Priyanka Chopra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Priyanka Chopra
Priyanka Chopra memandang kamera
Chopra di Forum Kemahiran dan Pendidikan Global 2018
Kelahiran (1982-07-18) 18 Julai 1982 (umur 37)
Jamshedpur, Bihar, India
Nama lainPriyanka Chopra Jonas[1]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • penerbit filem
  • model
Tahun aktif2000–kini
GelaranMiss World 2000
PasanganNick Jonas (k. 2018)
SaudaraParineeti Chopra (sepupu)[2]
Kepujian
Laman webiampriyankachopra.com
Tandatangan
Signature Priyanka Chopra.png

Priyanka Chopra Jonas (disebut [prɪˈjəŋkaː ˈtʃoːpɽaː];[3] lahir 18 Julai 1982) ialah seorang pelakon, penyanyi dan penerbit filem India, dan pemenang Miss World 2000. Salah seorang pelakon yang bergaji tinggi di India, Chopra telah menerima pelbagai anugerah, termasuk satu Anugerah Filem Kebangsaan dan lima Anugerah Filmfare. Pada tahun 2016, Kerajaan India mengurniakan Padma Shri kepada beliau, dan Time menamakan beliau sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia. Pada tahun 2017 dan 2018, Forbes menyenaraikan beliau antara 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia.

Biarpun pada awalnya Chopra mahu mempelajari kejuruteraan aeronautik, beliau menerima tawaran bergiat aktif dalam industri perfileman India,[4] yang hadir selepas kemenangannya di pertandingan kecantikan, menjadikan penampilan Bollywood pertamanya dalam filem The Hero: Love Story of a Spy (2003). Beliau memegang watak wanita utama dalam filem Andaaz (2003) dan Mujhse Shaadi Karogi (2004) dan menerima penghargaan meluas dalam filem thriler 2004 Aitraaz. Pada tahun 2006, Chopra memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang ternama Bollywood dengan peranan lakonan dalam filem Krrish dan Don, dan beliau kembali melakonkan wataknya salam kesinambungannya. Beliau kembali aktif pada 2008 dengan memegang watak seorang model bermasalah dalam filem Fashion, yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan wartawan glamor dalam Dostana. Chopra mendapat pengiktirafan meluas dengan melakonkan pelbagai watak dalam filem seperti Kaminey (2009), 7 Khoon Maaf (2011), Barfi! (2012), Mary Kom (2014), dan Bajirao Mastani (2015). Dari 2015 hingga 2018, beliau berlakon sebagai Alex Parrish dalam siri drama thriler ABC Quantico, menjadi pelakon Asia Selatan pertama yang menerajui siri drama rangkaian Amerika. Chopra telah memegang watak dalam filem komedi Baywatch (2017) dan Isn't It Romantic (2019), dan kembali ke pawagam Hindi menerusi watak utama dalam biopik The Sky Is Pink (2019).[5][6][7][8]

Sebagai dermawan, Chopra telah bekerjasama dengan UNICEF sejak tahun 2006 dan telah dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF Kebangsaan untuk Kanak-Kanak pada tahun 2010 dan 2016 masing-masing. Beliau mempromosikan kegiatan sosial seperti persekitaran, kesihatan dan pendidikan, dan hak-hak wanita, dan bersuara mengenai kesamaan jantina dan feminisme. Sebagai artis rakaman, beliau telah mengeluarkan single. Beliau juga merupakan pengasas syarikat penerbitq Purple Pebble Pictures, yang menerbitkan filem Marathi Ventilator (2016) yang diiktiraf. Biarpun mengekalkan privasi, kehidupan luar skrin Chopra ialah subjek liputan media yang besar. Beliau berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Amerika Nick Jonas pada Disember 2018.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Basu, Nilanjana (6 December 2018). "After Wedding To Nick Jonas, Priyanka Chopra Changes Her Name On Instagram". NDTV. Dicapai 6 December 2018. 
  2. ^ Coutinho, Natasha (2 September 2013). "Chopra family thrilled". Deccan Chronicle. Diarkibkan daripada asal pada 24 March 2014. Dicapai 14 September 2013. 
  3. ^ "I've Always Been Part of Big VFX Blockbuster Films...": Priyanka Chopra. Bollywood Hungama. 21 October 2013. Peristiwa berlaku di 0:02. Diarkibkan daripada asal pada 25 October 2013. Dicapai 25 October 2013. 
  4. ^ Masand, Rajeev. "I don't see myself as 'sexy': Priyanka". RajeevMasand.com. Diarkibkan daripada asal pada 21 February 2014. Dicapai 4 January 2013. 
  5. ^ "Birthday Special: 30 Facts About Priyanka Chopra". Rediff.com. 18 July 2012. Diarkibkan daripada asal pada 26 September 2012. Dicapai 18 September 2012. 
  6. ^ "Birthday blast: Priyanka Chopra's Top 30 moments in showbiz". Hindustan Times. 17 July 2012. Diarkibkan daripada asal pada 18 July 2012. Dicapai 3 September 2012. 
  7. ^ ""I'll get married six times" – Priyanka Chopra". Filmfare. 17 October 2013. Diarkibkan daripada asal pada 6 August 2016. Dicapai 27 June 2016. 
  8. ^ Batra, Ankur (1 June 2015). "Priyanka Chopra missed visiting her hometown Ambala". The Times of India. Diarkibkan daripada asal pada 8 July 2015. Dicapai 27 June 2016. 
  9. ^ Mizoguchi, Karen (1 December 2018). "Nick Jonas and Priyanka Chopra Are Married!". People. Diarkibkan daripada asal pada 1 December 2018. Dicapai 1 December 2018. 
  10. ^ Melas, Chloe (3 December 2018). "Priyanka Chopra and Nick Jonas are married". CNN. Dicapai 3 December 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]