Egils Levits
Egils Levits | |
---|---|
![]() Egils Levits pada tahun 2022 | |
Presiden Latvia | |
Memegang jawatan 8 Julai 2019 | |
Perdana Menteri | Arturs Krišjānis Kariņš |
Didahului oleh | Raimonds Vējonis |
Hakim Mahkamah Keadilan Eropah | |
Dalam jawatan 2004–2019 | |
Menteri untuk Keadilan Latvia | |
Dalam jawatan 3 Ogos 1993 – 19 September 1994 | |
Presiden | Guntis Ulmanis |
Perdana Menteri | Valdis Birkavs |
Didahului oleh | Viktors Skudra |
Digantikan oleh | Romāns Apsītis |
Butiran peribadi | |
Lahir | Riga, SSR Latvia, Kesatuan Soviet | 30 Jun 1955
Kerakyatan | Latvia |
Parti politik | Cara Latvia (1993–1994) Bebas |
Pasangan | Andra Levite |
Anak-anak | Linards Levits, Indra Levita |
Kediaman | Istana Kota Riga |
Alma mater | Universiti Hamburg |
Pekerjaan | Peguam |
Egils Levits (lahir 30 Jun 1955) ialah ahli politik, peguam, ahli sains politik dan pakar undang-undang Latvia yang merupakan Presiden Latvia sejak 8 Julai 2019.[1] Beliau merupakan Ahli Mahkamah Keadilan Eropah dari tahun 2004 hingga 2019.[2]
Semasa lewat zaman Soviet, beliau merupakan ahli Barisan Popular Latvia dan menyumbang kepada perisytiharan kemerdekaan Latvia yang baru pada tahun 1990. Beliau merupaakn Timbalan Perdana Menteri dan Menteri untuk Keadilan Latvia dari tahun 1993 hingga 1994 dan duta besar ke Hungary, Austria dan Switzerland dari tahun 1994 hingga 1995. Beliau kemudian dilantik Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, sebuah jawatan yang beliau pegang sehingga tahun 2004. Beliau mendapat tempat kedua dalam pilihan raya tidak langsung untuk Presiden Latvia pada tahun 2015 di belakang Raimonds Vējonis. Walaupun Bebas, beliau merupakan calon Perikatan Kebangsaan.[3] Pada tahun 2018, Levits dilantik Hakim Mahkamah Keadilan Eropah, kali pertama dilantik pada tahun 2004.[4] Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua anak, seorang anak lelaki, Linards, dan anak perempuan, Indra.[5] Beliau telah menerbitkan sebuah buku memoir pada tahun 2019.[6]
Awal hidup[sunting | sunting sumber]
Levits dilahirkan di Riga, Latvia, semasa pendudukan Soviet dapam keluarga jurutera Yahudi Latvia Jonass Levits dan isterinya, pemuisi Latvia-Baltik Jerman Ingeborga Levita (née Barga, nama pena Aija Zemzare). Pada tahun 1972, keluarganya diusir dari USSR kerana kegiatan menentang Soviet mereka[7] dan menetap di Jerman Barat, tempat saudara Ingeborga tinggal. Mereka tinggal di Jerman Barat sehingga tahun 1990 apabila Latvia mendapat semula kemerdekaannya.
Levits telah menyatakan dalam temu ramah bahawa walaupun beliau keturunan Yahudi, beliau menganggap dirinyan kali pertama sebagai orang Latvia.[8]
Kurniaan[sunting | sunting sumber]
- Kurniaan Kebangsaan
Latvia: Grand Master dan Commander Grand Cross dengan Chain Darjah Tiga Bintang (8 Julai 2019)
Latvia: Grand Master dan Grand Cross Darjah Viesturs
Latvia: Grand Master Palang Pengiktirafan
Terbitan[sunting | sunting sumber]
- Levits, Egil (2019). Valstsgriba. Idejas un domas Latvijai 1985–2018 [A Will for Statehood: Ideas and thoughts for Latvia 1985–2018]. Riga. ISBN 9789984840567.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Balsojums". titania.saeima.lv. Dicapai pada 20 Januari 2020.
- ^ "Izraudzīti Latvijas tiesneši Eiropas Kopienu tiesā" (dalam bahasa Latvia). Latvijas Vēstnesis. Dicapai pada 3 Jun 2015.
- ^ "Saeima elects Raimonds Vējonis as President of Latvia". Saeima. 4 June 2015. Dicapai pada 4 June 2015.
- ^ "Egils Levits appointed as a judge at the Court of Justice of the European Union". Kementerian Keadilan Republik Latvia. 1 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-11. Dicapai pada 2 September 2018.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan:3
tidak disediakan - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan:4
tidak disediakan - ^ "Latvia's new president Levits sworn into office; parents are of Jewish origin". The Times of Israel. 9 Julai 2019. Dicapai pada 18 Julai 2019.
- ^ "Levits ir pret īpašumu atgriešanu ebreju kopienai". delfi.lv (dalam bahasa Latvia). 18 April 2019. Dicapai pada 12 Ogos 2019.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Kategori berkenaan Egils Levits di Wikimedia Commons
Petikan kata berkenaan Egils Levits di Wikiquote
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Viktors Skudra |
Menteri Keadilan 1993–1994 |
Diikuti oleh: Romāns Apsītis |
Didahului oleh Raimonds Vējonis |
Presiden Latvia 2019–sekarang |
Pemegang jawatan kini |
Templat:Presiden Latvia Templat:Ketua negara negara Anggota Kesatuan Eropah
- Sumber CS1 bahasa Latvia (lv)
- Kelahiran 1955
- Orang hidup
- Calon untuk Presiden Latvia
- Timbalan Saeima ke-5
- Hakim Mahkamah Keadilan Eropah
- Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah
- Hakim mahkamh dan tribunal antarabangsa Latvia
- Orang Latvia keturunan Yahudi
- Ahli politik Cara Latvia
- Menteri Keadilan Latvia
- Ahli politik dari Riga
- Presiden Latvia
- Presiden Yahudi