Eddie Redmayne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eddie Redmayne
OBE
Eddie Redmayne (15033887819).jpg
Redmayne pada tahun 2014
Kelahiran Edward John David Redmayne
(1982-01-06) 6 Januari 1982 (umur 36)
Bandar Westminster, London, England, UK[1]
Pendidikan Kolej Eton
Pusat pendidikan Kolej Trinity, Cambridge
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1998–sekarang
Pasangan Hannah Bagshawe (k. 2014)

Edward John David Redmayne, OBE (lahir 6 Januari 1982)[2] ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau memulakan karier profesional dalam teater dan peranan televisyen pada awal tahun 2000an. Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam Like Minds pada tahun 2006. Sejak itu, beliau telah muncul dalam filem-filem seperti The Good Shepherd (2006), Savage Grace (2007), Elizabeth: The Golden Age (2007), My Week with Marilyn (2011), Les Misérables (2012), The Theory of Everything (2014), Jupiter Ascending (2015) dan The Danish Girl (2015).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Redmayne dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Westminster, London.[3] Ibunya bernama Patricia (née Burke) manakala ayahnya, Richard Redmayne.[4] Beliau mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki, seorang abang tiri dan seorang kakak tiri.[5] Redmayne berketurunan Inggeris, Ireland, Scotland dan Wales.[6]

Karier[sunting | sunting sumber]

Filem dan televisyen[sunting | sunting sumber]

Redmayne membuat penampilan filem pertamanya dalam Like Minds pada tahun 2006.[7] Redmayne telah muncul dalam filem-filem seperti The Good Shepherd, Powder Blue, Savage Grace, The Other Boleyn Girl, Hick, Glorious 39 dan Jupiter Ascending. Beliau membintangi sebagai Osmund dalam Black Death.[8] Beliau mempunyai peranan dalam The Yellow Handkerchief yang ditayangkan pada 26 Februari 2010.[9][10]

Beliau membintangi sebagai Colin Clark dalam My Week with Marilyn. Beliau juga mempunyai peranan sebagai Marius Pontmercy dalam filem muzikal 2012, Les Misérables.[11][12] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Stephen Hawking dalam The Theory of Everything, dimana beliau memenangi Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Screen Actors Guild bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[13][14]

Redmayne membuat penampilan skrin pertamanya pada tahun 1998 dalam sebuah episod Animal Ark.[15] Kredit televisyennya termasuk minisiri BBC, Tess of the d'Urbervilles, The Pillars of the Earth dan Birdsong.[16]

Pada bulan Jun 2015, ia telah diumumkan bahawa Redmayne akan membintangi sebagai Newt Scamander dalam adaptasi filem Fantastic Beasts and Where to Find Them, sebuah spin-off siri filem Harry Potter dengan skrip oleh J. K. Rowling.[17][18]

Redmayne membintangi filem biografi, The Danish Girl, diarahkan oleh Tom Hooper. Beliau membintangi sebagai Lili Elbe.[19]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Redmayne berkahwin dengan Hannah Bagshawe sejak 15 Disember 2014.[20][21] Redmayne dilantik sebagai Officer of the Order of the British Empire (OBE) pada tahun 2015.[22][23]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 Like Minds Alex Forbes
2006 Good Shepherd, TheThe Good Shepherd Edward Wilson Jr.
2007 Savage Grace Antony Baekeland
2007 Elizabeth: The Golden Age Anthony Babington
2008 Yellow Handkerchief, TheThe Yellow Handkerchief Gordy
2008 Other Boleyn Girl, TheThe Other Boleyn Girl William Stafford
2008 Powder Blue Qwerty Doolittle
2009 Glorious 39 Ralph Keyes
2010 Black Death Osmund
2011 Hick Eddie Kreezer
2011 My Week with Marilyn Colin Clark
2012 Les Misérables Marius Pontmercy
2014 The Theory of Everything Stephen Hawking
2015 Jupiter Ascending Balem Abrasax
2015 Thomas & Friends: Sodor's Legend of the Lost Treasure Ryan Suara
2015 The Danish Girl Einar Wegener/Lili Elbe
2016 Fantastic Beasts and Where to Find Them Newt Scamander

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1998 Animal Ark John Hardy Episod: "Bunnies in the Bathroom"
2003 Doctors Rob Huntley Episod: "Crescendo"
2005 Elizabeth I The Earl of Southampton Episod: "Southampton"
2008 Tess of the d'Urbervilles Angel Clare 4 episod
2010 Pillars of the Earth, TheThe Pillars of the Earth Jack Jackson 8 episod
2010[24] The Miraculous Year Connor Pilot
2012 Birdsong Stephen Wraysford 2 episod
2015[25] War Art with Eddie Redmayne Diri sendiri Dokumentari
2015–sekarang Thomas & Friends Ryan Suara

