl turned 65". cinemanewstoday.com. 17 October 2013. 
  3. ^ a b A dream called Hema Malini. Rediff.com. Accessed 24 September 2009.
  4. ^ "Top Actresses. Box Office India. Accessed 8 January 2008". Diarkibkan daripada asal pada 17 October 2013. 
  5. ^ Friday Review Chennai / Tribute : Bollywood's macho man bids goodbye. The Hindu 1 May 2009 Accessed 14 June 2011.
  6. ^ Top Box Office Draws of Indian Cinema. IBOS. Accessed 24 September 2009.
  7. ^ "Hema Malini was one of the highest-paid actresses in 1976-1980 - Times of India". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 30 July 2015. Dicapai 27 September 2019. 
  8. ^ "Filmfare Awards". imdb. 1973. Dicapai 20 July 2017. 
  9. ^ Padma Vibhushan, Padma Bhushan, Padma Shri awardees. The Hindu 27 January 2000 Accessed 14 June 2011.
  10. ^ Here comes Dr. Hema Malini! Diarkibkan 17 October 2012 di Wayback Machine. The Times of India 2 October 2012. Accessed 2 October 2012.
  11. ^ Correspondent, Special. "S.P. Balasubrahmanyam, Hema Malini bag NTR awards". 
  12. ^ Smt. Hema Malini, Member of Parliament (Rajya Sabha)- Bio Data Press Information Bureau of India. Diarkibkan 22 June 2008 di Wayback Machine.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]