Depo Imigresen Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Depo Imigresen Semenyih atau Pusat Tahanan Imigresen (PATI) Semenyih terletak berhampiran dengan Taman Bunga Raya dan Taman Desa Kenanga dan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain , Semenyih, Selangor. Majlis Menandatangani Penyerahan Depot Semenyih dari Jabatan Penjara Malaysia kepada Jabatan Imigresen Malaysia telah diadakan pada 15 Januari 2008 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Yusof Abu Bakar menandatangani dokumen penyerahan Depot Semenyih manakala Jabatan Penjara diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood. Hal ehwal penjagaan kebajikan dan keselamatan depot ditugaskan sementara kepada Ikatan Relawan Malaysia (Rela).Mereka menjalani latihan asas dan akan bertugas sepenuh masa. Anggota Rela akan bertugas menjaga depot terbabit dalam tempoh kira-kira setahun sebelum 1,100 petugas baru dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan mereka.[1]

Kapasiti[sunting | sunting sumber]

Depo Imigresen Semenyih ini telah menahan lebih 4600 pendatang tanpa izin yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia sejak 2001 . Kebanyakan mereka dari Indonesia.

Sebelum ini 2128 sudah dihantar pulang. 709 lagi rakyat Indonesia diusir pulang melalui 4 feri di Pasir Gudang, Johor. 4 feri itu singgah di Tanjung Pinang, Riau terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Surabaya. Mereka juga dihantar pulang menerusi Pelabuhan Balawan, Tanjung Periuk dan Bengkalis di Sumatera dan Jawa.

Ketua Depo Imigresen Semenyih ialah Abdul Rahim Endut.

Datuk Bandar Dumai, Wan Syamsir Yus menyatakan penghantaran balik pendatang tanpa izin melalui Dumai, Sumatra sia-sia kerana dalam tempoh 24 atau 48 jam, mereka kembali semula ke Malaysia. Sejak 2000, mereka tidak lagi dihantar ke Dumai.

Masalah penghantaran pulang[sunting | sunting sumber]

Semua kedutaan memberikan kerjasama baik , cuma mungkin mereka tak dapat nak pastikan sama ada seseorang pendatang itu rakyat mereka atau tidak.ni kerana pendatang tersebut langsung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Faktor ini menyebabkan proses penghantaran balik pendatang mengambil masa yang lama.

Pendatang lari[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Jun 2009, 11 pendatang tanpa izin di Depot tahanan Semenyih melarikan diri. 3 rakyat Myanmar ditahan semula ketika bersembunyi berhampiran Lebuh raya Bangi-Kajang. 8 rakyat Myanmar dan Nepal berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun masih diburu. Mereka melarikan diri selepas pagar dipecahkan.[2]

Rusuhan pendatang Myanmar[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2009, pendatang asing tanpa izin Myanmar merusuh dan menyerang anggota serta penguatkuasa Imigresen selepas mereka membantah tindakan memindahkan 17 pendatang dari negara itu ke Depoh KLIA. Hasil rundingan Jabatan Imigresen dan polis, 17 pendatang itu kemudiannya dibawa balik ke Depoh Tahanan Semenyih.Pagar dan lampu serta blok-blok asrama rosak teruk ekoran rusuhan yang dicetuskan oleh pendatang Myanmar . Pada 4 Julai 2009, 800 pendatang tanpa izin yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih dipindahkan ke Machap (Melaka), Ajil (Terengganu) dan Pekan Nanas (Johor).182 pendatang dipindahkan ke depoh tahanan sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dihantar pulang ke negara asal.<re>1,000 Penghuni Depoh Tahanan Imigresen Semenyih Dipindahkan</ref>

Cara mencegah[sunting | sunting sumber]

  1. Kabinet pernah meluluskan penubuhan pasukan pengawal pantai bagi menangani kebanjiran pendatang tanpa izin dari Indonesia.