Eiyuden Chronicle: Rising

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eiyuden Chronicle: Rising
Fail:EiyudenChronicleRising.png
PembangunNatsume Atari
Penerbit505 Games
PengarahHirohisa Ota
Pengeluar
  • Yasuichiro Shimbo
  • Kunio Suzuki
PerekaJunko Kawano
ArtisJunko Kawano
PenulisTadashi Satomi
KomposerHiroyuki Iwatsuki
SiriEiyuden Chronicle
EnjinUnity
Platform
Pelepasan10 Mei, 2022
GenrePermainan video berperanan aksi-pengembaraan
ModPemain tunggal

Eiyuden Chronicle: Rising ialah PVB terbitan 2022 yang dibangunkan oleh Natsume Atari dan diterbitkan oleh 505 Games. Rising ialah tajuk permainan pertama dalam siri Eiyuden Chronicle, pewaris kepada siri Suikoden .Permainan ini diisytiharkan pada bulan Jun 2020 sebagai perkongsian antara pembangun-pembangun francais Suikoden veteran, termasuk pencipta siri Yoshitaka Murayama, yang berkhidmat sebagai penyelia utama Rising.

Permainan ini dibangunkan sebagai awal pijakan bagi matlamat mereka yang paling utama, Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes dengan donor daripada komuniti lama dan netizen di laman Kickstarter. Studio utama projek, Rabbit & Bear Studios, membantu Natsume Atari dalam pembangunan Rising.

Eiyuden Chronicle: Rising telah dikeluarkan bagi Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S pada bulan Mei. Permainan ini mendapat ulasan yang sangat positif, dengan beberapa pemain merajuk kerana tarikh penerbitan yang melencong beberapa kali daripada apa yang Murayama dan rakan-rakannya janjikan ketika memulakan kempen pembangunan.