Diurnal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung unta sungguhpun diurnal, tetapi boleh berjaga pada waktu malam yang bercahaya bulan

Diurnal ialah sifat tumbuhan atau haiwan yang berjaga pada waktu siang dan tidur pada waktu malam.

Haiwan[sunting | sunting sumber]

Haiwan yang tidak diurnal boleh dikira nokturnal (berjaga malam) atau krepuskul (paling aktif sekitar waktu senja atau subuh).[1] Terdapat banyak spesies haiwan yang diurnal, termasuk kebanyakan mamalia (termasuk manusia), serangga, reptilia dan burung. Bagi sesetengah haiwan, terutamanya serangga, pola persekitaran luaran mempengaruhi aktiviti (ritma eksogen, bukannya corak yang terwujud dalam habitat).[1] Sifat diurnal ini adalah deskriptif, yang mana ia memaksudkan pola 24 jam dalam pemerhatian, bukannya ritma sirkadian ~24 jam yang swakekal dalam organisma.[2]

Sesetengah haiwan yang lazimnya nokturnal atau krepuskul telah dijinakkan menjadi haiwan belaan dan berubah menjadi diurnal agar selaras dengan kitaran hidup manusia. Contohnya, anjing dan kucing, yang masing-masing diturunkan oleh serigala dan kucing liar. Bagaimanapun, haiwan-haiwan tersebut boleh memperlihatkan perilaku asal spesiesnya apabila lahir jalang. Juga terdapat haiwan yang terpaksa menyimpang dari kitaran asalnya kepada kitaran yang lain demi mengelak ancaman pemangsa, seperti beaver yang menjadi nokturnal ekoran ancaman daripada manusia yang menjadi-jadi.

Tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan juga terdiri daripada yang diurnal dan nokturnal, terserah pada waktu yang mana agen pendebungaan yang paling berkesan, iaitu serangga melawati tumbuhan itu. Misalnya, oleh sebab kebanyakan spesies bunga angiosperma dilawati oleh pelbagai jenis serangga, bunga itu menyesuaikan fenologinya kepada pendebunga yang paling berkesan demi memastikan pembiakan yang sihat serta kelestarian spesiesnya. Oleh itu, keberkesanan serangga yang diurnal mahupun nocturnal secara nisbi mempengaruhi sifat tumbuhan diurnal atau nokturnal yang dilawatinya, sekaligus mempengaruhi kitaran kembang kuncup bunga.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Gullan, P.J. and P.S. Cranston, 1994. The Insects: An Outline of Entomology. Chapman and Hall London. pg. 115.
  2. Klerman, Elizabeth B. (2005). "Clinical Aspects of Human Circadian Rhythms". J Biol Rhythms (SagePub) 20 (4): 375–386. doi:10.1177/0748730405278353. http://jbr.sagepub.com/content/20/4/375.full.pdf+html. Capaian 2010-10-14. 
  3. Diurnal and Nocturnal Pollination Article

Templat:Ethology-stub

Templat:Animal-physiology-stub