Didgeridoo
Alat bras | |
---|---|
Nama lain | didjeridu, yiḏaki, mandapul |
Pengelasan | |
Pengelasan Hornbostel-Sachs | 423.121.11 (End-blown straight tubular natural trumpet without mouthpiece) |
Lingkungan dimain | |
Written range: Fundamental typically A2 to G3 | |
Alat muzik berkaitan | |
Trompet, Flugelhorn, Kornet, Bugel, |
Didgeridoo (/ˌdɪdʒəriˈduː/; juga dieja didjeridu, dan ejaan lain) ialah sebuah alat tiup dikenali dalam kalangan masyarakat peribumi (atau "aborigin") di Australia sejak 1,500 tahun. Alat ini sering berbentuk silinder atau kon memanjang antara 1 hingga 3 m (3 hingga 10 ka). Most are around 1.2 m (4 ka) long.
Pic bunyi dihasilkan alat ini merendah dengan memanjangnya alat ini.
Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Didgeridoo diperbuat daripada kayu keras, terutamanya dari kayu putih yang bertaburan asal di utara dan tengah Australia.[1] Bahagian yang dipilih dari pokok ini seringkalinya yang mempunyai batang atau dahan kayu pokok yang cukup tebal dan ada dimakan anai-anai - serangga sebegini sering memakan isi dalaman pohon itu yang jauh daripada bahagian luar yang merembes bahan menghalau anai-anai.[2] Setelah bahagian diingini diuji kesesuaian badan dan bunyi terhasil,[3] bahagian tersebut dikerat atau ditebang, dibersihkan dalaman dan dibuang kulitnya sebelum dibentuk menjadi alat. Alatan yang siap dihasilkan boleh dicat mengikut citarasa pelukis sama ada menggunakan cat tradisi atau moden, lilin lebah juga boleh dibubuh pada hujung peniup alat ini.
Alat didgeridoo moden sering diperbuat daripada kayu bukan asli mahupun bahan lain seperti gentian kaca, gentian karbon, logam, tanah liat malah juga PVC. Bahan-bahan mentah ini ditebuk berdiameter sekitar 1.25" dan memanjang sekitar dua hingga lapan inci. Hujung peniup ia sering ditambah dengan bahagian getah atau lilin lebah. Corak hiasan dan reka bentuk alat didgeridoo moden tampak ketara berbeza berbanding model yang lazim mengikut tradisi masyarakat peribumi.[4][5]
Pemainan
[sunting | sunting sumber]Didgeridoo dimainkan dengan menggetarkan bibir sambil menggunakan suatu teknik pernafasan khas iaitu pernafasan kitaran (circular breathing) - teknik ini membolehkan udara dihirup masuk menggunakan hidung sambil dapat menghembus keluar nafas menggunakan lidah dan pipi secara serentak lalu boleh memainkan not pada suatu tempoh yang lama.
Pantang larang
[sunting | sunting sumber]Hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan memainkan alat ini dalam upacara khusus, malah pemainan sebegini oleh kaum wanita ditegah keras oleh golongan tua dalam masyarakat peribumi: Harper Collins pernah mengeluarkan kenyataan mohon maaf hasil tengkarah terhadap warga aborigin pernyataan diterangkan dalam salah satu buku terbitannya ia untuk pembaca anak-anak perempuan - The Daring Book for Girls - yang menggalakkan pemainan alat ini".[6][7][8] Walau bagaimanapun, pemainan ini masih diharuskan (yakni, tidak melanggar adat resam aborigin) dalam situasi tidak formal menurut Linda Barwick, seorang ahli etnomusikologi.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Taylor R., Cloake J, and Forner J. (2002) Harvesting rates of a Yolgnu harvester and comparison of selection of didjeridu by the Yolngu and Jawoyn, Harvesting of didjeridu by Aboriginal people and their participation in the industry in the Northern Territory (ed. R. Taylor) pp. 25–31. Report to AFFA Australia. Northern Territory Parks and Wildlife Service, Department of Infrastructure, Planning and Environment, Palmerston, NT.
- ^ McMahon, Charlie. (2004) The Ecology of Termites and Didjeridus, The Didgeridoo: From Ancient Times to the Modern Age (ed. David Lindner) Schönau: Traumzeit-Verlag
- ^ "How is a Yidaki Made?". Yidaki Dhawu Miwatjnurunydja. Buku Larrngay Mulka Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2011. Dicapai pada 14 July 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Wade-Matthews, M., Thompson, W., The Encyclopedia of Music, 2004, pp184–185. ISBN 0-7607-6243-0
- ^ Wade-Matthews, M., An Illustrated Encyclopedia of Musical Instruments, 2003, Lorenz Books, p95. ISBN 978-0-7548-1182-4
- ^ The Didjeridu: From Arnhemland to the Internet Perfect Beat Publishers Pg. 89–98 ISBN 1-86462-003-X
- ^ Didgeridoo book upsets Aborigines, BBC
- ^ 'Daring Book for Girls' breaks didgeridoo taboo in Australia
- ^ "Women can play didgeridoo – taboo incites sales". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2007. Dicapai pada 25 Mei 2007. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)