Elektronik pengguna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
iPhone, salah satu "elektronik pengguna"

Elektronik pengguna merujuk kepada alatan elektronik yang dimaksudkan untuk kegunaan harian. Elektronik pengguna kebiasaannya digunakan dalam hiburan, perhubungan, dan untuk kegunaan pejabat. Sebahagian produk yang dikelaskan sebagi elektronik pengguna adalah termasuk komputer peribadi, telefon, pemain MP3, televisyen, sistem GPS, pemain DVD, kamera digital dan kalkulator. Pada masa ini, industri elektronik pengguna sejagat kebanyakannya didominasi oleh syarikat-syarikat dari Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, antaranya adalah Sony, Toshiba, Panasonic, Samsung, LG, Microsoft, Apple dan HP.