Dewa Osiris
Osiris Usir | ||||
---|---|---|---|---|
![]() Osiris, dewa kematian dan kebangkitan. Kulit hijaunya melambangkan kelahiran semula. | ||||
Nama dalam hieroglif |
| |||
Kultus utama center | Busiris, Abydos | |||
Symbol | Tongkat berkelok dan kayu penebah, mahkota Atef, bulu burung unta, ikan, kain kasa mumia, dan simbol djed | |||
Maklumat peribadi | ||||
Pasangan | Isis | |||
Anak | Horus, Anubis (dalam beberapa laporan) | |||
Ibu Bapa | Geb dan Nut | |||
Adik-beradik | Isis, Set, Nephthys, dan Horus si Tua |
Osiris (daripada Mesir purba wsjr, Qibti ⲟⲩⲥⲓⲣⲉ, , atau juga dikenali sebagai Usir,[1] ialah dewa kesuburan yang menjadi ketua dewa alam ghaib, dan kelahiran semula dalam kepercayaan Mesir purba.
Osiris biasanya digambarkan dengan kulit hijau, janggut firaun, kaki berbalut kain, mahkota atef, dan memegang sebatang tongkat berkelok dan sebatang penebah.[2] Apabila saudaranya, Set, mengerat mayatnya kepada empat belas bahagian[1], Isis, isteri Osiris, temui semua bahagian lalu membalut mayatnya. Osiris biasanya dianggap anak tersulung Geb[3] dan Nut, dan ialah saudara juga isteri kepada Isis, dengan Horus sebagai anak mereka yang lahir selepas kematian Osiris.[3] Dia juga diberikan gelaran Khenti-Amentiu, yang bermaksud "Penghulu Orang Barat" (orang barat merujuk kepada orang mati) kerana dialah pemerintah alam ghaib.[4] Walaupun begitu, Osiris juga digelar "raja orang hidup": Mesir purba percaya bahawa orang mati yang dirahmati akan kekal hidup di alam seterusnya.[5] Apabila dia bergabung dengan A'Ah, Osiris juga jadi dewa bulan.[6]
Osiris ialah saudara lelaki kepada Isis, Set, Nephthys, dan Horus si Tua, dan ialah bapa kepada Horus si Muda.[7] Kajian menyatakan bahawa Osiris disembah pada pertengahan Wangsa Kelima Mesir (abad ke-25 SM), namun mungkin juga dia sudah pun disembah sebelum itu lagi;[8] nama gelaran Khenti-Amentiu berasal daripada wangsa pertama, dan ia juga digunakan dalam nama sanjungan firaun. Banyak maklumat tentang Osiris diperolehi daripada Teks Piramid daripada hujung Wangsa Kelima, daripada dokumen-dokumen Kerajaan Baharu Mesir seperti Batu Shabaka dan Persaingan Horus dan Set, malah juga dalam catatan penulis Yunani seperti Ploutarkhos[9] dan Diodorus Siculus.[10]
Osiris ialah hakim orang mati dan dewa yang memberi nyawa, termasuklah menunaskan biji benih dan menyuburkan tanah dengan banjir Sungai Nil. Osiris digelar dengan nama "Dia yang Selamanya Baik dan Muda"[11] dan "Tuan Kebungkaman".[12] Firaun-firaun Mesir dianggap akan bersatu dengan Osiris apabila mereka mati, dan dapat hidup selamanya.
Isi kandungan
Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Osiris datang daripada transliterasi Rumi yang menyerap perkataan Yunani Purba, iaitu Ὄσιρις IPA: [ó.siː.ris], yang pula datang daripada bahasa Mesir purba. Hieroglif Mesir tulis nama Osiris sebagai wsjr, dan ahli kaji Mesir purba transliterasikan kepada ꜣsjr atau jsjrj. Oleh kerana hieroglif tidak mempunyai huruf vokal, ahli bidang egiptologi telah menyebut namanya dengan pelbagai cara, seperti Asar, Ausar, Ausir, Wesir, Usir, atau Usire.
Rupa Osiris[sunting | sunting sumber]
Osiris digambarkan memakai mahkota Atef, yang rupanya mirip mahkota Putih Mesir Hulu, tetapi dengan dua bulu unta di tepi. Dia juga memegang sebatang tongkat berkelok dan sebatang penebah. Tongkat berkelok melambangkan Osiris sebagai dewa pengembala. Lambang penebah pula tidak ditentukan kegunaannya, ada yang cadangkan untuk tebah biri-biri, menebah lalat, atau menunjukkan kaitan dengan dewa Andjeti dari nomos (wilayah) kesembilan Mesir Hilir.[11]
Dia sering digambarkan sebagai seorang firaun dengan kulit hijau (warna kelahiran semula) atau hitam (melambangkan kesuburan dari dataran banjir sungai Nil) sambil memakai kain mumia (memakai ia dari dada hingga hujung kaki).[13]
Kisah lama[sunting | sunting sumber]
Teks Piramid menjelaskan yang dahulu kala, alam ghaib hanyalah merentas angkasa dengan dewa suria. Dalam salah satu teks seperti ini, yang berasal dari wangsa ke-4, ada tertulis: "Sebuah persembahan raja berikan dan Anubis". Pada penghujung wangsa ke-5, semua catatan seperti ini hanya tulis "Sebuah persembahan raja berikan dan Osiris".[14]
Bapa kepada Horus[sunting | sunting sumber]
Osiris ialah bapa kandung kepada Horus dan kisahnya diceritakan dalam kisah Osiris (sebuah kisah yang sangat diketahui ramai di Mesir purba). Kisah mengatakan bahawa Osiris telah dibunuh oleh saudaranya sendiri, Set, yang mahukan takhta Osiris. Isterinya Isis jumpa mayat Osiris dan sorokkannya di semak mensiang, namun mayatnya tetap dijumpai Set dan dikerat menjadi 14 bahagian lalu disebarkan. Isis temukan semua bahagian dan cantumkan badan Osiris, dan hidupkan dia semula menggunakan mantera. Dengan mantera ini, Isis dapat jumpa dia sekali lagi dan berjaya dihamilkan Osiris sebelum dia mati. Isis akhirnya berputerakan Horus. Oleh sebab Horus dilahirkan selepas kebangkitan Osiris, Horus melambangkan pemulaan baharu dan pengusir Set.
