Desa KEDA Bandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Bandar[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dewan Aktiviti Masyarakat Desa KEDA Bandar

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Bandar adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1995. Bilangan rumah pada Fasa Pertama ini adalah sebanyak 53 buah. Tambahan Fasa baru pada tahun 2013 sebanyak 13 unit menjadikan jumlah keseluruhan rumah adalah sebanyak 66 buah rumah dan telah memberi manfaat kepada 330 orang penduduk Daerah Baling.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Bandar merupakan sebuah penempatan semula yang dikategorikan sebagai kampung PPRT. Desa ini terletak kira- kira 11 km dari Pekan Baling. Pekan yang berhampiran ialah Pekan Bandar. Nama Bandar adalah tercetus daripada tempat persinggahan para pedagang dan tempat urusan jual beli masyarakat dahulu kala. Semua hasil hutan dan barangan dijual di situ. Di kawasan tersebut terdapat beberapa lombong bijih timah yang merupakan sumber ekonomi penduduk sekitar. Kemajuan ekonomi kampung menyebabkan nama kampung ini diberikan nama Kampung Bandar.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Bandar
Mukim Siong
DUN Bayu
Parlimen Baling
Daerah Baling
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map
Desa KEDA Bandar

Desa KEDA Bandar terletak di kawasan tanah berbukit yang dikelilingi dengan pokok getah. Keluasan kawasan ini ialah 5.47 ha meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau dan dewan.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 5, Baling yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bandar. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu dalam pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bandar[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bandar bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Zainaudin bin Ab Hamid
Timbalan Pengerusi Nor Azman bin Din
Setiausaha Nur Ain binti Abd Samad
Biro Kewangan/Bendahari Rosidah binti  Hj Abdul Hamid
Biro Pembangunan & Prasarana Abdul Samad bin Ahmad
Biro Keselamatan & Kesihatan Mohd Faizul bin Md Zain
Biro Ekonomi  & Keusahawanan Safri bin Malik
Biro Kesejahteraan & Keceriaan Ramlah binti Bukhori
Biro Pendidikan dan Inovasi          Sharifah binti Yahya
Biro Pemantapan Spiritual Mohd Razak bin Ismail
Biro Kebajikan & Kesukarelawan Abdullah Sani bin Musa
Biro Belia, Sukan & NGO Muhamad Faiz bin Sani
Biro Infrastruktur & Komunikasi Azmi bin Abdul Rahman
Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga Bashirah binti Panian

Koperasi[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Bandar mempunyai sebuah Koperasi iaitu Koperasi Pembangunan Kampung KEDA Bandar Berhad yang ditubuhkan pada 25 Ogos 2002. Bilangan anggota koperasi adalah seramai 85 orang dan syer anggota adalah sebanyak RM25,399.90.

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Perkara Bilangan (orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 306
Jumlah Keluarga 66
Bilangan Penduduk Lelaki 157
Bilangan Penduduk Perempuan 149

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bandar adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 10
Diploma 13
Ijazah 16
Jumlah 39

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Bandar dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (orang)
<RM530.00 11
RM531.00 - RM790.00 14
RM791.00 - RM1,319.00 27
>RM1,319.00 14

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Bandar ialah sebanyak 5.47ha yang merangkumi kawasan surau/dewan 2473m², tapak kediaman 3.56ha dan kawasan pertanian 2.5ek.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (unit)
Kereta 57
Motosikal 105
Lori 2

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 5km dan lampu jalan 10 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 66 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Bandar dilengkapi dengan sebuah tadika, sebuah tabika, sebuah surau, sebuah dewan serbaguna, sebuah bilik gerakan, sebuah bilik serbaguna serta empat buah gerai.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bandar adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (orang)
OKU 3(L) 1(P)
Bapa Tunggal 3
Ibu Tunggal 13
Anak Yatim Tiada