Denys Monastyrsky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Denys Monastyrsky (1980-2023)
Monastyrsky pada 28 Julai 2021
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ke-12
Dalam jawatan
26 Julai 2021 – 18 Januari 2023
Didahului olehArsen Avakov
Timbalan Rakyat Ukraine
Konvokesyen ke-9
Dalam jawatan
29 Ogos 2019 – 16 Julai 2021
Kawasan pilihan rayaSluha Narodu
Butiran peribadi
Lahir(1980-06-12)12 Jun 1980
Khmelnytskyi
Meninggal dunia18 Januari 2023 (umur 42)
KewarganegaraanUkraine
Parti politikSluha Narodu
PasanganZhanna
Anak-anak2
Alma materUniversiti Pengurusan dan Undang-undang Leonid Yuzkov Khmelnytskyi
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Denys Anatoliyovych Monastyrsky 1980-2023 (Bahasa Ukraine: Денис Анатолійович Монастирський) ialah peguam dan ahli politik Ukraine yang telah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine sejak 16 Julai 2021 hingga 18 Januari 2023.[1][2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Monastyrsky dilahirkan di Khmelnytsky pada 12 Jun 1980.[3] Beliau merupakan graduan Fakulti Undang-undang Universiti Pengurusan dan Undang-undang Khmelnytsky.[3] Monastyrsky juga merupakan bekas pelajar di Institut Negara Koretsky dan Undang-undang Akademi Sains Kebangsaan Ukraine.[3] Beliau mempunyai PhD dalam undang-undang.[3]

Pada 2007 Monastyrsky memulakan kerjayanya sebagai peguam.[3] Beliau juga mengetuai jabatan penggubalan undang-undang dan kepakaran saintifik bahagian penyelidikan Universiti Pengurusan dan Undang-undang Khmelnytsky, tempat beliau bekerja sebagai profesor madya.[4] Monastyrsky ialah pengasas bersama dan ahli lembaga Persatuan Kebudayaan Belia Podolia dengan slohan "Ke Masa Depan Melalui Budaya".[3][4]

Antara 2014 dan 2019 Monastyrsky ialah penolong perunding atas dasar sukarela Timbalan Rakyat Anton Herashchenko.[4]

Menjelang pilihan raya Presiden Ukraine 2019, Monastyrsky telah dipersembahkan sebagai pakar "Pasukan" calon Presiden Volodymyr Zelensky mengenai pembaharuan penguatkuasaan undang-undang.[4] Zelensky memenangi pilihan raya dan telah dilantik sebagai Presiden Ukraine pada 20 Mei 2019.[5]

Monastyrsky ialah calon untuk parti Sluha Narodu dalam pilihan raya parlimen Ukraine 2019.[3] Beliau diletakkan pada No. 19 dalam senarai pilihan raya kebangsaan dan dipilih ke parlimen Ukraine.[3][6] Di parlimen beliau menjadi ketua Jawatankuasa parlimen bagi Hal Ehwal Penguatkuasaan Undang-undang.[3] Menurut analisis Pergerakan sivil "Chesno" beliau adalah salah seorang timbalan rakyat yang menyerahkan paling banyak inisiatif perundangan.[4]

Selepas pada 12 Julai 2021 Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Arsen Avakov telah menyerahkan (surat) peletakan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri,[7] Monastyrsky pada 16 Julai 2021 dilantik Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri oleh 271 ahli parlimen.[1][8] Anton Herashchenko menjadi salah seorang penasihat rasminya di Kementerian.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Parliament appoints Monastyrsky as Ukraine's interior minister, (dalam bahasa Inggeris) Ukrinform (16 Julai 2021)
  2. ^ https://www.president.gov.ua/en/news/volodimir-zelenskij-na-predstavlenni-ochilnika-mvs-dovira-j-69541
  3. ^ a b c d e f g h i Consideration of motion on appointment of Monastyrsky as Interior Minister to take place on July 16, (dalam bahasa Inggeris) Interfax-Ukraine (14 Julai 2021)
  4. ^ a b c d e (dalam bahasa Ukrainian) Electoral history and small biography of Denys Monastyrsky, Pergerakan sivil "Chesno"
  5. ^ "Ukraine's New President Vows To Dissolve Parliament As PM, Other Key Officials Resign". Radio Free Europe (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  6. ^ CEC counts 100 percent of vote in Ukraine's parliamentary elections, (dalam bahasa Inggeris) Ukrinform (26 Julai 2019)
    (dalam bahasa Rusia) Keputusan pilihan raya luar biasa Timbalan Rakyat Ukraine 2019, Ukrayinska Pravda (21 Julai 2019)
  7. ^ Avakov resigns from post of Interior Minister of Ukraine, (dalam bahasa Inggeris) Interfax-Ukraine (13 Julai 2021)
  8. ^ https://www.president.gov.ua/en/news/volodimir-zelenskij-na-predstavlenni-ochilnika-mvs-dovira-j-69541
  9. ^ (dalam bahasa Ukrainian) Herashchenko continues to work in the Ministry of Internal Affairs with Monastyrsky, (dalam bahasa Inggeris) Ukrayinska Pravda (30 Ogos 2021)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Arsen Avakov
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
2021-kini
Diikuti oleh:
Penyandang