Ptah-Seker (penggabungan dewa Ptah dan Seker) akhirnya digabungkan dengan Osiris, menjadi Ptah-Seker-Osiris. Apabila malam, matahari dianggap akan duduk di alam ghaib dan akan dilahir semula setiap pagi. Maka, Ptah-Seker-Osiris dianggap sebagai pemerintah alam kubur; dewa alam ghaib, kehidupan, kematian dan kelahiran semula.
Dewa bebiri[sunting | sunting sumber]
Jiwa Osiris, dipanggil Ba, kadangkala disembah juga seperti dewanya sendiri di bandar Mendes. Sukma Osiris ini dipanggil Banebdjedet, dan ialah sebuah perkataan feminin (juga dieja "Banebded" atau "Banebdjed"), secara harafiahnya ia bermaksud "ba kepada tuan djed, dan bermaksud Jiwa kepada tuan tiang kesinambungan. Djed, sejenis tiang, biasanya dianggap sebagai tulang belakang Osiris.
Sungai Nil yang membekalkan air, dan Osiris (yang disembah sebagai dewa tumbuhan) yang mati kemudian dibangkitkan, melambangkan kesinambungan dan keseimbangan. Sebagai Banebdjed, Osiris diberi gelaran seperti Tuan Langit dan Nyawa Ra (dewa suria) kerana apabila Ra dipanggil Atum, dia menjadi datuk moyang Osiris, dan takhta Osiris turun daripadanya. Ba bukanlah bulat-bulat bermakna "roh" seperti kita fahamkan, dan sebaliknya juga bermaksud kuasa, darjat dan perwatakan, lebih-lebih lagi berkenaan hal dewa-dewi.
Oleh sebab ba dikaitkan dengan kuasa dan juga bermaksud biri-biri dalam bahasa Mesir, Banebdjed digambarkan sebagai seekor biri-biri jantan, ataupun berkepala biri-biri. Seekor biri-biri hidup ada pernah dijaga di Mendes dan disembah sebagai dewa, dan apabila ia mati biri-biri tersebut akan dimumiakan dan dikebumikan di sebuah perkuburan khas untuk biri-biri. Banebdjed juga dianggap sebagai bapa Horus kerana Banebdjed ialah sebahagian daripada Osiris.
Osiris juga memegang tongkat berkelok dan penebah, yang digunakan untuk mengembala biri-biri, seperti kabilah-kabilah Mesir yang mengembala biri-biri di hulu sungai Nil. Tongkat berkelok dan penebah asalnya ialah simbol kepada dewa pertanian bernama Andjety, dan kemudian ditukarkan kepada Osiris. Daripada Osiris pula kuasa ini dihulurkan kepada firaun-firaun Mesir sebagai pemegang kuasa ketuhanan.
Kisah Osiris[sunting | sunting sumber]

Ploutarkhos ada catat satu versi kisah Osiris di mana Set dan Ratu Habsyah bersekongkol dengan 72 rakan subahat untuk bunuh Osiris.[15] Set tipu Osiris untuk masuk sebuah peti lalu menutup ia, tampal ia dengan plumbum kemudian mencampak ia ke sungai Nil. Isis pergi merata untuk cari mayatnya sehinggalah dia jumpa petinya yang diselubung sebatang pokok araz, yang dijadikan tiang sebuah mahligai di Byblos di persisiran Phoenicia. Isis akhirnya dapat keluarkan peti tersebut dan selamatkan suaminya.
Dalam penceritaan lain, Isis ada gunakan mantera untuk hidupkan Osiris buat masa yang singkat supaya dia dapat hamilkan Isis. Selepas mengawetkan dan mengebumikan Osiris, Isis berputerakan Horus. Dengan itu Osiris menjadi dewa alam ghaib. Kematian dan kehidupan semula Osiris dikaitkan dengan sungai Nil yang membanjir dan menyurut, dan tanaman yang hidup dan mati di lembah Nil.
Diodorus Siculus pula ceritakan Osiris ialah raja zaman dahulu yang mengajar orang Mesir cara-cara peradaban, seperti bercucuk tanam, kemudian dia meneroka dunia dengan kakaknya Isis, satir-satir, dan sembilan dewi seni, kemudian pulang ke Mesir. Osiris lalu dibunuh Tifon, yang asalnya Set. Tifon kerat badannya kepada 26 bahagian, dan berikan kepada rakan subahatnya untuk jerat mereka sekali dalam pembunuhan ini. Isis dan Hercules (Horus) tuntut kematian Osiris dan bunuh Tifon. Isis temukan semua bahagian Osiris kecuali zakarnya, dan tanamb ahagian-bahagian tersebut secara diam-diam. Isis buatkan replika dan edarkan semua ke beberapa tempat, yang kemudian menjadi tempat pemujaan Osiris.[16][17]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
- Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)