Dr. Samhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr.

Ahmad Samhan Bin Awang
Kelahiran5 Jun 1986
PekerjaanPengasas dan Ahli Lembaga Pengarah HIM Clinic, Public Figure
PasanganRushaida binti Zabidi

Dr. Ahmad Samhan bin Awang merupakan seorang doktor pakar kesihatan lelaki, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HIM Clinic yang merupakan platform telekesihatan beroperasi menyediakan rawatan yang privasi dan mudah diakses bagi lelaki yang mengalami masalah disfungsi ereksi (ED) dan ejakulasi pramatang (PE). Nama beliau mula bangkit dan dikenali di era pasca COVID-19 dan sangat dikenali di platform sosial media Tiktok.[1][2]

Dr. Samhan dilahirkan pada 5 Jun 1986 dan merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan. Ibunya bekerja sebagai kerani manakala ayahnya seorang guru. Beliau dibesarkan dalam suasana kampung. Walaupun begitu, beliau memiliki cita-cita tinggi dan azam yang kuat untuk mengubah masa depan keluarganya.

Kejayaan juga tidak datang dengan mudah. Beliau telah menempuhi pelbagai ujian, termasuk melawan penyakit Ameloblastoma atau ketumbuhan rahang pipi tujuh tahun lalu. Pengalaman menghadapi penyakit tersebut memperkuat semangat Dr. Samhan untuk membantu orang sekitarnya dengan kepakaran beliau dalam bidang kesihatan seksual lelaki. [3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Semenjak di bangku sekolah, Dr. Samhan percaya bahawa kecemerlangan dalam pendidikan boleh mengubah hidupnya dan keluarganya.

Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas, Kelantan, beliau merupakan seorang ketua pelajar dan satu-satunya pelajar yang menerima 5A dalam UPSR. Berbekalkan keputusan cemerlang, beliau menyambung pembelajaran ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban. Terbukti sebagai seorang pelajar contoh, Dr. Samhan mendapat keputusan 9A dalam SPM dan menerima anugerah Lonjakan Saujana daripada SDAR.

Di samping cemerlang dalam akademik, beliau juga tidak mengabaikan aktiviti kokurikulum. Dr. Samhan aktif dalam sukan bola baling, bola sepak, hoki, tennis, ragbi dan olahraga. Selepas tamat persekolahan, beliau menyambung pelajaran di Matrikulasi Pulau Pinang dan memperoleh keputusan 4 flat, seterusnya meneruskan pembelajaran dalam bidang perubatan di University Tanta, Mesir. Beliau memperoleh keputusan Jayyid (Baik) dalam bidang tersebut. [4]

Beliau kemudiannya diberikan pengiktirafan sebagai Men's Health Doctor daripada National University of Singapore selepas menamatkan pengajian di sana. Walaupun sibuk bertugas sebagai seorang doktor dan mengendali tujuh klinik,[5] beliau masih tekad untuk menyambung pembelajaran dalam Master in Business Administration di University Sunderland, United Kingdom pada tahun 2022 hingga tahun 2023.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1. Kerjaya Awal - Doktor Pelatih[sunting | sunting sumber]

Dr. Samhan berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu selama 2 tahun.

2. Kerjaya Awal - Pegawai Perubatan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Dr. Samhan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Unit Kecemasan, di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur selama 2 tahun.[6][7]

3. Kerjaya - Ahli Lembaga Pengarah Klinik Swasta[sunting | sunting sumber]

Dr. Samhan kemudiannya membuka klinik swasta yang kini beroperasi di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur. Beliau berkhidmat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Klinik Ikram dan Klinik Hijraa Chendering.

4. Kerjaya - Pengasas dan Ahli Lembaga Pengarah HIM Clinic[sunting | sunting sumber]

Dr. Samhan mengembangkan kepakaran dalam bidang kesihatan lelaki selepas menerima pengiktirafan daripada National University of Singapore. Pada November 2022, beliau memulakan operasi HIM Clinic iaitu klinik yang berfokuskan untuk merawat masalah seksual lelaki - ejakulasi pramatang dan disfungsi erektil [8]. For Him Spray, produk pertama yang dilancarkan oleh Dr. Samhan diformulasikan oleh beliau sendiri untuk merawat ejakulasi pramatang terjual sebanyak sepuluh ribu unit semasa bulan pertama pelancaran produk tersebut.

Penubuhan syarikat ini merupakan inspirasi daripada pengalaman beliau di klinik perubatannya sendiri, di mana beliau menyaksikan cabaran yang dihadapi oleh ramai lelaki yang malu untuk datang ke klinik untuk berkongsi tentang masalah kesihatan seksual lelaki. Kini, Dr. Samhan membuka HIM Wellness untuk merawat mereka di Plaza Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

