Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
Bernama.jpg
Negara Malaysia Malaysia
Ketersediaan Kebangsaan
Tarikh pelancaran 1968
Laman web
www.bernama.com.my

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah jurisdiksi Kementerian Penerangan Malaysia dan pengerusi BERNAMA sekarang adalah Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

BERNAMA memberi perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa (real time) kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura.

Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dikalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini terutama yang berkaitan dengan kewangan dan berita am. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing adalah pelanggan-pelanggan BERNAMA.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Pengurus Besar yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Jakarta, Singapura, Bangkok, Beijing, New Delhi dan Dubai dan koresponden khas di Washington, London, Manila, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.

TV dan radio[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini berita-berita dan maklumat yang dikeluarkan oleh BERNAMA hanya dalam bentuk teks dan gambar tetapi dengan wujudnya unit audio-visual atau dikenali sebagai BERNAMA TV pada September 1998, ia kini boleh diperolehi juga dalam bentuk visual. Pada 28 Februari 2008, saluran berita Malaysia 24 jam, BERNAMA TV, dilancarkan melalui saluran 502 Astro.

BERNAMA juga melancarkan Radio24, stesen radio berkonsepkan berita yang pertama di Malaysia yang beroperasi secara 24 jam sehari pada 3 September 2007.

Penglibatan dalam agensi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2010, Bernama memenangi Anugerah Penjenamaan Korporat Terbaik bagi kategori Agensi Berita Nasional-Media menerusi Anugerah The Brandlaureate bagi edisi 2009-2010. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menyampaikan anugerah wakil Bernama, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh. Tema anugerah itu ialah "Jenama Anda, Karya Agung".Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]