Eddie Garcia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eddie Garcia
Garcia pada 2019
Kelahiran
Eduardo Verchez Garcia

(1929-05-02)2 Mei 1929
Meninggal dunia20 Jun 2019(2019-06-20) (umur 90)
Sebab kematianKecederaan pekerjaan
WarganegaraFilipina
Nama lainManoy
Pekerjaan
  • Pelakon
  • personaliti televisyen
  • pengarah filem
  • penerbit
Tahun aktif1949–2019
PasanganLucilla Scharnberg (m. 1995)
Rakan kongsi domestikLilibeth Romero
Anak-anak4 (3 bersama Scharnberg)
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan
Perkhidmatan

Eduardo "Eddie" Verchez Garcia (2 Mei 1929 – 20 Jun 2019),[1][2] juga dikenali sebagai Manoy, ialah seorang pelakon, personaliti televisyen, pengarah dan penerbit filem Filipina. Dengan hampir 700 filem dan peranan televisyen[3] dan kerjaya yang melangkaui tujuh dekad, beliau diiktiraf secara meluas sebagai "pelakon Filipina terbaik sepanjang zaman".[3][4][5] Beliau mempunyai banyak penampilan dalam filem-filem Filipina telah melakonkan pelbagai peranan yang termasuk gay, antiwira, dan penyangak. Beliau menerima jolokan "Sean Connery Filipina".[6][7]

Antara hasil karya Garcia yang paling diiktiraf sebagai pelakon ialah Beast of the Yellow Night (1971), The Woman Hunt (1972), Deathrow (2000), The Debut (2001), Abakada... Ina (2001), Bwakaw (2012), da Rainbow's Sunset (2018), yang menandakan penampilan filem terakhirnya dalam hayatnya. Dalam kerjaya kemudian, beliau berlakon dalam beberapa siri televisyen termasuk Little Nanay (2015–2016) dan FPJ's Ang Probinsyano (2016–2019).

Garcia telah menerima pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya, memperoleh jumlah 43 kemenangan dam 38 pencalonan daripada badan pemberi anugerah terkenal. Beliau ialah satu-satunya individu yang dimasukkan dalam tiga kategori di Dewan Kemasyhuran FAMAS: untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, dan Pengarah Terbaik.[8] Garcia ialah satu-satunya pelakon Filipina yang memenangi Anugerah Filem Asia untuk Pelakon Lelaki Terbaik.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Severo, Jan Milo (20 June 2019). "Eddie Garcia, who was in comatose state, dies at 90". The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-20. Dicapai pada 21 June 2019.
  2. ^ "WATCH: The life and roles of screen icon Eddie Garcia". ABS-CBN News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2019. Dicapai pada 21 June 2019. Along with his virility, his real age was one of the hilarious aspects of his showbiz publicty. It was only recently that he revealed he was born May 2, 1929 in Sorsogon.
  3. ^ a b Smith, Chuck (30 April 2019). "At 90, Eddie Garcia was still the most hardworking actor in the business". CNN Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2019. Dicapai pada 21 June 2019.
  4. ^ Custodio, Arlo. "Eddie Garcia cements 'greatest actor of all time' sobriquet in 'ML'". The Manila Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2018. Dicapai pada 10 August 2018.
  5. ^ McFarlane, Nyee. "Veteran Filipino actor Eddie Garcia remains in critical condition". The National. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 19 June 2019.
  6. ^ Zulueta, Lito B. "EDDIE GARCIA: Actor, director, icon, Philippine cinema's one-man totem pole". Manunuri ng Pelikulang Pilipino (MPP). MPP. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2010. Dicapai pada 21 June 2019.
  7. ^ "Eddie Garcia played over 600 roles in showbiz career that spanned seven decades". GMA News Online. 20 June 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2019. Dicapai pada 22 June 2019.
  8. ^ Mendoza, Abby (29 March 2013). "The longevity of Eddie Garcia" (dalam bahasa English dan Filipino). Philippine Entertainment Portal (PEP). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2014. Dicapai pada 28 October 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ San Diego, Bayani Jr. (18 March 2013). "Nora Aunor, Eddie Garcia win top acting honors at Asian Film Awards". Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2013. Dicapai pada 19 June 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]