Diana Penty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Diana Penty
Diana Penty tersenyum di depan kamera
Diana Penty mempromosikan Cocktail di Reliance Digital Store, Julai 2012
Kelahiran (1985-11-02) 2 November 1985 (umur 34)
Mumbai, Maharashtra, India
WarganegaraIndia
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif2005–kini

Diana Penty (disebut [ɖaːjnaː peːnʈiː]; lahir 2 November 1985) ialah seorang peragawati dan pelakon wanita India yang muncul dalam filem-filem Bollywood. Pada tahun 2005, beliau memulakan kerjayanya sebagai peragawati sepenuh masa ketika beliau menyertai Elite Models India.

Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam komedi romantik Cocktail karya Homi Adajania yang berjaya secara komersial bersama dengan Saif Ali Khan dan Deepika Padukone, dan menerima penghargaan bagi persembahannya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Penty dilahirkan pada 2 November 1985 di Mumbai kepada bapa Parsi dan ibu Kristian.[1][2] Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi St. Agnes di Mumbai, dan lulus dengan ijazah sarjana dalam bidang Media Massa dari Kampus St. Xaverius.[3][4]

Dalam media[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi peragawati dan pelakon, Penty menjadi duta besar jenama India untuk TRESemmé[5] dan Nokia, terutama Nokia Lumia 510.[6]

Penty juga muncul di beberapa muka depan majalah, seperti Vogue edisi Julai 2012,[7] Elle edisi Oktober 2012,[8] Verve edisi Januari 2012,[9] Women's Health India edisi Januari/Februari 2013,[10] Grazia edisi Februari 2013,[11] Femina edisi Mei 2013,[12] dan lain-lain.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Cocktail Meera Sahni
2016 Happy Bhag Jayegi Harpreet "Happy" Kaur
2017 Lucknow Central Gayatri Kashyap
2018 Parmanu: The Story of Pokhran Capt. Ambalika Bandopadhyay
Happy Phirr Bhag Jayegi Harpreet "Happy" Kaur
2019 Khandaani Shafakhana Suneeta Kemunculan khas[13][14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Diana Penty". Fashion Model Directory. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
  2. ^ Agrawal, Rati (27 April 2013). "Bollywood Celebs with Inter-Faith Parents". iDiva. Dicapai pada 4 Februari 2014.
  3. ^ Jajoo, Amar A. (8 Februari 2013). "Bollywood actors who have good academic background". The Times of India. Dicapai pada 30 September 2013.
  4. ^ Ajmera, Ankit (29 Ogos 2012). "Diana Penty has a huge appetite for desserts". The Times of India. Dicapai pada 11 July 2013.
  5. ^ "My Personal Style Is Casual And Simple: Diana Penty". Businessofcinema.com. 18 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  6. ^ Sharma, Suruchi (25 October 2013). "Diana Penty's phone is her all-time companion". The Times of India. Dicapai pada 21 April 2013.
  7. ^ "Vogue July 2012 Cover: Diana Penty". Vogue. Dicapai pada 16 Februari 2013.
  8. ^ "Diana Penty on Elle India – October 2012". Indicine. Dicapai pada 8 Ogos 2013.
  9. ^ "Diana on Verve". Dicapai pada 16 Februari 2013.
  10. ^ "Diana Penty unveils Women's Health magazine's double issue". Bollywood Hungama. Dicapai pada 20 April 2013.
  11. ^ "Beauty Secrets of our cover girl Diana Penty". Grazia. Dicapai pada 16 February 2013.
  12. ^ Kumar, Anjali. "Diana Penty in Stella McCartney on cover of Femina May 2013 issue". Dicapai pada 20 April 2013.
  13. ^ "Diana Penty, Badshah to feature in Sheher Ki Ladki remake in Khandaani Shafaakhana". Hindustan Times. 27 June 2019. Dicapai pada 29 June 2019.
  14. ^ "Diana Penty to recreate Raveena Tandon's Shehar Ki Ladki in Khandaani Shafakhana". India Today. 27 June 2019. Dicapai pada 29 June 2019.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]