Pergi ke kandungan

Doraemon: Pengembaraan Nobita ke Bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Doraemon: Pengembaraan Nobita ke Bulan
Jepun映画ドラえもん のび太の月面探査記
HepburnEiga Doraemon Nobita no Getsumen Tansa-ki
Secara harfiahnyaFilem Doraemon Pengembaraan Nobita ke Bulan
PengarahShinnosuke Yakuwa
PenulisFujiko F. Fujio
Lakon layarMizuki Tsujimura
BerdasarkanDoraemon oleh Fujiko F. Fujio
Dibintangi
Muzik olehTakayuki Hattori
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehToho
Tarikh tayangan
  • 01 Mac 2019 (2019-03-01)
Masa tayangan
111 minit[1]
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggungUS$66 juta[2]

Doraemon: Pengembaraan Nobita ke Bulan (ドラえもん のび太の月面探査記, Doraemon: Nobita no Getsumen Tansa-ki) merupakan filem fiksyen sains buatan Jepun. Filem ini julung kali ditayangkan pada 1 Mac 2019.[3][4] Filem ini juga telah diarahkan oleh Shinnosuke Yakuwa dan lakon layar diarahkan oleh Mizuki Tsujimura.[5]

Filem Doraemon ini merupakan filem terakhir diterbitkan pada era Heisei, dikeluarkan dua bulan sebelum peralihan kuasa kerajaan monarki Jepun tahun 2019. [6]

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Cerita filem ini berkait rapat dengan kepercayaan tradisional masyarakat etnik Jepun yang percaya bahawa arnab tinggal di bulan. Filem ini juga berkisar di bulan dan nilai erti persahabatan yang erat terjalin antara kepercayaan terhadap satu sama lain. Luna adalah seorang gadis misteri yang tinggal di bahagian bulan yang tidak pernah menghadap bumi. Diabolo dan konconya, Goddard menjadi batu penghalang kepada usaha Nobita dan kawan-kawannya untuk menjelajah bulan. [7]

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Pada suatu pagi, Nobita dan rakan-rakan sedang memikirkan cara bagaimana mereka hendak ke sebelah bulan yang terlindung tetapi tidak berjalan seperti yang dirancang. Pada waktu malamnya, pihak Jepun telah melancarkan robot penjelajah pertama yang mencari kehidupan di kawasan bulan yang terlindung. Di Bumi pula, keluarga Nobita sedang menikmati pemandangan langit dan menyaksikan bulan yang berubah menjadi kuning. Doraemon memberikan Lencana Berlawanan kepada Nobita dan mereka pun pergi ke bulan. Setibanya mereka di sana, Doraemon mengeluarkan Baldi Membuat Doh Haiwan yang dibentukkan menjadi arnab bagi membuat koloni. Kemudian di sekolah, Nobita memberitahu kelasnya tentang perkara itu tetapi dia hanya diketawakan oleh kawan-kawannya itu. Cikgu Nobita pula kemudiannya memperkenalkan seorang pelajar baharu mendaftar yang bernama Luka. Pada mulanya apabila dia mula-mula pergi ke bulan bersama Doraemon & kawan-kawannya, dia berasa risau kerana selepas itu Luka membuka topinya dan memperkenalkan dirinya yang berasal dari koloni bulan ini. Dia dan kakaknya Luna kemudiannya menunjukkan kepada mereka bagaimana koloni mereka terhasil.

Lagu tema adalah "THE HAD" oleh Dai Hirai . [7]

Permainan video

[sunting | sunting sumber]

FuRyu mengeluarkan adaptasi permainan filem ini untuk Nintendo Switch pada 28 Februari 2019. [8]

Watak Pelakon suara Jepun
Doraemon Wasabi Mizuta
Nobita Megumi Ōhara
Shizuka Yumi Kakazu
Suneo Tomokazu Seki
Gian Subaru Kimura
Luka Junko Minagawa
Luna Alice Hirose
Canser Sōichi Nakaoka
Ketam Shigeo Takahashi
Goddard Yūya Yagira
Diabolo Kōtarō Yoshida
Moobit Akino Watanabe
Tamako Nobi Kotono Mitsuishi
Nobisuke Nobi Yasunori Matsumoto
Dekisugi Shihoko Hagino
Cikgu Wataru Takagi
Aru Ikue Ōtani
Mozo Yukiji
Kaia Ai Sakai
Nuru Michiyo Murase
Moru Noriaki Kimiko
Rukoru Hitomi Nabatame
Ruko
Nuru
Horuru
Runi
Tsukkuru
Beru

