Eilean Donan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 57°16′26″N 5°30′58″W / 57.2740°N 5.5161°W / 57.2740; -5.5161

Eilean Donan
Eilean Donan is located in Bumi
Eilean Donan
Eilean Donan (Bumi)
Lokasi Eilean Donan di Scotland
Nama
Nama B. GaelikEilean Donnáin
Maksud namaPulau Donnán
Geografi
Titik tertinggi3 m
Rujukan grid OSNG880260
Demografi
Populasi1 (94)[1]
Perkumpulan
Kumpulan pulauLoch Duich
Pihak berkuasa tempatanMajlis Kawasan Tanah Tinggi
Rujukan
[2]

Eilean Donan (Gaelik Scotland: Eilean Donnáin) merupakan sebuah pulau kecil di Loch Duich yang terletak di sebelah barat Tanah Tinggi Scotland. Pulau ini dihubungkan dengan pulau Britain melalui sebuah jambatan batu yang menuju ke istana dan istana tersebut memenuhi sebahagian besar pulau itu.

Nama[sunting | sunting sumber]

Eilean Donan juga dikenali sebagai Ellandonan dalam bahasa Inggeris dan Eilean Donan, Eilean Donnáin, Eilean Dhonnain atau Ellendonan dalam bahasa Gaelik Scotland. Istana ini kemudiannya disebut sebagai Eilean Donan Castle dan Donnanor Ellandonan Castle dalam bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Scotland dipanggil Caisteal Eilean Donan dan Caisteal Eilean Donnáin. Nama-nama ini semua membawa maksud "Pulau Donan" dan "Istana di pulau Donan" dalam terjemahan bahasa Melayu.

Sejarah Istana Eilean Donan[sunting | sunting sumber]

Pemandangan istana pada terbit matahari.

Istana asal telah dibina pada kurun ke-13 sebagai pertahanan daripada serangan orang Viking[3]. Pada lewat kurun ini juga, istana ini telah dijadikan sebagai kubu kuat bagi puak Mackenzie (kemudian Earl Seaforth). Pada tahun 1511, Macraes, pelindung puak Mackenzie, telah menjadi konstabel keturunan bagi Istana.

Pada tahun 1539 pula, Dubh Matheson, ketua suku Mackenzie meninggal dunia semasa mempertahankan istana di Eilean Donan daripada puak Macdonald bagi pihak suku Macrae dan Mackenzie.

Panorama laman istana dari Eilean Donan

Pada April tahun 1719, istana ini telah dihuni oleh pihak tentera Sepanyol untuk memulakan satu lagi Pemberontakan Jacobite. Kemudiannya, istana lama ini ditawan semula dan dirobohkan oleh tiga kapal frigat Tentera Laut Diraja pada 10 hingga 13 Mei 1719. Sebulan kemudian, tentera Sepanyol telah dikalahkan dalam Pertempuran Glan Shiel.

Istana ini telah dibaikpulih pada tahun 1919 hingga 1932 oleh Leftenan Kolonel John MacRae-Gilstrap. Antara baikpulih yang dilakukan ialah pembinaan jambatan bengkok untuk memberikan akses yang lebih mudah untuk ke istana. Pada tahun 1983, Amanah Kebajikan Conchra telah ditubuhkan oleh keluarga Macrae untuk menjaga istana.

Satu perbezaan pelik di istana ini ialah terdapatnya salah satu tangga berbentuk lingkaran untuk tangan kiri seperti yang terdapat di sebuah istana di Britain kerana masa itu sesetengah raja yang memerintah menggunakan tangan kiri untuk memegang pedangnya. Perbezaan lain yang masih wujud hingga ke hari ini ialah lapangan meriam daripada Perang Dunia Pertama diletakkan di luar bangunan bersama tugu peringatan perang dan mata air yang khusus untuk orang puak Macrae yang terkorban dalam peperangan.

Eilean Donan adalah kediaman bagi puak Macrae. Pada tahun 2001, pulau ini memiliki populasi hanya satu orang.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kedudukan populasi dan luas: terdapat kira-kira 300 pulau >20ha setakat ini dan 93 pulau-pulau yang didiami secara kekal telah disenaraikan dalam bancian 2011.
  2. ^ Pejabat pendaftaran di Scotland (28 November 2003) Occasional Paper No 10: Statistics for Inhabited Islands Diarkibkan 2008-08-27 di Wayback Machine. Diambil pada 9 Julai 2007.
  3. ^ "Sejarah". eileandonancastle.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-14. Dicapai pada 14 Julai 2009.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Miket and Roberts, The Mediaeval Castles of Skye and Lochalsh (Edisi ke-2, Birlinn Ltd, 2007)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]