Doldrum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Doldrum ialah ungkapan bahasa percakapan yang diperolehi daripada sejarah maritim, yang merujuk kepada bahagian-bahagian Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik terjejas oleh Zon Penumpuan Antara Tropika, kawasan tekanan rendah sekitar khatulistiwa di mana angin lazim adalah tenang. Doldrum juga terkenal dengan tempoh tenang ketika angin hilang sama sekali, memerangkap perahu berkuasa layar untuk tempoh selama beberapa hari atau minggu. Istilah ini kelihatan telah timbul dalam abad kelapan belas, apabila pelayaran merentasi khatulistiwa menjadi lebih biasa. Memandangkan zon ini adalah tempat pertemuan dua angin dagang, ia juga dikenali sebagai zon penumpuan antara tropika. Ia terletak kira-kira di antara 5 ° U ke 5°S

Dalam kegunaan maritim, ciri-ciri tekanan rendah doldrum itu disebabkan oleh atmosfera yang semakin berkembang akibat pemanasan di khatulistiwa, yang menjadikan udara naik dan bergerak ke atah utara dan selatan pada kedudukan lebih tinggi di atmosfera, sehingga ia reda sekali lagi dalam latitud kuda. Sebahagian daripada udara tersebut kembali ke doldrum melalui angin pasat. Proses ini boleh membawa kepada angin ringan atau berubah-ubah dan cuaca yang lebih teruk, dalam bentuk badai, ribut petir, dan ribut taufan. Doldrum juga dikenali kerana tempoh tenang ketika angin hilang sama sekali, memerangkap perahu layar untuk tempoh selama beberapa hari atau minggu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]