Pecah panggung

[sunting | sunting sumber]

Tayang sulung filem ini di 382 buah skrin edaran Toho, Doraemon: Pengembaraan Nobita ke Bulan mengaut keuntungan sebanyak $6.2 juta dengan sejumlah 586,000 keping tiket kemasukan pada minggu pertama dan dinobatkan menduduki tempat pertama dalam senari pecah panggung Jepun. Filem ini mengaut kutipan sebanyak ¥5.02 laksa (US$46,050,962) di Jepun,[9] serta $19,855,318 di China dan Vietnam,[10] dengan kautan pecah panggung keseluruhan berjumlah US$65,447,605 di Asia.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan kutipan pecah panggung filem ini sepanjang hujung minggu di Jepun : [11]

# Kedudukan Minggu Kutipan mingguan Jumlah kasar hingga hujung minggu semasa
1 1 2 Mac – 3 ¥ 695,700,000 ($ 6.2   juta) ¥ 757,447,800 ($ 6.8   juta)
2 1 9 Mac – 10 ¥ 612,046,700 ($ 5.5   juta) ¥ 1,491,610,300 ($ 13.5   juta)
3 1 16 Mac – 17 ¥ 437,689,000 ($ 3.9   juta) ¥ 2,057,055,800 ($ 18.6   juta)
4 1 23 Mac – 24 ¥ 310,745,700 ($ 2.8   juta) ¥ 2,866,733,800 ($ 26.0   juta)
5 1 30 Mac – 31 ¥ 323,763,200 ($ 2.9   juta) ¥ 3,826,872,100 ($ 34.8   juta)
6 1 6 April – 7 ¥ 174,742,000 ($ 1.6   juta) ¥ 4,532,025,400 ($ 41.0   juta)
7 2 13 April – 14 ¥ 97,795,500 ($ 873,000) ¥ 4,684,036,700 ($ 42.4   juta)
8 8 20 April – 21 ¥ 41,445,900 ($ 370,000) ¥ 4,739,882,100 ($ 43.0   juta)
9 9 27 April – 28 ¥ 27,000,000 ($ 250,000) ¥ 4,768,000,000 ($ 43.4   juta)
10 10 4 Mei – 5 ¥ 27,888,400 ($ 252,000) ¥ 4,945,496,100 ($ 44.9   juta)
11 - 11 Mei – 12 ¥ 7,000,000 ($ 64,000) ¥ 4,960,000,000 ($ 45.0   juta)
Jumlah
keseluruhan
- - - ¥ 5,020,000,000 ($ 45.6   juta)
  1. ^ "塚口サンサン劇場「映画ドラえもん のび太の月面探査記」" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2019-02-22.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Doraemon: Pengembaraan Nobita ke Bulan". Box Office Mojo. Dicapai pada August 17, 2019.
  3. ^ "2019年3月1日(金)公開『映画ドラえもん のび太の月面探査記』公式サイト". 映画ドラえもん公式サイト (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2018-12-16.
  4. ^ Sherman, Jennifer (15 October 2018). "2019 Doraemon Film Reveals Title, Video, Visual, March 1 Debut" – melalui animenewsnetwork.com.
  5. ^ "New Doraemon Movie Slated for March 2019, Mizuki Tsujimura in Charge of Script". MANGA.TOKYO (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-16. Dicapai pada 2018-12-16.
  6. ^ "平成最後の「映画ドラえもん」大ヒットへ月(ツキ)進む!「映画ドラえもん のび太の月面探査記」公開記念舞台挨拶 - 映画・映像|東宝WEB SITE". www.toho.co.jp. Dicapai pada 2019-07-31.
  7. ^ a b "2019 Doraemon Film Reveals Trailer, Visual, More Cast". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-16.
  8. ^ "Doraemon: Nobita's Chronicle of the Moon Exploration Headed To Nintendo Switch". Siliconera. 2018-11-12. Dicapai pada 2018-12-16.
  9. ^ Komatsu, Mikikazu (8 May 2019). "Japan Box Office: 23rd Conan Film Beats Avengers: Endgame, Detective Pikachu". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 May 2019.
  10. ^ "Doraemon: Nobita's Chronicle of the Moon Exploration". Box Office Mojo. Dicapai pada July 7, 2019.
  11. ^ "WOKJ weekend box office". March 5, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2017. Dicapai pada March 7, 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]