Diafra Sakho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diafra Sakho
Sakho bersama West Ham pada bulan Julai 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Diafra Sakho
Tarikh lahir (1989-12-24) 24 Disember 1989 (umur 34)[1]
Tempat lahir Guédiawaye, Senegal[1]
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 15
Kerjaya remaja
2006–2007 Génération Foot
2007–2009 Metz
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2014 Metz 114 (44)
2012–2013Boulogne (pinjam) 7 (0)
2014– West Ham United 23 (10)
Pasukan kebangsaan
2014– Senegal 3 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 07:21, 12 April 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2014 (UTC)

Diafra Sakho (lahir 24 Disember 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Senegal yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United.

Dia memulakan kariernya dalam divisyen bawahan bola sepak Perancis bersama Metz dan secara pinjaman di Boulogne sebelum menyertai West Ham pada bulan Ogos 2014.

Karier[sunting | sunting sumber]

Metz[sunting | sunting sumber]

Sakho memulakan kariernya di Dakar bersama Generation Foot, sebuah akademi bola sepak dan kelab feeder untuk FC Metz, ketika berumur 16 tahun.[2] Selepas enam bulan bersama kelab itu, dia berpindah ke Perancis pada tahun 2007 untuk berlatih bersama Metz. Selepas 17 gol dalam 22 perlawanan untuk pasukan simpanan FC Metz pada musim 2009–10, dia dinaikkan ke pasukan utama. Dia membuat penampilan sulungnya ketika seri tanpa jaringan dengan Brest pada 19 Januari 2010. Gol pertamanya datang pada 10 September, ketika seri 1–1 dengan Nantes. Dia kebanyakkannya digunakan sebagai pemain gantian dalm tiga musim pertamanya dan dipinjamkan ke Boulogne pada bulan Januari 2012. Pada bulan Mei 2012, bersama Metz dalam Championnat National, peringkat ketiga bola sepak Perancis, pengurus baru, Albert Cartier memberi Sakho tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu. Pada musim berikutnya, Sakho menjaringkan 19 gol dalam 33 perlawanan liga dan Metz menduduki tempat kedua sekaligus mendapat promosi ke Ligue 2. Pada musim 2013–14, dia menjaringkan 20 gol dam 36 perlawanan dan Metz menjuarai Ligue 2.[3] Sakho diundi sebagai Pemain Tahunan Ligue 2 dalam musim 2013–14.[3][4]

West Ham United[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Ogos 2014, Sakho menandatangani kontrak empat tahun bersama West Ham United.[3]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Sakho bersama West Ham United pada bulan Ogos 2014

Sakho membuat penampilan sulungnya untuk West Ham pada 23 Ogos ketika kemenangan 3–1 ke atas Crystal Palace masuk pada minit ke-63 menggantikan Carlton Cole.[5] Pada 26 Ogos, dia menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk kelab itu ketika menentang Sheffield United dalam pusingan kedua Piala Liga.[6] Sakho menjaringkan gol pertamanya dalam liga pada 15 September ketika seri 2–2 dengan Hull City. Dia membuat penampilan sulungnya di tempat sendiri ketika menentang Liverpool pada 20 September dan menjaringkan gol keduanya untuk membantu the Hammers menang 3–1.[7] Sakho mengakhiri musim 2014-15 sebagai penjaring terbanyak West Ham.[8] Dia menjaringkan 12 gol, 10 di dalam liga dan satu di dalam Piala FA dan Piala Liga.[9]

Musim 2015–16[sunting | sunting sumber]

Sakho membuka musim 2015-16 dengan menjaringkan dua gol dalam pusingan kelayakan pertama Liga Europa UEFA pada 2 Julai ketika West Ham menang 3–0 ke atas Lusitanos.[10]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sakho membuat penampilan antarabangsa pertama untuk Senegal dalam perlawanan persahabatan menentang Burkina Faso pada 21 Mei 2014.[3] Gol pertamanya datang empat hari kemudian ketika kemenangan 3-1 ke atas Kosovo.[3]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 Julai 2015[11][12]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Metz 2009–10[11] Ligue 2 5 0 1 0 0 0 0 0 6 0
2010–11[11] Ligue 2 30 5 2 0 1 0 0 0 33 5
2011–12[11] Ligue 2 9 0 1 2 0 0 0 0 10 2
2012–13[11] Championnat National 33 19 1 0 3 1 0 0 37 20
2013–14[11] Ligue 2 37 20 0 0 1 0 0 0 38 20
Jumlah1 114 44 5 2 5 0 0 0 124 46
Boulogne (pinjam) 2011–12[11] Ligue 2 7 0 0 0 0 0 0 0 7 0
Jumlah 7 0 0 0 0 0 0 0 7 0
West Ham United 2014–15[13] Liga Perdana Inggeris 23 10 2 1 1 1 0 0 26 12
2015–16[11] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 2[a] 2 2 2
Jumlah 23 10 2 1 1 1 2 2 27 14
Jumlah Karier 144 54 7 3 6 2 2 2 159 60
  1. ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Metz

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Tahunan Ligue 2 : 2013–14 [3]
  • Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris: Oktober 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Diafra Sakho profile". LFP. Dicapai pada 9 August 2014.
  2. ^ "Profile:Diafra Sakho". www.shoot.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-09. Dicapai pada 9 December 2014.
  3. ^ a b c d e f "Hammers seal Sakho signing". West Ham United. 14 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-15. Dicapai pada 14 August 2014.
  4. ^ "Trophée UNFP : Cartier et Sakho récompensés". FC Metz (dalam bahasa Perancis). 12 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-25. Dicapai pada 17 August 2014.
  5. ^ Moore, Glenn (23 August 2014). "Crystal Palace vs West Ham United match report: Mauro Zarate grabs fine debut goal for the Hammers as manager-less Eagles flounder". The Independent. Dicapai pada 25 August 2014.
  6. ^ "West Ham United 1–1 Sheffield United (4–5 on pens)". BBC Sport. 26 August 2014. Dicapai pada 26 August 2014.
  7. ^ "Morgan Amalfitano completes frantic West Ham victory against Liverpool". The Guardian. 20 September 2014. Dicapai pada 20 September 2014.
  8. ^ "Injured Dafra Sakho may miss remainder of season". BBC Sport. Dicapai pada 30 May 2015.
  9. ^ "Welcome to the Wonderful World of West Ham United Statistics Diafra Sakho". www.westhamstats.info. Dicapai pada 30 May 2015.
  10. ^ "West Ham vs Lusitans match report: Diafra Sakho gives Hammers winning start to marathon season". The Independent. 2 July 2015. Dicapai pada 3 July 2015.
  11. ^ a b c d e f g h "D. SAKHO". Soccerway. Dicapai pada 21 June 2015.
  12. ^ "Diafra Sakho". Soccerbase. Dicapai pada 21 June 2015.
  13. ^ "Games played by Diafra Sakho in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 21 June 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]