5. Kerjaya - Public Figure[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Dr. Samhan mula berkongsi ilmu kesihatan seksual dalam media sosial beliau. Berkongsi kandungan yang dianggap sensitif itu bukanlah perkara mudah. Beliau terpaksa berdepan dengan komen negatif pada peringkat awal tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu menyelesaikan masalah lelaki. Hasil perkongsian yang berterusan daripada Dr. Samhan telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan kesihatan lelaki. Sehingga kini, perkongsiannya diikuti seramai 1.5 juta orang di TikTok, 645,000 di Facebook, 230,000 di Telegram, 200,000 di Instagram dan 70,000 di platform X [9]. Beliau juga menerima ribuan ucapan terima kasih kerana sudah menyelamatkan rumah tangga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kaum Adam [10].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Dr. Samhan kini telah membantu seramai 60,000 orang lelaki sejak pembukaan HIM Clinic. HIM Clinic telah memainkan peranan penting dalam membantu beribu-ribu lelaki meningkatkan kesihatan seksual mereka. Data terkini menunjukkan bahawa 90% lelaki yang menerima rawatan dari Him Clinic melaporkan peningkatan yang ketara. Dr. Samhan juga menjadi perintis pertama di Malaysia untuk membangunkan platform telekesihatan yang berfokuskan kesihatan seksual lelaki. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku seperti:

  • Mera Nam Hai Samhan (2020)[11]
  • Formula Kecemasan Untuk Si Kecil
  • Dr, Saya Nak Tahu (Edisi Otak & Jantung)(2022)
  • Sampai Menang (2023)
  • Bangkit Keras (2023)

Beliau juga sering menerima undangan daripada media terkemuka seperti TV3, Astro, NTV7, BERNAMA dan TV Alhijrah untuk memberikan perkongsian berkenaan ilmu kesihatan. Selain daripada undangan daripada media terkemuka, Dr. Samhan juga banyak dipetik oleh artikel untuk kepakaran kesihatan beliau seperti Awani [12] [13], dan KOSMO [14] dan MalaysiaKini [15]. Terkini, Dr. Samhan diterbitkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia [16]  dan Portal Relevan berkenaan topik kesihatan seksual lelaki. Beliau juga pernah dipanggil oleh Universiti Malaya untuk memberikan perkongsian berkenaan bagaimana untuk menggunakan media sosial untuk sebarkan kesedaran tentang kanser prostat.

Anugerah Dan Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Sumbangan Dr. Samhan dalam bidang perubatan telah menarik perhatian umum terutama di media sosial. Sepanjang menguruskan HIM Clinic, beliau telah membawa syarikat tersebut sehingga mendapat beberapa pengiktirafan dan anugerah. Antara anugerah-anugerah yang diterima;

  • TikTok Malaysia Popular Creator Award (2021)[17]
  • Titanium Growth Award (2022)
  • Anugerah Usahawan Influencer (2023)
  • Calon Anugerah Best Education Award Tiktok (2023)[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. https://gempak.com/intrend/kenapa-doc-main-tiktok-moga-ada-saham-akhirat-buat-saya-saya-bukannya-hidup-lama-dr-ahmad-samhan-49400
  2. https://www.malaysianow.com/my/news/2021/03/30/doktor-guna-tiktok-dalam-misi-lawan-maklumat-palsu
  3. https://ohbulan.com/dr-samhan-seronok-kongsi-ilmu-teruja-tercalon-best-of-education-dalam-tiktok-awards-kalau-menang-itu-bonus/
  4. https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/08/1143472/popular-di-tiktok-dr-samhan-kini-kendali-tujuh-klinik
  5. https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/08/1143472/popular-di-tiktok-dr-samhan-kini-kendali-tujuh-klinik
  6. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tangani-pendarahan-hidung-dengan-teknik-yang-betul-245643
  7. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apa-perlu-buat-jika-disengat-tebuan-ikuti-langkah-ini-ketika-terkena-sengatan-serangga-berbisa-245713
  8. https://relevan.com.my/2023/12/28/3-5-juta-lelaki-di-malaysia-mati-pucuk-ramai-tak-tahu-boleh-dirawat/#google_vignette
  9. https://relevan.com.my/2023/12/28/padam-tabu-kesihatan-seksual-lelaki-dr-samhan-kongsi-kesedaran-di-laman-sosial/
  10. https://www.sinarharian.com.my/article/275178/berita/nasional/pernah-nafas-terhenti-tapi-panjang-umur-terus-berbakti---dr-samhan?fbclid=IwAR0ig0qMzDKmC-9PNZ8pKIsaTYOakJr1Ue0U1PREC7Gi74Osluo3SqAeuQM
  11. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/11/01/mesej-wanita-hamil-anak-sulung-alami-komplikasi-buat-doktor-sentap-sanggup-bawa-mera-nam-hai-samhan-ke-wad---saya-pernah-lihat-bayi-ibu-meninggal-dunia
  12. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apa-perlu-buat-jika-disengat-tebuan-ikuti-langkah-ini-ketika-terkena-sengatan-serangga-berbisa-245713
  13. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tangani-pendarahan-hidung-dengan-teknik-yang-betul-245643
  14. https://www.kosmo.com.my/2022/07/15/kencing-berdiri-terdedah-jangkitan-kulat-batu-karang/
  15. https://www.malaysiakini.com/news/547142
  16. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/rawatan-kesihatan-lelaki-dalam-talian-laris/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=utusan+online&fbclid=IwAR29I2SHdZVYTKA12N2fMgQQOAMM_59VhcIJEM_3ryzXi6WxAUMMMfZohE4
  17. https://says.com/my/seismik/kenali-dr-samhan-salah-seorang-calon-untuk-tiktok-award-best-of-education-2023
  18. https://jurnal-malaysia.com/dr-samhan-calon-tiktok-award-best-of-education-2023-pernah-dibuang-universiti/