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1994 Oliver! Workhouse Boy #46 / Book Boy London Palladium
2002 Twelfth Night Viola Shakespeare's Globe
2003 "Master Harold"...and the Boys Master Harold Teater Everyman
2004 The Goat, or Who Is Sylvia? Billy Teater Almeida
2004 Hecuba Polydorus Donmar Warehouse
2007 Now or Later John Jr. Teater Royal Court
2009–2010 Red Ken Donmar Warehouse
Teater John Golden
2011–2012 Richard II Raja Richard II Donmar Warehouse


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://familysearch.org/ark:/61903/1:1:QV4C-J8BN
  2. ^ "Eddie Redmaynep profile". Debretts.com. 6 January 1982. Dicapai 2 January 2011. 
  3. ^ "Redmayne profile". Ftvdb.bfi.org.uk. 16 April 2009. Dicapai 2 January 2011. 
  4. ^ "Fast Eddie". Eddieredmayne.org. Dicapai 22 February 2015. 
  5. ^ "Eddie Redmayne interview". Dicapai 23 November 2014. 
  6. ^ "Eddie Redmayne". ethnicelebs.com. 25 October 2012. Dicapai 9 August 2015. 
  7. ^ "IN CONVERSATION: LUCY BEVAN (CASTING DIRECTOR – CINDERELLA, MALEFICENT, AN EDUCATION)". filmdoctor.co.uk. 18 March 2015. Dicapai 1 April 2015. 
  8. ^ "Fantasia 2010: New Stills: Chris Smith's Black Death". Dreadcentral.com. Dicapai 2 January 2011. 
  9. ^ "Three Loners on a Road Leading to One Another". New York Times. 25 February 2010. Dicapai 7 March 2015. 
  10. ^ "Kristen Stewart and Eddie Redmayne Exclusive Video Interview THE YELLOW HANDKERCHIEF". collider. 25 February 2010. Dicapai 7 March 2015. 
  11. ^ Jensen, Jeff. "Eddie Redmayne lands 'Les Miserables' role". Insidemovies.ew.com. Dicapai 23 February 2015. 
  12. ^ "Les Miserables Adds Eddie Redmayne". Comingsoon.net. Dicapai 23 February 2015. 
  13. ^ "Eddie Redmayne wins first Oscar for 'Theory of Everything'". Reuters. 23 February 2015. Dicapai 7 March 2015. 
  14. ^ "Watch Eddie Redmayne's Charming Best Actor Acceptance Speech at the Oscars". Time. Dicapai 7 March 2015. 
  15. ^ "heat unearths Eddie Redmayne's first TV role!". Heat. 3 March 2015. Dicapai 6 March 2015. 
  16. ^ "Eddie Redmayne and Clemence Poesy answer BBC One's Birdsong call". BBC Press Office. 16 May 2011. Dicapai 22 January 2012. 
  17. ^ "Eddie Redmayne to star in JK Rowling's Fantastic Beasts - BBC News". Bbc.co.uk. Dicapai 2015-06-04. 
  18. ^ Graeme McMillan (June 1, 2015). "Eddie Redmayne Officially Cast in 'Harry Potter' Prequel 'Fantastic Beasts and Where to Find Them'". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai June 2, 2015. 
  19. ^ http://www.bustle.com/articles/22954-eddie-redmayne-cast-as-transgender-do-we-need-another-straight-cisgender-dude-in-a-lgbtq
  20. ^ "How going topless helped Eddie Redmayne win his wife's heart". Mail Online. 
  21. ^ "It's OFFICIAL! Actor Eddie Redmayne marries Hannah Bagshawe in Winter Wonderland ceremony at Somerset's Babington House". Daily Mail. London, UK. 15 December 2014. Dicapai 23 February 2015. 
  22. ^ "2015 Queen's Birthday Honours" (PDF). The London Gazette. 
  23. ^ "No. 61256". The London Gazette (invalid |supp= (help)). 13 June 2015.  London Gazette uses unsupported parameters (help)
  24. ^ "Eddie Redmayne - United Agents". unitedagents.co.uk. 
  25. ^ "War Art with Eddie Redmayne". tvfinternational.com. Dicapai 23 May 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]