Dewi Nut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nut
Nut.svg
Dewi Nut, dengan simbol bekas air (nw) sebagai tanda identitinya.
Nama dalam hieroglif
W24 t
N1
SymbolLangit, Bintang, Lembu
Maklumat peribadi
PasanganGeb
AnakDewa Osiris, Isis, Set, Nephthys
Ibu BapaShu dan Tefnut
Adik-beradikGeb

Nut (Jawi: نوت, Mesir purba: Nwt), ialah dewi angkasa, langit, bintang, ibu-ibu, nujum, cakerawala dan alam semesta dalam agama Mesir purba. Dia digambarkan sebagai seorang wanita dengan badan dipenuhi bintang, yang berada di atas Bumi,[1] atau sebagai lembu. Dia kadangkala digambarkan dengan sebuah bekas air (nw) di atas kepalanya.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nut menelan Matahari, yang beredar dalam badannya untuk dilahirkan semula pada waktu fajar.

Sebutan namanya dalam bahasa Mesir purba tidak ditentukan, kerana bunyi vokal dalam bahasa Mesir tidak bertulis, namun nama dewi ini biasanya mempunyai hieroglif penentu yang bermaksud langit. Namanya Nwt, yang juga bermaksud "Angkasa",[2] biasanya ditulis sebagai "Nut" tetapi kadang-kadang juga ditulis dalam sumber-sumber lama sebagai Nunut, Nent, dan Nuit.[3]

Dia juga muncul dalam rekod hieroglif dengan pelbagai nama julukan, tetapi bukan semuanya dapat difahami.

Dewi langit[sunting | sunting sumber]

Nut ialah anak perempuan kepada Shu dan Tefnut. Saudara dan juga suaminya ialah Geb. Dia ada empat, atau dalam beberapa sumber lain, lima anak: Osiris, Set, Isis, Nephthys, dan dalam beberapa sumber Horus.[4] Nut dianggap sebagai antara tuhan yang tertua dalam kepercayaan Mesir,[5] dan kisah kewujudan dia juga ada dalam hikayat kejadian di Heliopolis. Dia dahulunya dewi langit pada waktu malam, tetapi lama kelamaan diadikan dewi angkasa. Hiasan kepalanya merupakan suatu hieroglif daripada namanya, sebuah bekas air, yang juga mungkin melambangkan rahim. Nut biasanya digambarkan tanpa berpakaian, namun juga digambarkan sebagai lembu, di mana badannya menjadi langit dan angkasa, sebagai pokok sycamore, atau babi betina, menyusukan anak-anak babi (lambangkan bintang).

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Nut mengibarkan sayapnya di atas sebuah keranda

Simbol suci Nut ialah tangga yang Osiris gunakan untuk naik ke langit. Simbol tangga ini dipanggil maqet dan ia diletakkan di dalam makam untuk melindungi si mati, dan untuk menyeru bantuan tuhan kematian. Hubungan Nut dan suaminya, Geb, dianggap aneh berbanding kepercayaan agama dunia yang lain. Biasanya bumi dianggap ibu dan langit dianggap bapa, misalnya: agama Melayu lama, Ibu Benua dan Bapa Langit; Hindu, Ibu Pertiwi dan Bapa Indera; Yunani, Gaia dan Uranus, tetapi dalam kepercayaan Mesir purba pula Nut ialah Ibu Langit dan Geb pula Bapa Bumi.[6]

Nut ada dalam hikayat kejadian Heliopolis yang melibatkan beberapa dewi dengan peranan penting: Tefnut ialah dewi kelembapan dan bersenggama dengan Shu (udara) dan kemudian berputerakan Angkasa sebagai dewi Nut, yang bersenggama dengan saudaranya Bumi, yakni Geb. Daripada persetubuhan ini lahirlah antara dewi termasyhur Mesir, Isis, ibunda kepada Horus, yang kisahnya amat penting dalam riwayat suaminya, kisah kebangkitan Osiris. Osiris dibunuh oleh saudaranya Set, dan menyelerakkan anggota badan Osiris di Bumi dengan 14 kerat, yang kemudiannya Isis cari dan sambung semula.


Nukilan[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)
  • Collier, Mark and Manley, Bill. How to Read Egyptian Hieroglyphs: Revised Edition. Berkeley: University of California Press, 1998.
  • "Egyptian goddesses" The Oxford Companion to World mythology. David Leeming. Oxford University Press, 2004. Oxford Reference Online. Oxford University Press. Southeast Missouri State University. 7 May 2009.
  • "Papyrus of Ani: Egyptian Book of the Dead", Sir Wallis Budge, NuVision Publications, page 57, 2007.
  • The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt, by Leonard H. Lesko, 2001.
  • Women of Ancient Egypt and the Sky Goddess Nut, by Susan Tower Hollis, The Journal of American Folklore, 1987.
  • Chests of life, by Harco Willems, 1988, pages 131-144, 165, 168, 174, 194-196, 243.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cavendish, Richard (1998). Mythology, An Illustrated Encyclopaedia of the Principal Myths and Religions of the World. ISBN 1-84056-070-3. 
  2. ^ Erman, Adolf; dll., para penyunting (1957), Wörterbuch der Ägyptischen Sprache, m/s. 214 . (Jerman)
  3. ^ Budge, An Egyptian hieroglyphic dictionary (1920), p. 350.
  4. ^ Hart, George (200t). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Routledge. p. 110
  5. ^ The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt, by Leonard H. Lesko, 2001.
  6. ^ Women of Ancient Egypt and the Sky Goddess Nut, by Susan Tower Hollis The Journal of American Folklore 1987 American Folklore Society.